31.7.11

Ni untuk Awk yg dirindui =')

Buat awak yang Saya rindui, saya betul2 xsabar nak jumpa awak…saya harap nanti awak akan dekatkan saya dengan Dia yang amat saya cintai, Pencipta hati ini…saya harap saya akan bersama2 dengan awak untuk mentarbiyyah dan mentamrin hati dan seluruh anggota badan saya untuk menjadi hamba Allah dan umat Rasulullah yang taat…saya betul2 tak sabar nak jumpa awak, saya berdoa semoga Allah panjangkan nafas saya untuk terus bersama-sama dengan awak sehingga ke akhir waktu awak ada dengan saya..saya nak spend time dengan awak, beribadah dan berzikir sepanjang masa bersama dengan awak..saya janji…Saya janji wahai Ramadhan Al Mubarak 1433H….



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Umatku diberikan 5 perkara yang belum diberikan kpd umat2 yang terdahulu ketika Ramadhan iaitu:



BONUS 1

Bau mulut org yg berpuasa itu adalah lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah



BONUS 2

Para malaikat beristighfar utk mereka yang sehingga mereka berbuka.



BONUS 3

Allah memperindahkan syurga-NYA setiap hari dan berfirman: ‘Hampir2 hamba2-KU yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.’ (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di akhirat)



BONUS 4

Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain Ramadhan



BONUS 5

Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya.)”



Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yg bertanya kepada Rasulullah s.a.w.” Ya Rasulullah, apakah itu malam lailatuqadar?” Baginda menjawab: “bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad)

2 ulasan:

Amin Baek berkata...

1432H..

Armiza Aris berkata...

yup...slh2...1432H

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive

Hak ALLAH~

Aku tidak akan memerhatikan hak-hak hambaKU, sebelum ia menunaikan Hak-hak KU-Hadith Qudsi-

~Akidah~

"Akidah ialah landasan stiap amalan
Amalan hati adalah lebih penting daripada amalan anggota badan.
Mendapatkan kesempurnaan bagi kedua-dua amalan adalah tuntutan syarak, walaupun martabat dua tuntutan itu berbeza"
-Risalah at-Ta'lim

Dunia

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Kalam Sang Daei

Kawan BerbLog

 

Armiza Aris | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates