Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Ni untuk Awk yg dirindui =')

Buat awak yang Saya rindui, saya betul2 xsabar nak jumpa awak…saya harap nanti awak akan dekatkan saya dengan Dia yang amat saya cintai, Pencipta hati ini…saya harap saya akan bersama2 dengan awak untuk mentarbiyyah dan mentamrin hati dan seluruh anggota badan saya untuk menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang taat…saya betul2 tak sabar nak jumpa awak, saya berdoa semoga Allah panjangkan nafas saya untuk terus bersama-sama dengan awak sehingga ke akhir waktu awak ada dengan saya..saya nak spend time dengan awak, beribadah dan berzikir sepanjang masa bersama dengan awak..saya janji…Saya janji wahai Ramadhan Al Mubarak 1433H….



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Umatku diberikan 5 perkara yang belum diberikan kpd umat2 yang terdahulu ketika Ramadhan iaitu:



BONUS 1

Bau mulut org yg berpuasa itu adalah lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah



BONUS 2

Para malaikat beristighfar utk mereka yang sehingga mereka berbuka.



BONUS 3

Allah memperindahkan syurga-NYA setiap hari dan berfirman: ‘Hampir2 hamba2-KU yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’ (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat)



BONUS 4

Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain Ramadhan



BONUS 5

Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya.)”



Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yg bertanya kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Rasulullah, apakah itu malam lailatuqadar?” Baginda menjawab: “bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad)

,

Ting Tang Ting Tang..Ini Bukan Alexander ..^^


Alhamdulillah, kali ni saya nak update pasal menu yang kitorang (all of housemate) masak..berting tang bunyi kuali dengan sudip berentap. Macam Alexnder (sape xpernah tengok Capalrela, mesti blur.hihi ^^)


Pagi tadi, kami senua dipaksa oleh Cik Nurul untuk tolong die masak kat dapur. And Menu hari ni adelah Spageti Carbonara!! Wah..sedapnye dengar, walaupun kitorg just guna Prego tapi dh cukup memadai utk saya yg dh lame mengidam sgt nk makan Carbonara.


Kat sini xpayahla saya nk state kan bahan-bahan or cara nak masak sebab guna sos Prego amatlah mudah, (kalau xtau sangat, ikut je cara-cara memasak yang die dh letak kat tin die tu..hehe)..


Nyum2..mkn ramai2 kami berempat sgt2 best, terutamanya saya yang dah seminggu xjumpe+berborak+ketawa sakan dgn diorg (sbb kerja shift malam..). Rindu sgt2 kt diorang. Before ni masak pun sorang2 je, mkn sorg2 je.. then rindu tu dah terubat tadi. Ukhuwah itu indah.~~


4 sekawan pinggan Carbonara



zoom in siket..nyum2 x?

p/s: petang ni nak g makan steamboat dgn cik Nurul, kena simpan perut ni. Nak makan pupuas.:))


"Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:" Allah berfirman: 'Setiap amaln manusia itu miliknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yg memberi ganjarannya." ~Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. =')~

Jemputan Ke Walimah Si Tenang ^^

Hari ni Alhamdulillah..menerima khabar bahawa lagi seorang sahabat seperjuangan saya Sakinah Ropien akan mengakhiri zaman bujangnya dengan pilihan hati dan keluarganya, yg turut saya kenali...(^^)

kedua-duanya serasi kerana mereka berdua hebat dan mantap dalam perjuangan Islam..Ya Allah kurniakanlah mereka keluarga yang bahagia dan rahmatilah keduanya...

p/s: terharu...Saya pun nak juga.....=')

,

Ujian: minyak motor habis ^^

Assalamualaikum…


Salam pengakhir sya’ban. Sedar tak sedar, tak sampai seminggu je lagi Ramadhan Al mubarak akan datang menjengah kita. Terasa macam baru semalam je kita baru lepaskan Ramadhan pergi…Alhamdulillah, kita masih diberi nafas untuk menyedut udara Ramadhan buat sekelian kalinya..InsyaAllah…Jangan sia2kan peluang ini ye kawan2 ^^


Post kali ini saya nak bercerita tentang insiden yang berlaku kepada diri saya semalam, à Minyak motor habis di tengah jalanß bila cakap je pasal minyak motor habis, mesti ramai akan cakap “insiden biasa la tu bagi seseorang yang ada motor”..urm..urm…


Hari-hari sebelum insiden tu berlaku, setiap hari saya akan tinjau dalam tank minyak motor sebab nak pastikan minyak ada,( memandangkan meter motor 2 pon agak xbetol). Dah ditakdirkan, semalam tak terlintas atau pun saya terlupa nk tgk tank minyak mcm biasa…dan sedang asyik menunggang motor utk ke tempat Praktikal (kerja malam), tiba2 enjin motor berhenti di tepi jalan, nasib baik bukan kat tengah jalan…cuba bayangkan kalau motor tiba2 berhenti kat tengah jalan yang sedang jem + sibuk + kereta laju sbb driver dia xsabar nak balik jumpa anak isteri kat rumah…Nau’zubillah…Allah itu maha Berkuasa….Alhamdulillah..


Bila dah berhenti tu, muka tetap maintain cool, tapi dalam hati semua org xtau, betapa paniknya diri ini time tu..dalam panik2 tu sempat jugak senyum kat orang yang lalu lalang kat lorong pejalan kaki yg cik nurul selalu guna bila balik dari kerja. Terus berpesan pada hati,” jangan panik, Allah kan ada…”


Memang tak tahu nak buat apa, sebab risau lambat masuk tempat kerja. Time tu lagi 15 minit je lagi nak pkul 6.15 petang (waktu wajib punch in). terus teringat kat kawan sekerja tapi lain department =Ili Amirah= dia pon shift malam gak.


Mieja: Ili, tolong aku, minyak motor aku habis kat tengah jalan ni

Ili: hah?? biar betul ko ni? Habis ko nak aku buat apa?

Mieja: mintak tlg jemput aku kat sini boleh tak?

Ili: ok2..jap..


Sementara tunggu Ili, hati sentiasa bezikir, beristighfar, berdoa semoga Allah sentiasa ada dalam gerak langkah ini. Dlam waktu-waktu begini, mesti sentiasa tenang, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Dan yang paling penting, jangan mengeluh. Must Smile Always…Allah kan Ada? ^^


Bila Ili sampai, kitorang cadang nk punch in dulu dan lepas tu beli minyak kat stesen minyak. Nak dijadikan cerita, satu masalah lagi timbul, nak isi minyak dalam apa?? Haaa…terus tanya kat uncle guard kat bilik loker tu (cik Yana mesti kenal). Mintak botol besar kat uncle tu, dia cakap tadi baru je dia buang botol air mineral besar ke dalam tong sampah dan dia terus pergi ke tong sampah tersebut dan bukak..”dah tak de la dik, hari ni rajin pulak diorang kutip sampah”..haha..buat lawak pulak uncle ni.


Saya tak berputus asa..saya bukak semua tong-tong sampah yang ada kat situ, sebab risau kat motor yang tak ada sape2 jaga kat tepi jalan tu. Takut sangat apa2 jadi kat motor bukan hak milik sendiri tu. Akhirnya jumpa jugak botol besar, tu pun uncle tu yang carikkan, Alhamdulillah..Allah beri petolongan lagi.


Before kitorang nak gerak ke stesen minyak, terserempak dengan Mi (kawan satu dept dgn Ili) Mi tanya kitorang nak pergi mana? Ili pun cerita apa yang berlaku kat saya…terus Mi call kawan satu rumah dengan dia, Megat. Mi minta tolong Megat belikan minyak dan bagitau lokasi motor saya..Alhamdulillah…pertolongan Allah datang tak putus-putus…


Dengan kereta kelisa Mi yang agak comel, kitorang ke tempat kejadian. 5 minit tunggu barulah Megat sampai. . . dengan membawa sebotol ieum, megat tersenyum kat kitorang..hari ni saya dpat isi tank minyak motor separuh penuh tanpa keluarkan sesen pun…Megat tak nak terima Rm5 yang saya hulurkan..Alhamdulillah…Allah Maha pemurah…


Begitulah kisahnya… nak dijadikan pengajaran, apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku kat kita, jangan terus give up, sabar dan tenang…jangan lupakan Allah..teruskan berzikir. Allah akan hulurkan pelbagai bantuan kepada sesiapa yang tetap sabar bila ditimpa ujianNYA. Bukankah ujian itu datang dari Allah? Ditimpakan ujian kepada hambaNya semata-mata untuk menguji dan mengetahui hakikat sebenar hati hambaNya. Sama ada terima dengan tenang dan pasrah atau terima dengan memberontak dan mengeluarkan kata2 kesat. Jangan lupa kata2 kesat yang keluar dari mulut kita apabila ditimpa ujian, secara tak langsung adalah dikeluarkan kepada si pemberi ujian, Allah S.W.T…Astaghfirullah al azim…

,

Bila Agaknya yer??? ^^


Kasihmu Amanahku
Munsyid : In-Team

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia

Dan mengharapkan sebuah bahtera indah

Untuk bersama belayar ke muara


Pernikahan, menginsafkan kita

Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha

Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu

Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri


Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu

Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun

Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya



P/s: oops!! Kenapa ni mieja? Dh nak bernikah sangat ek? Sebenarnya jeles sgt2 dengan sahabat seperjuangan ukht laila ni..beliau sedang pregnant anak sulung. Xlame lagi nak jadi ummi dah. semooga laila berbahagia hingga ke akhirnya bersam zauj tersayang ^^ Saya pon nak jugak. Tapi…bilekah? Bagaimanakah? Doa2kan saya cepat2 bertemu jodoh saya tu yerk..aminnn…^_^

Alkisah kuali dan sudip


Assalamualaikum kawan2…J

Kali ni nak coretkan sedikit aktiviti kat rumah sewa kitorg, apa yang kitorg buat sepanjang bergelar ‘pekerja’ yang boleh dikatakan pekerja sepenuh masa kat kilang masing2…hee


Setelah 3 bulan menyewa kat flat ni ( yang mcm heaven je buat kitorg setelah penat lelah jadi pekerja kilang sepanjang hari..hiihii), sabtu lepas baru lah lengkap dapur kami sebab TONG GAS dah dibeli dan siap dipasang oleh pakcik gas tu (terima kasih pakcik!)..wah wah..excited ni nak masak2 sebab saya plan nak balik petang tu dengan abg untuk mengangkut segala macam barang dapur termasuklah periuk, kuali, beras, bawang dan macam2 lagi dengan kereta beliau bawa balik ke rumah sewa ….


TAPI…..

Segala rancangan tak menjadi sebab abang saya tu tak balik kampong pulak minggu tu…terus rasa kecewa, sebab kitorg memang dah gian sangat nk tunjuk skill masak masing..(ceceh..:P)..


SUDDENLY…

Malam ahad tu yana (one of my housmates) dah membawa satu kebahagiaan buat kitorang dengan membawa balik kuali dan sudip yang dibeli dari Parkson mane tah..wah wah..dah hepi sket even xde barang pon nk masak dan walaupun total harga kedua2 barang tu menjangkau RM50…..xpe2..Thanx a lot kat YANA ^_^


FINALLY

Isnin malam yang lepas, perut masing2 sangatlah lapar, time tu tinggal saya, yana and nurul je ade kat rumah. Zie balik rumah dia kat Kelantan. Disebabkan lapar sangat dan malas nk masak megi rendam, jadi kitorg bertekad untuk menggunakan kuali+sudip+dapur masak+tong gas yang baru. Jeng jeng..walaupun masak megi je tapi sangatlah puas..makan ramai2 memang sangat2 seronok dan puas…”macam nak masak satu bungkus lagi je..” kata yana..haha..


firstly........^_^


ala..dah siap masak dah? its time to serve..:))


mula2 angkat mee die dulu baru kite tuang kuah die.


siap! baik2 jangan sampai air liur meleleh tengok megi kitorang ni..hee


jangn berebuat kawan2..kite baca doa dulu. baru berkat even megi je kita akan kenyang juga nanti ^_^

p/s: lepas ni boleh la update pasal resepi2 yang kitorang masak plak kan...*blink*

,

Im Here until 26th August



Assalamualaikum wbt.. amacam? Dah bersedia nk hadapi Ramadan? Apa persediaan korang utk hadapi bulan tu? Bagi yang baru mula bekerja, ada tak test berpuasa time bekerja? Bagi yang belum, kena test dulu..takut xtertahan nanti..selain tu kena banyakkan berdoa semoga kita semua dapat jalani bulan barakah tu nanti dengan baik, INSYAALLAH…


Buat pengetahuan semua, saya sedang berpraktikal kat kilang Sony EMCS (M) Sdn.Bhd. wah..nama pun dah menggamit suasana.. mmg gah dapat berpraktikal kat sana sbb syarikat besar, elaun pun Alhamdulillah boleh tahan. Tapi sayang nye apa yang saya buat selama 2 bulan lebih kat sana langsung xde kaitan dengan kos dan subjek yang pernah saya belajar. TAPI! Banyak mende baru yang saya dapat bile ber ‘LI’ kat sana. Iaitu..sabar+rajin dan softskill yg lain.^^


Related atau x dengan kos kite itu x menjadi masalah malah DR CHIA (pensyarah melawat saya hari tu) pun cakap xde kesan kat markah saya…asalkan saya jadi pekerja baik yang ikut cakap supervisor saya..^^


Bekerja ni adalah satu medan yang betul2 uji ketahanan+kesabaran kite. Sabar dengan sikap orang lain, sabar dengan waktu bekerja yang lambat sgt bergerak (adoiiihhh), sabar dengan operator n leader operator yang tahu nk cepat je bile buat keje..urm….semuanya SABAR.


Walaubagaimanapun, saya bukanlah seorang pekerja yang bagus sepanjang praktikal, sbb saya xminat dan xreti jadi seorang mekanik. Kawan2 sy pon semuanye lelaki, dan mereka semua berada dalam bidang tersebut. saya xdapat nk panjat2 sebab lain mcm je sume org tgk..apa yg saya dapat lakukan sy buat dgn baik, sy xnk berharap dgn sape2..sumenye kerana Allah..insyaALLAH


Kat bawah ni sume pics time praktikal++ jig2 yang saya jaga..lepas dah abes nanti, saya pasti rindukan kenangan dan suasana di Sony..^^


ni mase first day kitorg..ni semua hosmet saya yg sy sayang sangat <3<3

dengan min...satu dept dgn saya^^


dengan sue n emy..diorg sgt best!


yg ni mesin board cutter yg sinonim dgn saya, smpai ade yg panggil sy tokey board cutter heee


yg ni jig tuner..sgt2 best bile pasang jig ni. n puas bile siap n berfungsi dgn baik..hiii

yg ni spacer feeder. supervisor sy tgh buat projek pakai mesin ni..xsiap2 ag..@_@


im a trainee at SOEM ^^

,

Nisfu Syaaban yg indah


Assalamualaikum...sempena 15 syaaban 1433 hijrh, sempena nisfu syaaban yang penuh barakah. saya ingin berkongsi sedikit artikel berkenaan hari bararkah ini. semoga semua dapat ambil iktibar dan ilmu serta amalkn. bagi yang tak sempat, amalkan ia setiap hari kerana setiap hari ada rahmat yang tersembunyi yg Allah berikan kepada hambaNYa yg soleh solehah..salam nisfu syaaban ^^

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.


5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.


7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.


Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Kuning??



Assalamualaikum…Salam Hari Jumaat…^^

Hari ni 8hb Julai, esok 9hb Julai 2011. Haa…cakap pasal 9hb Julai 2011---à tahu x korang (terutamanya yg warganegara Malaysia) apa yg akan berlaku esok? Ala..event yg gilang gemilang, yg kecoh satu Malaysia sampai budak kecik jiran sebelah rumah kitorang ni pun tau..kalau la ada yg xtahu, mahu kena buang kerakyatan ni. Sebab xamik tahu langsung isu semasa dalam Negara. Aishhh…

Esok hari kuning a.k.a BERSIH 2.0 akan berlangsung…kalau nak tahu dan bagi sesiapa yg kurang tahu pasal BERSIH ni sila ke link ni.


Saya nak sangat join diorg pakai baju kuning pergi Masjid India (walaupun baju kuning xde) esok. Kumpul ramai2 untuk serah memorandum menyokong pilihanraya bersih dan adil untuk PRU 13 nanti. Kalau PRU 14 buat BERSIH 3.0 pulak ^^..tapi apakan daya, minggu ni shift malam, xtido sepanjang malam memang ambil risiko nak pergi BERSIH tu. Better jangan.

Mesti ada yang cakap budak ni gila xtakut ke kena tangkap, mesti penyokong Pembangkang ni..haha..apa nak takut, takut polis ke? Lupa ke siapa yg perlu kita takut? Allah kan? Kalau niat bersih, betul –betul nak kan pemimpin yg betul2 adil dan xdera rakyat, mesti Allah akan tolong. Cuma dalam hati kena yakin dan percaya Allah sentiasa ada kat sebelah. insyaAllah selamat.

Penyokong pembangkang? Habis tu kalau yang sokong kerajaan mmg xnak pilihan raya yang adil dan bersih ke? Suka ke rasuah2? Ke korang yg sokong kerajaan tu memang tahu kerajaan mmg xjalankan pilihanraya yang adil+bersih? Dah tu kenapa sokong gak? Kan Allah dah berfirman dalam Al quran yang bermaksud:

“Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)


Haa…pandai2la nak fikir….tak ada yang benar melainkan Allah.

Bagi yang cakap, xde kerja lain ke nak adakan himpunan macam ni. Menyusahkan diri jer…haha..kalau kerajaan ok dalam pemerintahan xkan diorang susah2 nak buat himpunan ni. Urm…fikir dalam2 k kawan2…Astaghfirullah al azim..zuhur dah masuk. I need to go..last but not least: JOM KE BERSIH ESOK KALAU ANDA RAKYAT MALAYSIA YANG BERSIH!^^


p/s: maaf yer bahasa agak kasar..sebab nak tegaskan bagi yang perlukan penegasan..Wallahualam...

Shift malam untuk perempuan?

Assalamualaikum...


Disebabkan Minggu ni saya bekerja malam (shift malam= C2) kat kilang Sony EMCS Sdn Bhd, terasa pulak nak buat entry tajuk seperti di atas.. sebab? sebabnye ramai sgt dalam kalangan sahabat2 saya yang tanya, "dah macam kerja betul pulak ada shift malam". tak kurang jugak yang cakap "ehhh, tak takut ke kerja malam?"...

Sebenarnya shift malam dengan siang sama je, pekerjanya pun dalam jumlah yang hampir sama, lagipun sepanjang bekerja kita xkan tengok keadaan di luar kilang. smaada gelap atau cerah. yang membezakan shift siang dan malam ialah, rasa mengantuk. Memang tak dinafikan, kerja malam rasa macam nak tidur je sepanjang malam, walaupun dah tidur sepanjang siang.

Perempuan xsesuai ke kerja malam? Tak ada fakta yang mengatakan macam tu, kalau kita pandai jaga diri, ikhlas bekerja kerana Allah, InsyaAllah Allah akan lindungi kita. Jangan buat kerja bukan2. kalau kita berdua dengan seorang lelaki kat dalam bengkel, jgn terlalu dekat sangat dan jangan terlalu mesra sgt dgn beliau. duduk jauh2 siket, buat kerja kat meja berbeza. kalau nak selamat, pergi jalan2 kat sekitar kilang. sebabnya kita sebagai perempuan memang tak tahu apa yang ada dalam hati lelaki. apa yang mereka fikirkan...Sebab itu, Islam tidak menggalakkan kita berdua duaan dengan makhluk yang berlawanan jantina, kerana ada syaitan sebagai pengantaraan...(maaf yer kawan satu shift dgn saya, sebab saya selalu xde dalam workshop bila saya shift malam dgn kamu..(^_^))

Sebenarnya di dalam realiti, kerja pada waktu malam adalah lebih rilex berbanding kerja siang. sebab pada waktu malam, tak ada bos besar yang ada kat sony, kat department. Boleh berlegar2 ke sana sini tengok operator buat kerja dengan tenang. asalakan, kita buat kerja kita kan? Wallahualam...(^_^)

p/s: buat nurul, jangan ambil peduli sangat yer dengan mimpi gigi tu..mungkin sebab ko xgosok gigi b4 tdo kot..hehe..just kidding...:P

Si Hensem.(^_^)


Assalamualaikum wbt…

Kali ni nk cerita siket pasal seseorang yg amat saya sayang..tersangat2 syg..kalau xjumpa lama mesti rindu sgt2..Si dia ni sgt2 comel+manja+lincah..setiap gerak geri nya sering menerbitkan rasa gembira+kebahagiaan dalam diri setiap orang yg tengok. Kadang2 kalau kitorg dh lama xjumpa, start la malu die tu. Hihi…senyum pun malu2 kucing..hehe…nak tahu tak nama die? Muhammad Zhafran Shahmie Bin Mohd Shahrizan..merangkap anak buah kedua saya. Anak kepada abang saya yg kedua.(^_^)

Umur die baru setahun 7 bulan. Lahir pada 22hb November 2009. Kat bawah ni ade pics die yg comel2..bukan sy yg amik gmbar die ni, ni dari photo album bapa saudara die, sepupu kepada kakak ipar saya.. maaf yer tuan photographer. Sy cume nk gamba japan yg comel2 ni je. Bukan niat nk curik hasil kerja anda yg bagus+mantap ni.(~_^)




mesti besar nanti japan hensem sangat.",


anak abah...(^_^)


with his sepupu sepapat...control macho di situ..^^



japan tgk ape tu??

eeee...comeyyyy >_<



v(^_^)v

sebelah kanan tu kakak dia, Nur Shifa Raihana


tateh..tateh...


Semoga bila besar nanti, japan jadi anak yg berguna yer..(^_^)


Muslim Di Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan antara bulan-bulan yang istimewa bagi umat Islam. Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang mukminin serta mukhlisin. Begitu banyak hadis-hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan mengenai kelebihan bulan yang mulia ini. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang masyur adalah

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w “Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Peristiwa Penting Di Bulan Syaaban

Antara peristiwa penting di dalam bulan Syaaban adalah

1) Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2)Pertukaran Arah Kiblat
Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

3) Peperangan Zat Al-Riqa

Peristiwa peperangan Zat Al-Riqa tercetus akibat pengkhianatan di kalangan kabilah-kabilah Nadj terhadap kaum Muslimin. Tragedi ini telah mengorbankan sehingga 70 orang kaum muslimin.

Peperangan ini dinamakan Zat Al-Riqa (peperangan yang bertampung) oleh kerana tentera Islam pada ketika itu ramai yang telah pecah tapak kaki ketika dalam perjalanan.

Daripada Abi Musa Al-Asya'ari R.A katanya : "Kami telah keluar bersama-sama Rasulullah S.A.W di satu peperangan kami berenam orang bergilir-gilir menunggang seekor unta". Tambanya lagi "Kami berjalan hingga pecah tapak kaki kami. Tapakku sendiri pun pecah, kukuku luruh, kami membalut kaki kami dengan kain buruk. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Peperangan Bani Al-Mustaliq

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Fadhilat Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W di mana baginda akan lebih banyak berpuasa. Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah :

1) Memperbanyakkan Puasa Sunat

Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina 'Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya'ban.

( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2) Bertaubat dan beristighfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika.

3)Memperbanyakkan Zikir dan Berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

4)Memperbanyakkan amalan baik dan istiqomah melakukannya

Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Ini kerana istiqomah dalam melakukan amalan kebaikan akan mendatangkan perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan akhirnya melahirkan individu yang sentiasa mengingati Allah

daripada blog ISIUKM

ISLAM TIDAK MELARANG DEMONSTRASI AMAN

Assalamualaikum..dah lama sgt2 x update blog.bz yg amat.. skrg tgh berpraktikal di kilang SONY EMCS Sdn.Bhd. tapi buat masa ni xnak bercerita tentang praktikal, tapi nk bercerita tentang demonstrasi...disebabkan sekarang sgt2 la kecoh pasal BERSIH 2.0, terjumpa satu artikel yang boleh dibuat rujukan oleh semua orang untuk timbang balik baik dan buruk berdemo ni.. check it out.


Berhimpun dan mengadakan demonstrasi, menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syarak untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran. Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka. Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus. Tetapi jika dirujuk kepada "Maqasid al Syaria’ah" ia boleh menjadi “Mandub” atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran.



Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat. Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.

Salah satu aras penanda utama yang menyerlahkan sifat kejantanan dan kelelakian ialah keupayaan seseorang menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah tirani yang zalim dan korup. Hal ini akan lebih nyatadan berkesan lagi jika dilakukan oleh rakyat seluruhnya.

Suara dan teriakkan ribuan para demonstran di jalan raya melaungkan kebenaran di berbagai pelusuk kota dan desa pastikan akan menyerlahkan kesepaduan tekad dan kekuatan umat membanteras kejahatan. Menyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral; malah ia adalah syiar agama.

Seandainya menyatakan kegembiraan justeru ketibaan hariraya dan menghimpunkan umat untuk berhari raya itu sunat termasuk menghimpunkan orang yang tidak wajib atau sunatpun mereka bersolat ; demi meramaikan majlis keramaian orang-orang Islam; sebagai menyatakan keceriaan dan kegembiraan dengan kedatangan hari raya maka apatah lagi berhimpun dan menunjukkan rasa solidariti dan simpati kepada mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap mana-mana manusia di dunia ini. Samaada rumah mereka telah dirobohkan atau maruah mereka telah dicabuli mahupun kerana pembunuhan terhadap anak dan isteri mereka.

Kepentingan Dan Keabsahan Demonstrasi

Memandangkan masih ramai kalangan yang jahil dan keliru terhadap pandangan agama Islam terhadap demonstrasi ini maka di sini kita akan tampilkan dalil sunnah daripada Sirah Rasul dan perspektif Islam terhadap hal ini berdasarkan asas dan kaedah yang difahami oleh ulama dan amalan mereka; baik pengucapan mahupun perbuatan :

Pertama : Dari Sudut Kesannya Terhadap Lawan

Lawan atau musuh akan tersentak dengan perbuatan itu dan ini akan menyebabkan mereka kembali merenung dan memikirkan kesilapan mereka. Ini mungkin menyebabkan mereka insaf dan tidak jadi melakukan kejahatan atau kezaliman.

Kaum Quraishy pada zaman dahulu tekejut dan dikejutkan oleh keberanian Para Sahabat Rasulullah yang tampil berdemo dalam satu gelombang demontrasi pertama dengan dua ketumbukan yang dikepalai oleh Hamzah dan Umar Al Khattab. Baginda tidak melarang perbuatan mereka.

Inilah suatu demonstrasi pertama dalam Islam; di mana kekuatannya ditampilkan secara aman tanpa peperangan dan maruah Islam diproklamir tanpa konfrantasi.

Kedua : Demonstrasi Adalah Bukti Penolakan Terhadap Kemungkaran

Kalau berlaku kekejaman atau pembunuhan terhadap mana mana rakayat yang tidak berdosa maka kita wajib tampil menyatakan bantahan samaada dengan kuasa mahupun dengan yang lain. Namun kalau tidak ada kuasa maka sekurang-kurangnya dengan lidah dan perkataan. Tapi kalau lisanpun sudah menjadi kelu dan tidak terkata maka sekurang-kurangnya penolakan kemunkaran itu dilakukan dengan hati ( dan itu adalah selemah-lemah iman).

Rasulullah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu. Kalau dia tidak mampu maka sekurang-kurangnya dengan lidah. Kalau tidak mampu juga maka sekurang-kurangnya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman.

Ibnu Hajar dalam kitab beliau "Fathu al Bari" mengatakan : Wajib melaksanakan amar ma’ruf bagi yang berupaya meskipun ia mungkin berbaur maksiat.

Kerana pada umumnya ia akan diganjari terhadap perlaksanaan amar makruf itu; lebih-lebih lagi jika ia masuk dalam kategori ketaatan. Manakala dosa kecil maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan diampunkan oleh Allah atau sebaliknya. Akan tetapi bagi orang yang berpendapat sebaliknya; yang mengatakan amr makruf tidak wajib hanya kepada sesiapa yang tidak pernah melakukan maksiat maka itu bermakna seolah-olah menutup pintu sama sekali untuk terlaksananya amr ma’ruf. Lebih-lebih lagi jika tidak ada cara lain untuk menentang kemungkaran kecuali dengan perbuatan itu.

Ketiga : Demonstrasi Mempamerkan Kekuatan Umat Islam

Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah SAW pernah keluar bersama Para Sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara, kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan Para Sahabat Baginda.

Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah. Ini berlandaskan hadith bahawa kaum Muslimin keluar beramai-ramai setelah Umar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Hamzah RA dan satu lagi diketuai oleh Umar.

Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran). Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na’im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas.

Di mana di (riwayatkan) Saidina Umar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipihak yang benar; samada semasa kita hidup atau kita mati? Bahkan, jawab Rasulullah. Kamu di pihak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri.

Lalu kami keluar bersama Baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegar dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi :

Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul. Mereka merasa kekecewaan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah memberi nama jolokan kepadaku sebagai Umar Al Faaruq. Kerana Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan, dengan (pengislaman) diriku. (Lihat Hilyatul Aulia’ Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59)

Keempat : Semangat Perundangan Islam Membenarkannya

Syariat Islam banyak mengandungi syi’ar amalan dan slogan yang menyerlahkan menifestasi kekuatan, pengaruh dandakwah Islam itu sendiri. Umpamanya solat berjamaah, solat Jumaah, solat dua hariraya dan sebagainya. Rasulullah SAW sendiri memerintahkan agar kaum wanita samaada yang berhaidh atau anak dara keluar menghadiri tempat solat hari raya samaada di masjid atau di tempat lapang dengan alasan yang beliau sebutkan :

"Mereka hendaklah melihat(meramaikan) majlis kebaikan dan seruan dakwah Islam kaum Muslimin. Antara kebaikan yang mereka saksikan ialah ramainya bilangan orang Islam dan bagaimana mereka beramai-ramai menampilkan syi’ar syi’ar Islam".

Baginda juga pernah mengutus para utusan yang ramai dan ketumbukan perang yang matlamat utama baginda di sabalik pengiriman utusan tersebut ialah untuk mempamerkan kekuatan umat. Sebab itu Baginda SAW pernah berkata kepada Usamah RA, "Bawa (tentera berkudamu) memijakkan kakinya di bumi Balqa’.

Kelima : Demonstrasi Pada Asasnya Adalah Harus

Demonstrasi adalah satu tatacara atau wasilah. Oleh itu hukumnya adalah hukum yang berstatus wasilah ; "Al Asl fi al Wasaail al Ibahah" (Hukum wasilah – pada dasarnya – adalah harus).

Oleh itu, kalau ada pun perkara pelanggaran kecil yang dilakukan ketika itu maka hukumnya adalah mengikut hukum al Maqasid. Perkara yang dimaksudkan oleh orang Islam ketika melaksanakan kegiatan seperti ini ialah menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman, mendedahkan kejahatan golongan tirani. meniup semangat orang ramai menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan. Oleh itu demonstrasi boleh mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat.

Keenam : Demonstrasi Memperkasa Dan Menggerakkan Massa Umat Menghadapi Kuasa Tirani

Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perangai buruk jiran tetangganya (sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran). Baginda berkata kepadanya; "Keluarkan barang rumahmu ke luar rumah". Dia-pun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya. Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya.

Maka orang yang lalu lalang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah SAW. Rasulullah bertanya, "apa masaalah saudara? Dia menceritakan kepada Baginda bahawa orang ramai mengutuknya.

Baginda menjawab, "Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda". Orang itu menjawab, "Kalau begitu aku bertaubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku". Ia pulang menemui jiranya dengan berkata, "Angkatlah barangan masuk ke rumah semula, saya berjanji tidak akan menyakiti saudara lagi".

Al Bazzar ada meriwayatkan hadith seperti ini dengan status sanad-nya sebagai "Hasan".‏

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya