Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Ujian: minyak motor habis ^^

Assalamualaikum…


Salam pengakhir sya’ban. Sedar tak sedar, tak sampai seminggu je lagi Ramadhan Al mubarak akan datang menjengah kita. Terasa macam baru semalam je kita baru lepaskan Ramadhan pergi…Alhamdulillah, kita masih diberi nafas untuk menyedut udara Ramadhan buat sekelian kalinya..InsyaAllah…Jangan sia2kan peluang ini ye kawan2 ^^


Post kali ini saya nak bercerita tentang insiden yang berlaku kepada diri saya semalam, à Minyak motor habis di tengah jalanß bila cakap je pasal minyak motor habis, mesti ramai akan cakap “insiden biasa la tu bagi seseorang yang ada motor”..urm..urm…


Hari-hari sebelum insiden tu berlaku, setiap hari saya akan tinjau dalam tank minyak motor sebab nak pastikan minyak ada,( memandangkan meter motor 2 pon agak xbetol). Dah ditakdirkan, semalam tak terlintas atau pun saya terlupa nk tgk tank minyak mcm biasa…dan sedang asyik menunggang motor utk ke tempat Praktikal (kerja malam), tiba2 enjin motor berhenti di tepi jalan, nasib baik bukan kat tengah jalan…cuba bayangkan kalau motor tiba2 berhenti kat tengah jalan yang sedang jem + sibuk + kereta laju sbb driver dia xsabar nak balik jumpa anak isteri kat rumah…Nau’zubillah…Allah itu maha Berkuasa….Alhamdulillah..


Bila dah berhenti tu, muka tetap maintain cool, tapi dalam hati semua org xtau, betapa paniknya diri ini time tu..dalam panik2 tu sempat jugak senyum kat orang yang lalu lalang kat lorong pejalan kaki yg cik nurul selalu guna bila balik dari kerja. Terus berpesan pada hati,” jangan panik, Allah kan ada…”


Memang tak tahu nak buat apa, sebab risau lambat masuk tempat kerja. Time tu lagi 15 minit je lagi nak pkul 6.15 petang (waktu wajib punch in). terus teringat kat kawan sekerja tapi lain department =Ili Amirah= dia pon shift malam gak.


Mieja: Ili, tolong aku, minyak motor aku habis kat tengah jalan ni

Ili: hah?? biar betul ko ni? Habis ko nak aku buat apa?

Mieja: mintak tlg jemput aku kat sini boleh tak?

Ili: ok2..jap..


Sementara tunggu Ili, hati sentiasa bezikir, beristighfar, berdoa semoga Allah sentiasa ada dalam gerak langkah ini. Dlam waktu-waktu begini, mesti sentiasa tenang, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Dan yang paling penting, jangan mengeluh. Must Smile Always…Allah kan Ada? ^^


Bila Ili sampai, kitorang cadang nk punch in dulu dan lepas tu beli minyak kat stesen minyak. Nak dijadikan cerita, satu masalah lagi timbul, nak isi minyak dalam apa?? Haaa…terus tanya kat uncle guard kat bilik loker tu (cik Yana mesti kenal). Mintak botol besar kat uncle tu, dia cakap tadi baru je dia buang botol air mineral besar ke dalam tong sampah dan dia terus pergi ke tong sampah tersebut dan bukak..”dah tak de la dik, hari ni rajin pulak diorang kutip sampah”..haha..buat lawak pulak uncle ni.


Saya tak berputus asa..saya bukak semua tong-tong sampah yang ada kat situ, sebab risau kat motor yang tak ada sape2 jaga kat tepi jalan tu. Takut sangat apa2 jadi kat motor bukan hak milik sendiri tu. Akhirnya jumpa jugak botol besar, tu pun uncle tu yang carikkan, Alhamdulillah..Allah beri petolongan lagi.


Before kitorang nak gerak ke stesen minyak, terserempak dengan Mi (kawan satu dept dgn Ili) Mi tanya kitorang nak pergi mana? Ili pun cerita apa yang berlaku kat saya…terus Mi call kawan satu rumah dengan dia, Megat. Mi minta tolong Megat belikan minyak dan bagitau lokasi motor saya..Alhamdulillah…pertolongan Allah datang tak putus-putus…


Dengan kereta kelisa Mi yang agak comel, kitorang ke tempat kejadian. 5 minit tunggu barulah Megat sampai. . . dengan membawa sebotol ieum, megat tersenyum kat kitorang..hari ni saya dpat isi tank minyak motor separuh penuh tanpa keluarkan sesen pun…Megat tak nak terima Rm5 yang saya hulurkan..Alhamdulillah…Allah Maha pemurah…


Begitulah kisahnya… nak dijadikan pengajaran, apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku kat kita, jangan terus give up, sabar dan tenang…jangan lupakan Allah..teruskan berzikir. Allah akan hulurkan pelbagai bantuan kepada sesiapa yang tetap sabar bila ditimpa ujianNYA. Bukankah ujian itu datang dari Allah? Ditimpakan ujian kepada hambaNya semata-mata untuk menguji dan mengetahui hakikat sebenar hati hambaNya. Sama ada terima dengan tenang dan pasrah atau terima dengan memberontak dan mengeluarkan kata2 kesat. Jangan lupa kata2 kesat yang keluar dari mulut kita apabila ditimpa ujian, secara tak langsung adalah dikeluarkan kepada si pemberi ujian, Allah S.W.T…Astaghfirullah al azim…

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...