Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.
Posted on 3.1.12 · Leave a Comment
Alhamdulillah..permulaan tahun baru yang penuh erti dalam hidupku. Pertemuan tautan ukhuwah dengan naqibah yang amat aku rindui membuahkan 1001 kebahagiaan, pengertian dan kekuatan buat aku yang sejak akhir2 ni yang semakin lemah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU dan aku tahu Engkau sentiasa memahami hati dan naluriku. alhamdulillah.
Dan for the 1st time in my whole life, aku telah sambut tahun baru. dan alhamdulillah sambutan ini adalah sambutan cara Islam. Aku bersama naqibahku telah ke satu program GeMS (Generasi idaman Selangor) di dataran merdeka Shah Alam. GeMS adalah satu usaha kerajaan Negeri Selangor dalam membanteras zina di dalam kalangan remaja pada malam sambutan tahun baru. Dengan kehadiran hampir 80 000 orang ke program ini membuktikan usaha kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor ini telah berjaya. Alhamdulillah.
Ya, untuk menarik orang ramai datang ke program keagamaan dan kerohanian bukanlah mudah, lebih-lebih lagi sambutan tahun baru bersama pemimpin negara juga sedang dijalankan di I-city pada yang sama. Tapi dengan adanya slot bersama penceramah terkenal di kalangan remaja masa kini Ustaz Azhar Idrus adalah satu taktik yang sangat bijak oleh pihak programmer. It was really awesome!!!! I cant stop laughed at that night ^________^ lebih2 lagi UAI digandingkan dengan Zizan Rajalawak. mmg menarik tetapi pengisian kerohanian tetap ada. alhamdulillah...
Pada hari kedua, aku ke Mines dengan naqibahku. sepanjang perjalanan, kami penuhi dengan usrah untuk mengisi hati aku yang makin kosong ni. Sebelum aku berjumpa dgn kak iza tempoh hari, aku request untuk mendengar usrah dari beliau dan aku ada beritahu kak iza yang aku seakan putus asa untuk mencari kerja. Kak iza mmg the role model untuk membakar semangat aku. Ujian serta dugaan yang pernah dia alami sebelum mendapat kerjanya sekarang mampu membuatkan air mata aku mengalir. Tak layak untuk aku berputus asa sekarang kalau nk dibandingan ujian yang Allah beri kepada aku sangatlah sedikit berbanding dgn beliau... Sungguh tabah hatimu wahai wanita solehah.I wanna be like her..^__^
Kak Iza telah menghadiahkan aku sepasang kasut yang sangat cantik. katanya itu sebagai hadiah hari lahirku nanti. terharunya aku kerana dianugerahkan ukhuwah yang sebegini erat. terima kasih kak. Ija gembira sangat. =')
Petang itu kami bertolak ke Bangi bumi ilmu. Ada Ceramah Isu Semasa. Sepanjang ceramah tersebut, Im realized betapa bertuahnya rakyat negeri Selangor, tak pernah lekang dengan majlis ilmu di sana sini. dengan pelbagai kemudahan seperti bantuan pembayaran bil air dan peluang pekerjaan yang sangat tinggi membuatkan aku sayang untuk tinggalkan negeri ini. Tapi apakan daya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Tapi, aku dah sematkan dalam hati untuk terus berjuang dan membantu sahabat sahabiah di sini dalam menegakkan agama Islam (azam tahun baru..^__^)
Malam itu aku bermalam di rumah sahabat-sahabat seperjuangan. Sungguh eratnya ukhuwah, rindu hati makin terbalas. Solat berjemaah bersama, berqiamullail bersama, membaca al mathurat bersama. Indahnya ukhuwah yang berlandaskan keredhaan Allah ini.
Syukran Walhamdulillah. segala puji bagi Allah kerna diberi peluang untuk terus berada di jalan yang Engkau redhai. Wahai Tuhan yang sentiasa dihati, semoga imanku sentiasa meningkat dari sehari ke sehari. Aku terlalu ingin untuk menjadi wanita solehah yang sentiasa taat akan perintahMU, patuh akan arahan ibu bapaku dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. itu azam tahun baruku. insyaAllah..semoga Kau redhai.
p/s: "Ija, kalau nak dapat kerja, betulkan niat dulu k. InsyaAllah, satu hari nanti adik akan dapat yang terbaik dalam hidup, kerja yang baik dan jodoh dikalangan muslimin soleh yang baik" pesan terakhir Kak Izawati Rosli mengakhiri pertemuan kami semalam.

Categories:
~kalahati bermadah~