20.7.11

Alkisah kuali dan sudip


Assalamualaikum kawan2…J

Kali ni nak coretkan sedikit aktiviti kat rumah sewa kitorg, apa yang kitorg buat sepanjang bergelar ‘pekerja’ yang boleh dikatakan pekerja sepenuh masa kat kilang masing2…hee


Setelah 3 bulan menyewa kat flat ni ( yang mcm heaven je buat kitorg setelah penat lelah jadi pekerja kilang sepanjang hari..hiihii), sabtu lepas baru lah lengkap dapur kami sebab TONG GAS dah dibeli dan siap dipasang oleh pakcik gas tu (terima kasih pakcik!)..wah wah..excited ni nak masak2 sebab saya plan nak balik petang tu dengan abg untuk mengangkut segala macam barang dapur termasuklah periuk, kuali, beras, bawang dan macam2 lagi dengan kereta beliau bawa balik ke rumah sewa ….


TAPI…..

Segala rancangan tak menjadi sebab abang saya tu tak balik kampong pulak minggu tu…terus rasa kecewa, sebab kitorg memang dah gian sangat nk tunjuk skill masak masing..(ceceh..:P)..


SUDDENLY…

Malam ahad tu yana (one of my housmates) dah membawa satu kebahagiaan buat kitorang dengan membawa balik kuali dan sudip yang dibeli dari Parkson mane tah..wah wah..dah hepi sket even xde barang pon nk masak dan walaupun total harga kedua2 barang tu menjangkau RM50…..xpe2..Thanx a lot kat YANA ^_^


FINALLY

Isnin malam yang lepas, perut masing2 sangatlah lapar, time tu tinggal saya, yana and nurul je ade kat rumah. Zie balik rumah dia kat Kelantan. Disebabkan lapar sangat dan malas nk masak megi rendam, jadi kitorg bertekad untuk menggunakan kuali+sudip+dapur masak+tong gas yang baru. Jeng jeng..walaupun masak megi je tapi sangatlah puas..makan ramai2 memang sangat2 seronok dan puas…”macam nak masak satu bungkus lagi je..” kata yana..haha..


firstly........^_^


ala..dah siap masak dah? its time to serve..:))


mula2 angkat mee die dulu baru kite tuang kuah die.


siap! baik2 jangan sampai air liur meleleh tengok megi kitorang ni..hee


jangn berebuat kawan2..kite baca doa dulu. baru berkat even megi je kita akan kenyang juga nanti ^_^

p/s: lepas ni boleh la update pasal resepi2 yang kitorang masak plak kan...*blink*

2 ulasan:

Nurul Aziz berkata...

kot ye pun lap la dulu kuah yang berciciran kat tepi tupperware cantik tu..

Armiza Aris berkata...

2 seni nurul..haha

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak ALLAH~

Aku tidak akan memerhatikan hak-hak hambaKU, sebelum ia menunaikan Hak-hak KU-Hadith Qudsi-

~Akidah~

"Akidah ialah landasan stiap amalan
Amalan hati adalah lebih penting daripada amalan anggota badan.
Mendapatkan kesempurnaan bagi kedua-dua amalan adalah tuntutan syarak, walaupun martabat dua tuntutan itu berbeza"
-Risalah at-Ta'lim

Dunia

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
 

Armiza Aris | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates