Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

ISLAM TIDAK MELARANG DEMONSTRASI AMAN

Assalamualaikum..dah lama sgt2 x update blog.bz yg amat.. skrg tgh berpraktikal di kilang SONY EMCS Sdn.Bhd. tapi buat masa ni xnak bercerita tentang praktikal, tapi nk bercerita tentang demonstrasi...disebabkan sekarang sgt2 la kecoh pasal BERSIH 2.0, terjumpa satu artikel yang boleh dibuat rujukan oleh semua orang untuk timbang balik baik dan buruk berdemo ni.. check it out.


Berhimpun dan mengadakan demonstrasi, menunjuk perasaan secara aman adalah salah suatu tindakan yang sah dari segi syarak untuk menyatakan penentangan terhadap kemungkaran. Ia suatu pendekatan yang berkesan untuk menyerlahkan pengaruh dan kuasa kebenaran. Dengan itu orang yang zalim akan kembali sedar menginsafi kesalahan diri mereka. Hukum asal berhimpun secara aman dan berdemonstrasi adalah harus. Tetapi jika dirujuk kepada "Maqasid al Syaria’ah" ia boleh menjadi “Mandub” atau sunnah. Malah ia mungkin beralih kepada hukum wajib seandainya tidak ada cara lain untuk menegur dan membetulkan kemungkaran.



Hal seperti ini pernah dilakukan oleh golongan ulama tersohor sepanjang sejarah. Setakat yang kita tahu tidak ada ulama yang membantah mereka. Berhimpun dan berdemonstrasi adalah salah satu yang memberi petanda dan ukuran terhadap pandangan massa rakyat. Demonstrasi juga memperkasa kecenderungan rakyat ke arah mempertahankan kebenaran.

Salah satu aras penanda utama yang menyerlahkan sifat kejantanan dan kelelakian ialah keupayaan seseorang menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah tirani yang zalim dan korup. Hal ini akan lebih nyatadan berkesan lagi jika dilakukan oleh rakyat seluruhnya.

Suara dan teriakkan ribuan para demonstran di jalan raya melaungkan kebenaran di berbagai pelusuk kota dan desa pastikan akan menyerlahkan kesepaduan tekad dan kekuatan umat membanteras kejahatan. Menyuarakan isu kebenaran dan membenarkan yang hak adalah suatu kewajiban moral; malah ia adalah syiar agama.

Seandainya menyatakan kegembiraan justeru ketibaan hariraya dan menghimpunkan umat untuk berhari raya itu sunat termasuk menghimpunkan orang yang tidak wajib atau sunatpun mereka bersolat ; demi meramaikan majlis keramaian orang-orang Islam; sebagai menyatakan keceriaan dan kegembiraan dengan kedatangan hari raya maka apatah lagi berhimpun dan menunjukkan rasa solidariti dan simpati kepada mangsa kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap mana-mana manusia di dunia ini. Samaada rumah mereka telah dirobohkan atau maruah mereka telah dicabuli mahupun kerana pembunuhan terhadap anak dan isteri mereka.

Kepentingan Dan Keabsahan Demonstrasi

Memandangkan masih ramai kalangan yang jahil dan keliru terhadap pandangan agama Islam terhadap demonstrasi ini maka di sini kita akan tampilkan dalil sunnah daripada Sirah Rasul dan perspektif Islam terhadap hal ini berdasarkan asas dan kaedah yang difahami oleh ulama dan amalan mereka; baik pengucapan mahupun perbuatan :

Pertama : Dari Sudut Kesannya Terhadap Lawan

Lawan atau musuh akan tersentak dengan perbuatan itu dan ini akan menyebabkan mereka kembali merenung dan memikirkan kesilapan mereka. Ini mungkin menyebabkan mereka insaf dan tidak jadi melakukan kejahatan atau kezaliman.

Kaum Quraishy pada zaman dahulu tekejut dan dikejutkan oleh keberanian Para Sahabat Rasulullah yang tampil berdemo dalam satu gelombang demontrasi pertama dengan dua ketumbukan yang dikepalai oleh Hamzah dan Umar Al Khattab. Baginda tidak melarang perbuatan mereka.

Inilah suatu demonstrasi pertama dalam Islam; di mana kekuatannya ditampilkan secara aman tanpa peperangan dan maruah Islam diproklamir tanpa konfrantasi.

Kedua : Demonstrasi Adalah Bukti Penolakan Terhadap Kemungkaran

Kalau berlaku kekejaman atau pembunuhan terhadap mana mana rakayat yang tidak berdosa maka kita wajib tampil menyatakan bantahan samaada dengan kuasa mahupun dengan yang lain. Namun kalau tidak ada kuasa maka sekurang-kurangnya dengan lidah dan perkataan. Tapi kalau lisanpun sudah menjadi kelu dan tidak terkata maka sekurang-kurangnya penolakan kemunkaran itu dilakukan dengan hati ( dan itu adalah selemah-lemah iman).

Rasulullah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu. Kalau dia tidak mampu maka sekurang-kurangnya dengan lidah. Kalau tidak mampu juga maka sekurang-kurangnya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman.

Ibnu Hajar dalam kitab beliau "Fathu al Bari" mengatakan : Wajib melaksanakan amar ma’ruf bagi yang berupaya meskipun ia mungkin berbaur maksiat.

Kerana pada umumnya ia akan diganjari terhadap perlaksanaan amar makruf itu; lebih-lebih lagi jika ia masuk dalam kategori ketaatan. Manakala dosa kecil maksiat yang dilakukan olehnya mungkin akan diampunkan oleh Allah atau sebaliknya. Akan tetapi bagi orang yang berpendapat sebaliknya; yang mengatakan amr makruf tidak wajib hanya kepada sesiapa yang tidak pernah melakukan maksiat maka itu bermakna seolah-olah menutup pintu sama sekali untuk terlaksananya amr ma’ruf. Lebih-lebih lagi jika tidak ada cara lain untuk menentang kemungkaran kecuali dengan perbuatan itu.

Ketiga : Demonstrasi Mempamerkan Kekuatan Umat Islam

Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah SAW pernah keluar bersama Para Sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara, kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan Para Sahabat Baginda.

Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah. Ini berlandaskan hadith bahawa kaum Muslimin keluar beramai-ramai setelah Umar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Hamzah RA dan satu lagi diketuai oleh Umar.

Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran). Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na’im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas.

Di mana di (riwayatkan) Saidina Umar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipihak yang benar; samada semasa kita hidup atau kita mati? Bahkan, jawab Rasulullah. Kamu di pihak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri.

Lalu kami keluar bersama Baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegar dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi :

Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul. Mereka merasa kekecewaan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah memberi nama jolokan kepadaku sebagai Umar Al Faaruq. Kerana Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan, dengan (pengislaman) diriku. (Lihat Hilyatul Aulia’ Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59)

Keempat : Semangat Perundangan Islam Membenarkannya

Syariat Islam banyak mengandungi syi’ar amalan dan slogan yang menyerlahkan menifestasi kekuatan, pengaruh dandakwah Islam itu sendiri. Umpamanya solat berjamaah, solat Jumaah, solat dua hariraya dan sebagainya. Rasulullah SAW sendiri memerintahkan agar kaum wanita samaada yang berhaidh atau anak dara keluar menghadiri tempat solat hari raya samaada di masjid atau di tempat lapang dengan alasan yang beliau sebutkan :

"Mereka hendaklah melihat(meramaikan) majlis kebaikan dan seruan dakwah Islam kaum Muslimin. Antara kebaikan yang mereka saksikan ialah ramainya bilangan orang Islam dan bagaimana mereka beramai-ramai menampilkan syi’ar syi’ar Islam".

Baginda juga pernah mengutus para utusan yang ramai dan ketumbukan perang yang matlamat utama baginda di sabalik pengiriman utusan tersebut ialah untuk mempamerkan kekuatan umat. Sebab itu Baginda SAW pernah berkata kepada Usamah RA, "Bawa (tentera berkudamu) memijakkan kakinya di bumi Balqa’.

Kelima : Demonstrasi Pada Asasnya Adalah Harus

Demonstrasi adalah satu tatacara atau wasilah. Oleh itu hukumnya adalah hukum yang berstatus wasilah ; "Al Asl fi al Wasaail al Ibahah" (Hukum wasilah – pada dasarnya – adalah harus).

Oleh itu, kalau ada pun perkara pelanggaran kecil yang dilakukan ketika itu maka hukumnya adalah mengikut hukum al Maqasid. Perkara yang dimaksudkan oleh orang Islam ketika melaksanakan kegiatan seperti ini ialah menyatakan dan mendambakan kebenaran, menolak kezaliman, mendedahkan kejahatan golongan tirani. meniup semangat orang ramai menggalakkan mereka bertindak untuk menegur dan membanteras kejahatan. Oleh itu demonstrasi boleh mengukuhkan kesepaduan pendirian dan solidariti sesama umat.

Keenam : Demonstrasi Memperkasa Dan Menggerakkan Massa Umat Menghadapi Kuasa Tirani

Pada suatu ketika ada seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perangai buruk jiran tetangganya (sehingga menyusahkan ketenteraman hidupnya sebagai jiran). Baginda berkata kepadanya; "Keluarkan barang rumahmu ke luar rumah". Dia-pun mengeluarkan barangan rumahnya di luar rumah. Ini menyebabkan setiap orang yang lalu lalang di situ bertanya. Lalu dia menerangkan sebab musabbabnya.

Maka orang yang lalu lalang di situpun ikut mengutuk perbuatan jahat jiran tersebut. Orang berkenaan tidak tahan lalu pergi menemui Rasulullah SAW. Rasulullah bertanya, "apa masaalah saudara? Dia menceritakan kepada Baginda bahawa orang ramai mengutuknya.

Baginda menjawab, "Allah mengutuk saudara lebih awal daripada orang ramai mengutuk anda". Orang itu menjawab, "Kalau begitu aku bertaubat dan tidak akan mengganggu ketenteraman jiranku". Ia pulang menemui jiranya dengan berkata, "Angkatlah barangan masuk ke rumah semula, saya berjanji tidak akan menyakiti saudara lagi".

Al Bazzar ada meriwayatkan hadith seperti ini dengan status sanad-nya sebagai "Hasan".‏

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...