Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Kuning??



Assalamualaikum…Salam Hari Jumaat…^^

Hari ni 8hb Julai, esok 9hb Julai 2011. Haa…cakap pasal 9hb Julai 2011---à tahu x korang (terutamanya yg warganegara Malaysia) apa yg akan berlaku esok? Ala..event yg gilang gemilang, yg kecoh satu Malaysia sampai budak kecik jiran sebelah rumah kitorang ni pun tau..kalau la ada yg xtahu, mahu kena buang kerakyatan ni. Sebab xamik tahu langsung isu semasa dalam Negara. Aishhh…

Esok hari kuning a.k.a BERSIH 2.0 akan berlangsung…kalau nak tahu dan bagi sesiapa yg kurang tahu pasal BERSIH ni sila ke link ni.


Saya nak sangat join diorg pakai baju kuning pergi Masjid India (walaupun baju kuning xde) esok. Kumpul ramai2 untuk serah memorandum menyokong pilihanraya bersih dan adil untuk PRU 13 nanti. Kalau PRU 14 buat BERSIH 3.0 pulak ^^..tapi apakan daya, minggu ni shift malam, xtido sepanjang malam memang ambil risiko nak pergi BERSIH tu. Better jangan.

Mesti ada yang cakap budak ni gila xtakut ke kena tangkap, mesti penyokong Pembangkang ni..haha..apa nak takut, takut polis ke? Lupa ke siapa yg perlu kita takut? Allah kan? Kalau niat bersih, betul –betul nak kan pemimpin yg betul2 adil dan xdera rakyat, mesti Allah akan tolong. Cuma dalam hati kena yakin dan percaya Allah sentiasa ada kat sebelah. insyaAllah selamat.

Penyokong pembangkang? Habis tu kalau yang sokong kerajaan mmg xnak pilihan raya yang adil dan bersih ke? Suka ke rasuah2? Ke korang yg sokong kerajaan tu memang tahu kerajaan mmg xjalankan pilihanraya yang adil+bersih? Dah tu kenapa sokong gak? Kan Allah dah berfirman dalam Al quran yang bermaksud:

“Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)


Haa…pandai2la nak fikir….tak ada yang benar melainkan Allah.

Bagi yang cakap, xde kerja lain ke nak adakan himpunan macam ni. Menyusahkan diri jer…haha..kalau kerajaan ok dalam pemerintahan xkan diorang susah2 nak buat himpunan ni. Urm…fikir dalam2 k kawan2…Astaghfirullah al azim..zuhur dah masuk. I need to go..last but not least: JOM KE BERSIH ESOK KALAU ANDA RAKYAT MALAYSIA YANG BERSIH!^^


p/s: maaf yer bahasa agak kasar..sebab nak tegaskan bagi yang perlukan penegasan..Wallahualam...

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...