6.7.11

Shift malam untuk perempuan?

Assalamualaikum...

Disebabkan Minggu ni saya bekerja malam (shift malam= C2) kat kilang Sony EMCS Sdn Bhd, terasa pulak nak buat entry tajuk seperti di atas.. sebab? sebabnye ramai sgt dalam kalangan sahabat2 saya yang tanya, "dah macam kerja betul pulak ada shift malam". tak kurang jugak yang cakap "ehhh, tak takut ke kerja malam?"...

Sebenarnya shift malam dengan siang sama je, pekerjanya pun dalam jumlah yang hampir sama, lagipun sepanjang bekerja kita xkan tengok keadaan di luar kilang. smaada gelap atau cerah. yang membezakan shift siang dan malam ialah, rasa mengantuk. Memang tak dinafikan, kerja malam rasa macam nak tidur je sepanjang malam, walaupun dah tidur sepanjang siang.

Perempuan xsesuai ke kerja malam? Tak ada fakta yang mengatakan macam tu, kalau kita pandai jaga diri, ikhlas bekerja kerana Allah, InsyaAllah Allah akan lindungi kita. Jangan buat kerja bukan2. kalau kita berdua dengan seorang lelaki kat dalam bengkel, jgn terlalu dekat sangat dan jangan terlalu mesra sgt dgn beliau. duduk jauh2 siket, buat kerja kat meja berbeza. kalau nak selamat, pergi jalan2 kat sekitar kilang. sebabnya kita sebagai perempuan memang tak tahu apa yang ada dalam hati lelaki. apa yang mereka fikirkan...Sebab itu, Islam tidak menggalakkan kita berdua duaan dengan makhluk yang berlawanan jantina, kerana ada syaitan sebagai pengantaraan...(maaf yer kawan satu shift dgn saya, sebab saya selalu xde dalam workshop bila saya shift malam dgn kamu..(^_^))

Sebenarnya di dalam realiti, kerja pada waktu malam adalah lebih rilex berbanding kerja siang. sebab pada waktu malam, tak ada bos besar yang ada kat sony, kat department. Boleh berlegar2 ke sana sini tengok operator buat kerja dengan tenang. asalakan, kita buat kerja kita kan? Wallahualam...(^_^)

p/s: buat nurul, jangan ambil peduli sangat yer dengan mimpi gigi tu..mungkin sebab ko xgosok gigi b4 tdo kot..hehe..just kidding...:P

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Hak ALLAH~

Aku tidak akan memerhatikan hak-hak hambaKU, sebelum ia menunaikan Hak-hak KU-Hadith Qudsi-

~Akidah~

"Akidah ialah landasan stiap amalan
Amalan hati adalah lebih penting daripada amalan anggota badan.
Mendapatkan kesempurnaan bagi kedua-dua amalan adalah tuntutan syarak, walaupun martabat dua tuntutan itu berbeza"
-Risalah at-Ta'lim

Dunia

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Kalam Sang Daei

Kawan BerbLog

 

Armiza Aris | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates