Tapi walaupun secara paksaan (macam xfair pulak bagi blog lain yang maybe takde group fb mcm kitorang, tapi AAK!!), dengan rela hatinya aku terus klik butang vote blog sekolah lama aku kat situ. Hahaha…lepas tu baru aku usha2 blog tersebut. hehehe…memang secara nyatanya semangat setiasekolah telah dididik oleh cikgu2 sekolah aku tu sejak kitorang form 1 lagi. Dan mungkin sebab tu aku terover semangat. Siap komen hampir setiap entry kt blog tu. Dan tak lupa bagi cadangan sekali.hahaha.well im a good super ex-MOZAC.
Yang tu boleh diterima lagi level excited aku. Tetibe level excited aku dah nak macam nak meletup bila rumah2 sukan kat MOZAC pun ade blog sendiri. Lepas tu bukan baru lagi establish, dah tiga tahun??? Lagi aku excited. Kenapa aku baru tahu?? Aku open tab keempat-empat blog mewakili 4 rumah sukan BENDAHARA, TEMENGGUNG,SYAHBANDAR dan LAKSAMANA. Usha-usha lagi…tengok2 macam sama je entry mereka. tapi takpe, blog rumah sukan aku BENDAHARA paling comel antara blog2 rumah sukan yang lain. BENDAHARA DYNAMITE, DON’T PLAY WITH DYNAMITE BOOM BOOM!! (tengok over x smpai ingat lagi lagu cheers kitorg.)
Ni semua link blog tersebut:
http://muzaffarsyah.blogspot.com
http://bendaharamozac.blogspot.com/
http://temenggungmozac.blogspot.com/
http://syahbandarmozac.blogspot.com/
http://laksamanamozac.blogspot.com/
Bila fikir2 balik, siapa pulak yang jadi admin untuk blog2 ni kan? Student memang xboleh bawak laptop, nak online jauh sekali. Handphone? Lagi la tak boleh. Siapa lagi kalau bukan cikgu2 yang jadi admin. Bagus jugak idea ni, meningkatkan lagi nama sekolah yang memang dah sedia tinggi di atas bukit nun.
Masa usha2 blog sekolah, rasa rindu membuak2, tengok wajah cikgu yang aku kenal walaupun nampak dan makin berumur, makin dekat hati ni dengan Mozac. Terus kenangan lama terimbau, pahit dan manis semua ada. kat Mozac la aku start belajar berdikari, aku mula basuh baju sendiri, kemas katil sendiri, kemas locker setiap hari sabtu sebab ada inspection, duduk dalam dorm yang ada macam2 ragam adik2 dan kawan, dan tak lupa bila setiap malam ada orang bagi aiskrim+surat, kat situ jugakla aku start makan megi goreng, dan macam2 lagi yang aku start belajar and mula kat situ.
Teringat event2 yang ada kat Mozac tu, satu sekolah jadi meriah bila sukan sekolah akan bermula tak lama lagi. Dengan latihan kawadnya siang dan malam, dengan cheer leadingnya,sesi menjahit baju n seluar dengan ribbon sebab nak bagi seragam dan cantik. Dengan cat banner, bendera lagi dengan macam2 logo…arghhhhh..terbayang2 di ruang fikiran. RINDU…
Tak lupa jugak bila ada pertandingan kawad antara unit beruniform. Dulu aku KRS, memang setiap tahun masuk pertandingan kawad. Seminggu sebelum pertandingan tu, setiap petang dgn malam ada latihan. Sangat meriah bila 5-6 unit beruniform buat latihan sekali. Bila hentak kaki berterabur terus komander cakap “MACAM TAIK!!!” lepas tu semua orang tunduk. Tapi semua tu satu kenangan yang sangat2 manis, tak mungkin aku lupakan. Kalaulah boleh diulang…..T_T
Terima kasih dan bersyukur sangat atas semua kenangan..yang baik dan indah tersemat dalam hati, yang buruk dijadikan teladan, insyaAllah takkan buat lagi…
MOZAC 0206 kat tangga batu sekolah, saya yang pakai tudung putih tu ^^V
-dari yang amat merindui zaman kecomelannya di zaman sekolahnya ^^~
Seronok sangat nak share dengan semua artikel tentang wanita. Of course artikel yang mengajak kita terutamanya kaum Hawa untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Bagi kaum Adam, didiklah kaum hawa di sekeliling kamu terutamanya, isteri dan anak-anakmu untuk menjadi wanita solehah standing bidadari-bidadari di syurga. InsyaAllah ada ganjaran besar buatmu.
Untuk Hawa, bila didatangkan ilmu dan peringatan buatmu, maka ikutilah sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang (kaum) itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Hidayah Allah tak selalu datang. ^^
Teringin nak masuk syurga? jom baiki diri. tak semua sempurna, tetapi mencari kesempurnaan itu perlu.(^_^)
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Past these few days, I've been thinking about myself, my problems, my future, about everything especially my heart..little bit disappointed to myself because I can't handle in throwing bad history from heart and always thinking others than to think much about Allah, The Most Great and Gracious..Allah, I know all of these things are from You, I pleased to receive them..I beg You, please make my heart stronger than before..







2 Comments