Tapi walaupun secara paksaan (macam xfair pulak bagi blog lain yang maybe takde group fb mcm kitorang, tapi AAK!!), dengan rela hatinya aku terus klik butang vote blog sekolah lama aku kat situ. Hahaha…lepas tu baru aku usha2 blog tersebut. hehehe…memang secara nyatanya semangat setiasekolah telah dididik oleh cikgu2 sekolah aku tu sejak kitorang form 1 lagi. Dan mungkin sebab tu aku terover semangat. Siap komen hampir setiap entry kt blog tu. Dan tak lupa bagi cadangan sekali.hahaha.well im a good super ex-MOZAC.
Yang tu boleh diterima lagi level excited aku. Tetibe level excited aku dah nak macam nak meletup bila rumah2 sukan kat MOZAC pun ade blog sendiri. Lepas tu bukan baru lagi establish, dah tiga tahun??? Lagi aku excited. Kenapa aku baru tahu?? Aku open tab keempat-empat blog mewakili 4 rumah sukan BENDAHARA, TEMENGGUNG,SYAHBANDAR dan LAKSAMANA. Usha-usha lagi…tengok2 macam sama je entry mereka. tapi takpe, blog rumah sukan aku BENDAHARA paling comel antara blog2 rumah sukan yang lain. BENDAHARA DYNAMITE, DON’T PLAY WITH DYNAMITE BOOM BOOM!! (tengok over x smpai ingat lagi lagu cheers kitorg.)
Ni semua link blog tersebut:
http://muzaffarsyah.blogspot.com
http://bendaharamozac.blogspot.com/
http://temenggungmozac.blogspot.com/
http://syahbandarmozac.blogspot.com/
http://laksamanamozac.blogspot.com/
Bila fikir2 balik, siapa pulak yang jadi admin untuk blog2 ni kan? Student memang xboleh bawak laptop, nak online jauh sekali. Handphone? Lagi la tak boleh. Siapa lagi kalau bukan cikgu2 yang jadi admin. Bagus jugak idea ni, meningkatkan lagi nama sekolah yang memang dah sedia tinggi di atas bukit nun.
Masa usha2 blog sekolah, rasa rindu membuak2, tengok wajah cikgu yang aku kenal walaupun nampak dan makin berumur, makin dekat hati ni dengan Mozac. Terus kenangan lama terimbau, pahit dan manis semua ada. kat Mozac la aku start belajar berdikari, aku mula basuh baju sendiri, kemas katil sendiri, kemas locker setiap hari sabtu sebab ada inspection, duduk dalam dorm yang ada macam2 ragam adik2 dan kawan, dan tak lupa bila setiap malam ada orang bagi aiskrim+surat, kat situ jugakla aku start makan megi goreng, dan macam2 lagi yang aku start belajar and mula kat situ.
Teringat event2 yang ada kat Mozac tu, satu sekolah jadi meriah bila sukan sekolah akan bermula tak lama lagi. Dengan latihan kawadnya siang dan malam, dengan cheer leadingnya,sesi menjahit baju n seluar dengan ribbon sebab nak bagi seragam dan cantik. Dengan cat banner, bendera lagi dengan macam2 logo…arghhhhh..terbayang2 di ruang fikiran. RINDU…
Tak lupa jugak bila ada pertandingan kawad antara unit beruniform. Dulu aku KRS, memang setiap tahun masuk pertandingan kawad. Seminggu sebelum pertandingan tu, setiap petang dgn malam ada latihan. Sangat meriah bila 5-6 unit beruniform buat latihan sekali. Bila hentak kaki berterabur terus komander cakap “MACAM TAIK!!!” lepas tu semua orang tunduk. Tapi semua tu satu kenangan yang sangat2 manis, tak mungkin aku lupakan. Kalaulah boleh diulang…..T_T
Terima kasih dan bersyukur sangat atas semua kenangan..yang baik dan indah tersemat dalam hati, yang buruk dijadikan teladan, insyaAllah takkan buat lagi…
MOZAC 0206 kat tangga batu sekolah, saya yang pakai tudung putih tu ^^V
-dari yang amat merindui zaman kecomelannya di zaman sekolahnya ^^~

Hari ni genap sudah umur ku 23 tahun 6 hari. Really tak percaya aku dah menjangkau umur 23 tahun. Sekejap je masa berlalu…Teringat masa birthday yg ke- 20 masa 3 tahun yg lepas, boleh pulak aku sedih campur terkilan sebab dah takde sweet –teen lagi, like sweet 7TEEN, sweet 8TEEN. Dah tak sweet dah kirenya, maksudnye tak bergelar remaja lagi..yeke ke macam tuh. (ketawa bila ingat balik. MELAMPAU!). ~~nmpak sangat tak matang lagi even dah 20thn =_=”~~
Bercakap pasal matang, I wanna to be more matured for this new year and onward. Sebab terkesan dek satu ayat yang simple but it had affected my heart and my soul. Huhuhu..sampai sekarang teringat ayat uncle kat kedai baju sekolah time my mom and my adik bershopping sakan beli barangan back to school sebulan yg lepas. “Ok, kakaknya pulak saiz apa mau?” terus berubah muka..haiyaaa…uncle, saya dah lama tak shopping kat kedai uncle ni, last masa form 5, 4 years ago. Uncle tu balas,” laaa..I ingat u baru abes PMR”..salah tu Uncle, saya baru abes degree. =_=”
Kali ni nak ajak bercakap ikut pengalaman pulak. Penat dah nak cakap ikut fakta lately. Hee..sambil tu amik feeling2 dengar lagu hambaMu lagu tema imam muda. Baru bersemangat!
Fikir-fikir balik, matang tu apa sebenarnya? Macam mana nak nampak matang? Kena matang dari fikiran or perbuatan atau kedua-duanya sekali kalau nak nampak matang? Dan perlu ke nampak matang?
Dari segi firasat aku sendiri, matang tu adalah satu tindakan serius yang bukan main-main untuk satu2 perkara. Fikiran yang bernas seiring dengan tindakan yang rasional. Jadi adakah matang seiring dengan bertambahnya umur seseorang? Rasanya tak, sebab ada jugak yang umur meningkat, tapi perangai still keanak-anakkan lagi.
Dan pernah tak dengar orang cakap “dia nampak matang.” Adakah matang itu bergantung pada appearance die? Aiseh….pening pulak kepala fikir pasal ni semua.
Last2 boleh tak amik solusinya macam ni. Matang tu adalah satu perkara yang sangat-sangat subjektif. Kematangan seseorang tak boleh diambil ukur dengan paras rupa seseorang. (dah muka aku ni tak dimakan dek tahun, nak buat macam mana kan? Hee…). Dan juga tak boleh diambil kira cara jalan keanak-anakan beliau. Hee.. Dan kematangan seseorang boleh dilihat bagaimana rasionalnya dia berfikir akan satu-satu perkara. Dan juga tindakan serta perbuatannya menyerlahkan lagi kematangannya…and so please don’t say orang yang kuat ketawa dan suka melawak tu tak matang. ^_^
Dari semua2 ni maka terhasillah satu ayat yang merungkai segala2nya “don’t judge a book by its cover”.
Allah mengurniakan hambaNya ujian dan dugaan semata-mata untuk mematangkan lagi hambaNya, supaya kita semua menjadi matang dari sehari ke sehari. Sebab tu dari logik akalnya, bila bertambah umur seseorang, akan bertambah matanglah dia disebabkan banyak ujian yang pernah dan sedang dihadapi. Ya…matang berdasarkan pengalaman.
- Apabila kita telah membuatkan sahabat kita marah dan terasa --> Dah tahu dah perkara2 yang sahabat kita tak suka, dan akan cuba menjauhi perkara tu demi sahabat kita
- Apabila dtgnya mesej dari seseorang ajak berkenalan à Dah tahu dah tu salah satu ujian Allah nak pastikan ikhlas ke tak ungkapan ‘Aku cinta Allah’ yang saban hari kita ucapkan.
- Apabila interview kerja x berjaya à Dah tahu dah Allah dah sediakan tempat kerja lain yang lebih baik. Dan mungkin juga usaha kita tu xcukup lagi.
- Apabila ujian datang menimpa2 àdah tahu dah ada sesuatu yang kita buat tanpa Allah redhai, itu tandanya Allah sedang menegur kita .sweet kan Allah?? ^_^
- Apabila doa kita tak dimakbulkan à Dah tahu dah Allah nak kita lebih banyak lagi berdoa dan meminta daripada Dia. When someone pray, Allah will answers:1) Yes, 2) Yes but not now, 3) I have a better plan for you. Note: There's never 'no'
Nampak tak betapa ujian yg Allah beri kepada setiap hambNya, hanya semata-mata nak beri hambaNya itu pengalaman dan juga nak mematangkan lagi hambaNya. Dan nak mendidik kita semua supaya menjadi lebih sabar seperti bait kata dalam lagu hambaMu ni :
“Usaha dengan doa..masanya akan tiba..dengan restu ILAHI..kelak pasti akan ditemui..”
Jadi jangan mengeluh bila datangnya ujian Allah, ingatlah itu tandanya Allah sedang mendidik kita semua menjadi lebih matang. Dan InsyaAllah menjadi hamba Allah yang baik.^^

Eh ..apa yang musim sejuk ni? Sekarang orang tengah berpeluh2, apa pulak yg winter2 bagai ni.^_^ Sebenarnya musim sejuk yang akhir adalah maksud bagi salah satu bulan Hijrah iaitu Jamadilakhir. Hari ni tertarik nak share dengan semua tentang bulan Jamadilakhir.
Maksud tersirat dan tersurat Jamadilakhir
Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.
Peristiwa –peristiwa penting pada bulan Jamadilakhir
1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.
2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.
3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.
4. Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh `Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadilawal.
Banyak peristiwa penting yang berlaku pada bulan Jamadilakhir ni yer. Dan mesti semua tertanya-tanya kenapa aku menulis tentang bulan Jamadilakhir, kenapa tak bulan safar kan? Kan hari ni bersamaan dengan 25 Safar 1433H
Sebabnya ialah:
19 Januari 1989 bersamaan 11 Jamadilakhir 1409H
Aku selamat dilahirkan pada pukul 8.45p.m pada 19 Januari 1989 dan juga pada hari khamis seperti hari ni C: . Alhamdulillah, genap 23 tahun aku menghuni bumi Allah ni. Semoga Armiza Aris akan menjadi salah seorang pejuang Islam dan mati sebagai syuhada memperjuangkan agama Allah seperti mana syahidnya para pejuang Allah pada bulan Jamadilakhir beribu tahun yang lepas. Khalid Al Walid adalah salah seorang pejuang Islam yang betul-betul aku kagumi.
Sebak menghuni rasa,
Tangis peneman diri,
Tertunduk aku melutut pada yang Esa,
Tak tahu kenapa ini yang kurasa,
Mungkin kerana dosa 23 tahun membayangi diri,
Kurangnya baktiku pada agama,
Selamat Hari Lahir Noor Armiza,
Semoga keredhaan Allah sentiasa menaungimu,
Keberkatan Allah sentiasa memayungimu,
Allah akan sentiasa ada, ada untukmu sayang.
Kerna itu janjiNya pada mu….
*Sebak baca semua doa dari kwn2 di wall FB dan xlupe juga mesej yg smpai tepat pd tgh mlm tadi dari my sayang nurul . kamu semua adalah anugerah terindah yg Allah kurniakan. Allahurabbi...T_T*

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum
Sambil diiringi nasyid penenang jiwa, Allah detikkan hati aku untuk baca satu post di facebook. Tak pasti akan kebenarannya, tapi berita ini membuatkan hati ni berbunga, gembira dan bersyukur. Dia ni salah seorang artis yang aku minat. Tak kering gusi tgk telatah beliau dan rakan baiknya Johan. Kalau nak release tension, aku mmg slalu buka channel 132, nak tengok telatah diorang ni. Dan terdetik kat hati aku ni untuk share dengan korang semua sebab aku salah seorang yang hadir pada malam program tersebut diadakan. Memang gandingan UAI dan Zizan sangat2 mantap. Best!
InsyaAllah, semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNYa yang sentiasa menghampiri kebenaran. Sungguh hidayah Allah itu akan diberikan kepada hamba2 yang betul2 memerlukan.
*********************************************************************************************************
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. :) Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu.
Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam. (pada malam yang sama). Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur. (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah 1 faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.
Bayangkan.. ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi. Bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis Ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur2 dakwah. Allah PASti akan bantu. Insyaallah. :)
Sumber: facebook
p/s: memang tak boleh lupa satu soalan yang diajukan pada malam tu
" kenapa UAI tak bergandingan dengan Zizan masuk maharajalawak. mesti menang"


Ketika Tuhan menciptakan wanita, Dia siap pada hari ke 6.
Malaikat datang dan bertanya “ Mengapa begitu lama Tuhan?”
Tuhan menjawab, “Sudahkah kamu lihat semua detail yg Aku ciptakan untuknya?”
“2 tangan ini harus bisa selalu dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yg boleh digerakkan dan berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan…
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak2nya…
Punya pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati dan keterpurukan…
Dan semuanya cukup dilakukan dgn kedua tangan ini…
Malaikat takjub, “hanya dgn 2 tangan ini?…”
“apakah dia boleh berpikir?” tanya malaikat
Tuhan menjawab “Tidak hanya berpikir, dia juga mampu berhujah dan mengutarakan pendapatnya”
“Itu bukan kerapuhan, itu air mata. Aku berikan padanya supaya dia bisa mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan dan rasa bangga”
“Engkau memikirkan segala sesuatunya. Wanita ciptaanMu ini sungguh menakjubkan!”
“Ya..Harus! Wanita ini mempunyai kekuatan utk mempesonakan lelaki…
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan & pendapatnya sendiri…
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit…
Mampu tertawa saat hatinya menangis…
Dia bisa berkorban demi orang2 yg dikasihinya…
Dia bisa melawan ketidakadilan…
Dia bersorak saat melihat kawannya bahagia…
Hatinya terluka saat melihat kesedihan…
Dia tahu sebuah ciuman&pelukan dapat menyembuhkan luka…
CINTANYA TANPA SYARAT!”
Malaikat sangat kagum.“Lalu apa kekurangannya?”
Tuhan menjawab ”hanya satu hal.. Dia terkadang lupa betapa berharganya dia…”
Credit to this blog http://mynameisyurikelizustin.wordpress.com

Assalamualaikum
Dah lama tak online, dah lame tak bukak blog, dh lame tak bukak fb sambil stalker apa yang patut. Bukan tu je, dah lama tak sentuh laptop. Kesian dia dipinggirkan. Pagi ni pun terasa nak bukak lappy, sebab nak search something kt encik google. Lepas ni puasa buka lappy balik. Hehe.. Tak tau sebab apa mungkin sebab dah bosan dengan semua tu. Y_Y
But, love to share this. Jap..nak tanya dulu, dah baca Al-mathurat belum pagi ni? Dah bukak Al-Quran belum sebelum bukak fb. Kalau belum, buat semua perkara tu dulu k. Apa salahnya, sambil tunggu lappy loading, bukak Al-quran sat. Al-Quran xpayah nak tunggu loading pun, selak je surah mana yang kita nak baca terus jumpa. Manusia..manusia..yang susah diutamakan dulu.Yang senang dan banyak manfaat xmau buat. Nauzubillah…
Sebut pasal Al-Mathurat, teringat dulu start baca dan diajar baca Al-Mathurat, time kat MOZAC dulu. Setiap pagi ahad, kami yang junior ni kena bangun awal pagi bawak Al-Mathurat ke surau. Lepas subuh terus baca secara berjemaah. Teringat dulu, merungut je setiap kali kena stay baca Al-Mathurat, yelah apa lagi yang best nak dibuat pagi ahad kalau tak tidur kan? Lebih2 lagi buat dalam paksaan, siapala suka.(Kakak2 senior BADRI yang paksa hehe) tapi thanks to them, sekarang dah tahu kelebihan Al-Mathurat dan setiap hari insyaAllah takkan miss. Alhamdulillah..
PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT
1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...
2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...
3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...
4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.(Amin…amin…permudahkanlah urusanku Ya Allah..)
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.(Hasbunallah wa nikmal Wakil)
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya (aim for hamba Allah.)
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. (bila la boleh bayar hutang PTPTN ni..T_T)
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan. (I love Rasululullah s.a.w)
Kredit: IluvIslam.com dan www.hatikering.wordpress.com

Alhamdulillah..permulaan tahun baru yang penuh erti dalam hidupku. Pertemuan tautan ukhuwah dengan naqibah yang amat aku rindui membuahkan 1001 kebahagiaan, pengertian dan kekuatan buat aku yang sejak akhir2 ni yang semakin lemah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU dan aku tahu Engkau sentiasa memahami hati dan naluriku. alhamdulillah.

2 Comments