Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Duta INSEP

Assalamualaikum..

And again, aku dihubungi oleh orang yang berminat dengan INSEP. ye..tempat training aku dulu yang aku pernah post entry kat sini. Setakat ni mungkin dah dekat 10 orang yang call dan minta pendapat aku before masuk atau pergi interview INSEP ni. Hahaha...macam kelakar pulak. Tetiba jadi duta SHRDC yang tak berbayar. Tapi tak apa, niat aku nak tolong orang lain. Mana yang tak dapat kerja lagi, mungkin dengan join INSEP ni satu jalan yang terbaik untuk diorang.

Dan tadi, ex-president PMFST masa aku jadi vice president dulu call aku. Bertanyakan tentang INSEP. Dia bukan nak join, dia nak tanya maklumat pasal INSEP ni, sebab dia berbisnes uruskan graduan2 yang tak berkerjaya lagi something like that. Katanya, dia google pasal INSEP dan terjumpa blog aku ni. Terkejut katanya. terus call aku dan interview sikit2. Siap tanya gaji berapa lagi.hehe..P&C takleh bagitau. nanti orang culik. hehe

2nd in the list...@_@

Dan sekali lagi aku promote INSEP ni kat dia, bagi sesiapa yang buntu tak dapt kerja lagi, (yang berijazah sahaja yer) sila lah join INSEP ni. tak rugi, malah sangat berguna. Daripada duduk saja2 kat rumah, tak dapat kerja lagi why not join this programme and gain many new knowledge. Cabar diri anda. Elaun memang tak banyak, tapi apa orang kata bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian? yes... :)

Kekasih


Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu.

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kami rindu padamu

Kutahu cintamu kepada umat
"Ummati ummati"
Kutahu bimbangnya engkau tentang kami
Syafaatkan kami

Ya RasulAllah ya HabibAllah
Terimalah kami sebagi umatmu
Ya RasulAllah ya HabibAllah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim
Allahumma solli 'ala Muhammad
Ya Rabbi solli 'alaihi wa sallim 


Ada segolongan yang Rasulullah sangat2 rindu. Mereka adalah umat yang lahir selepas kewafatannya, tak pernah bersua dengannya. Tapi sangat cintakan baginda lebih dari cintakan ibu bapanya..:')

Hanya Allah saja yang tahu betapa kami pun amat2 merindukanmu. Setiap perjuanganmu, sunnahmu, perbuatanmu kami cuba ikuti tanda cinta dan sayang kami kepadamu Ya Rasulullah..syafaatmu kami harapkan agar kami dapat bersamamu di syurga nanti. Alangkah indahnya hidup kami nanti andai dapat bersamu....Allah..Allah..Allah..:')


Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wasahbihi wasallim.

Pegerakan secara rawak


Anda akan mengalami satu journey gambar2 tanpa disusun diiringi caption yang akan bantu anda jadi faham dan tak blur. 



Sekarang company sibuk nak hadapi ujian setahun sekali iaitu audit ISO. Tapi disebabkan kitorang tak pernah dapat ISO, dan this is our first audit for ISO, tu yang masing-masing tunggang terbalik susun sekala khazanah dalam fail, update data pasal kerja masing-masing. yang ada kat kepala masing-masing adalah ISO, ISO dan ISO. Overtime sampai pukul 10 malam sampai otak jadi ting tong. Balik umah je, terus senyap tanda kepenatan dan kepenatan telah menutup mulut dari keluarkan sepatah dua kata. Ketensenan telah membuatkan aku tengok running tanpa ketawa. Serius macam tgk cerita city hunter je. *sila abaikan gambar gegar. 



Ni plak attendance board for machinist semua. *abaikan table yang senget dan tidak lurus*. Atas masalah tertentu, aku dapat keje baru arahan abg erwan. Snap gambar board ni setiap 9.15 pagi. Sesiapa tak isi jadual ni sebelum pkol 9.15 a.k.a sebelum aku snap gambar, maka gajinya akan dipotong. hahaha...kelakar jugak. Tapi bagus jgk, biar diorg semua hargai table yang senget benget ni. payah tau nak buat. haha



Ya..ini meja QC. paling bersepah, paling semak kat dunia. drawing sana sini penuh satu meja sampai tak de space nak gerakkan mouse. mana nak letak puncture gabak yang jadi rebutan satu ofis. dengan cop-cop melambak tak muat satu rak 2. dan laptop tu aku bawak supaya jadi partion in between dgn org sebelah. Tapi kitorang share kalendar yang sama. sebenarnya kalendar tu orang sebelah tu punya, tapi aku tak malu nak jugak. sebab kalendar tu ada waktu solat. So nice and very useful for us. hehehehe 



Started using tudung syria last year, dan semakin hari semakin suka. Senang and tak rumit. Biar orang nak cakap muka aku bulat macam tembikai bila pakai tudung ni, aku tak kisah asalkan aku suka, suka dan suka.haha. *seronok makin banyak simpanan inner kat rak tudung. 



Ini rak QC....mari buat pameran fail. *so messy..ahh..-_-"




Balik keje, taknak terus balik umah. So kak el ajak makan2 kat uptown. yang menariknya gambar kat atas, air kelapa kak el dalam cawan yang sangat gabak. 2 kali ganda besarnya dari cawan biasa. nampak tak kak el kena mendongak sikit bila nak sedut straw..Tak habis, sebab perut penuh sangat, terus mintak bungkus bawak balik. 






NOTE... ni bukan milik aku. milik abg erwan. Dia tertinggal note die ni kat ofis. Katanya tak sempat die nak balik amik barang dia. dan dia mintak tolong aku simpankan note dia ni. merasa jugak beg aku bawak henpon mahal. bertuahnya anda yer beg buruk.hehe Bila fikir balik, tingginya kepercayaan yang bos aku bagi kat aku. Dan insyaAllah aku takkan buat smpai die hilang kepercayaan kat aku. azam baru nak kerja rajin2 dan betol2. hmmmmmmhhh!!!!

......










......








......











......





Ni kalendar orang sebelah yang kitorang berebut tadi tu. Dengan tak malunya lagi aku cop kat tarikh hikmat ni. Saje cari pasal la aku ni, kalau die tau,  mau bingit telinga aku dengar die membebel. Tapi takpe la kan sebab aku suka kombinasi bulan hijrah dgn bulan masihi hikmat 2. Tahun ni tarikh hikmat dalam bulan kelahiran manusia agung. Nabi Muhammad s.a.w. Mohon akan jadi berkat umur yang makin meningkat. Growing old is mandatory, growing up is optional.



Tengah taip-taip untuk post ni, tibe2 nurul tutup lampu, eh? kenapa? rumah kak el pun ada lebah berterbangan kat lampu jugak ke macam rumah kitorang? Pelik dah ni. Tiba-tiba nampak kak el bawak pinggan yang penuh dengan lilin. mungkin sepinggan lilin..bagai mentang minyak yang penuh je kak el bawak sepinggan lilin tu. bercahaya terang menderang sampai tenggelam watak utama pinggan tersebut. Kek. Variety cakes. Thanx alot ayang2 semua. sangat terharu. Alhamdulillah..Umur makin meningkat. Makin banyak tanggungjwab kat bahu aku ni. untuk mak ayah, untuk agama. Moga Allah permudahkan segala2nya.


dan TNChepa UKM yang setiap tahun wish. on time plak tu. hehe 

p/s: Untuk tarikh hikmat tahun ni, taknak orang tau atau ingat. biarlah ia berlalu begitu je...tak tau kenapa, mungkin sebab umur makin meningkat. ^_^

Two Thousand And Thirteen

Dear 2013,

Please be nice to me, to my beloved family ever after, to my friends wherever they now, to my brothers and sisters of Islam at Syria, Palestine and all over the world, to the company, to everything that Im doing, to my heart,my feeling, my soul.

Dear Most Almighty,
Please bless me more, stand with me wherever, whenever I go, hold me if I do wrong, encourage me to do more and more good things, remind me to always remember You...

I wanna be,
Be a better person, better muslimah, in a good living with adding more new stuffs for my own,in fully barakah wa rahmah... And maybe adding new member of my family?? Wallahulam. ;)

Manja

Assalamualaikum semua.. Salam mukadimah, salam mujahidah, dan salam 1 malaysia   (NO way!!!!)

Ok, merujuk kepada tajuk entry kali ni, tuan punya blog nak cakap pasal manja je, yela takkan tibe2 nk cakap pasal ayam plak lain la kalau ayam tu sejenis binatang yang ada sifat-sifat manja macam kucing. Dari jauh datang, gesel2 kat kaki orang. Tapi secara azalinya, ayam akan patuk2 orang instead of gesel2. Kalau kucing aku boleh terima lagi walaupun ayam tu pun haiwan berbulu jugak. can you imagine???. ^apa aku merepek ni bedah...^

Dalam satu perbualan lazim yang selalu aku alami di awal perkenalan dan kadang-kadang di akhir perkenalan.hehe

Orang: Mija ada berapa orang adik beradik?
Aku: 6 orang, mija seorang je perempuan (ntah knp aku msti ckp aku sorg je ppuan, best sgt ke jd sorg     ppuan dlm adik bradik??? )
Orang: Oh ye? mesti manja kan?
Aku: haaaa?? xdelah, adik mija lagi manja.

yes!!! its true kawan2. walaupun aku ditakdirkan dilahirkan sebagai the only daughter in my beloved family, aku tak rasa pun aku ni dimanjakan. Kalau nak dibandingkan adik aku yang paling kecik, adik aku tu lagi manja, tidur dengan ayah lagi sampai sekarang. Mak Ayah aku tak pernah manjakan aku lebih-lebih. Mungkin sebab aku dah start stay hostel masa umur 13 tahun sampai la sekarang aku dok jauh dari diorang, so tak sempat nak manja2. So dari umur 13 tahun, aku dah start manage diri sendiri. ape orang kata , berdikari. Dah start basuh baju sendiri, manage duit belanja sendiri, beli barang keperluan sendiri. Lagi-lagi mak ayah aku jarang datang jenguk aku kat hostel bawak makanan, bawak sabun basuh, bawak pensel, buku ke macam kawan2 yang lain...memang jarang!! sebulan sekali pon memang xde. Kadang2 je tu pun kalau memang dah terpaksa.Dulu aku ada jugak sedih tgk family org lain datang, jeles. Pastu dok termenung sorang2 tengok family diorg datang, bwk makanan, bawak buah. ada gak bawak anak2 diorang keluar.huhu

Tapi, sekarang aku dah sedar, tu cara diorang nak didik aku supaya jadi berdikari, jadi perempuan kuat dan  gagah. Terima kasih mak ayah. Didikan tu sangat berguna dalam kehidupan aku sekarang Yelah, dalam meniti alam kedewasaan ni, aku kena fikir pasal diri sendiri dengan sendiri, buat keputusan sendiri, lagi-lagi kena pilih mana yang baik n buruk. Tu semua aku buat sendiri tapi tanpa ketepikan family. Nak kerja kat sini pun aku mintak permission diorang. sebab aku anggap restu mak ayah tu lebih utama. InsyaAllah perjalanan hidup aku di kemudian hari pun jadi lancar. Alhamdulillah.. Yes, there are number one for me. 

Aku pulak jenis yang takkan suka manjakan diri. Sakit ke aku malas nak layan. kalau betul2 tak larat baru aku g makan ubat,g klinik ke...eh, dh lama aku tak g klinik. klinik tu ape ek? hahaha. Baca buku pun pasal perang-perang, lebih terdorong ke arah biografi pejuang-pejuang hebat zaman Rasulullah. Lebih adore Khalid Al walid, Sultan Al Fateh, Salahuddin Al ayubi. Aku takde pun lagi buku pasal Saidatina Khadijah, Siti Aisyah, Rabiatul Adawiyah.Tapi takdelah aku tak adore mereka, serikandi-serikandi hebat...eh, aku ni spesies mana?? -_-'

Dah la, tak nak membebel lebih2. Hari ni kerja, sabtu. Macam biasa rasa malas tu lagi banyak dari rasa rajin. badan pulak sakit2, lemah. Lepas meeting ISO semalam la sakit2 kt bdn ni dtg....ape ke halnya?

Nota: Sebenarnya aku ada seorang kakak kandung, tapi dia dijemput semula oleh Penciptanya setelah dihantar untuk melihat dunia hanya selama 14 hari. Al Fatihah buat kakak ku...Noor Aniza Bt Md Aris

Saya anak perempuan sorang mak n ayah. Tengok  adik aku tu sibuk je ngendeng2. Dasar anak manja. haha. sebelah ayah tu Arwah mak ngah, kakak kepada ayah. Al Fatihah buat Mak Ngah





Dalam hati ada taman

 Assalamualaikum semua

Hari ni, berjalan macam biasa. Everything like normal, bangun pagi, pergi kerja, buat kerja, call vendor mintak ambil barang untuk hardened, buat Process Treatment Request (PTR), abang jep mintak assembly drawing yang dulu2, aku carikkan, jumpa, discuss2 kejap simpan balik drawing dalam fail, kacau2 abang zam kat bawah, di'PAUH'kan aku macam biasa, gelak2 dengan myeo thet penjaga CNC milling kat bawah. Semuanya mcm biasa, tak ada yang luar biasa pun hari ni.... Tapi aku tak tahu kenapa hati ni rasa berbunga-bunga sangat, membuak2 keceriaan aku hari ni, seolah-olah mcm esok aku nk bertunang dengan pemuda idaman. hihi... Maaf yer, kalau ada sape nampak saya senyum sorang2 hari ni, kalau tanya kenapa, saya takde jawapan. Hati rasa berbunga-bunga sampai nak senyum lebar dari telinga ke telinga. ^_____________^

Alhamdulillah, dah nak 5 bulan aku kat company ni. semuanya berjalan dengan baik sekali. kerja yang susah Allah permudahkan. Sampaikan Kak Rin Admin pelik kenapa mija tak macam QC dulu, pening, tension buat keje QC ni...Mija pulak rilex je buat keje, tenang je layan abg erwan, bos aku tu yang mcm2 ragam, peel cepat pelupa beliau yang selalu jadi masalah kat semua orang. PO dah letak atas meja dia, dia mati-mati kata takde pun dengan muka garang beliau. lepas dah jumpa, sengih pastu ckp sori2. hehehe..aku yang dah tau peel beliau begitu kne alert cepat2. pastu simpan drawing elok2 dalam fail, kang dia mintak drawing doploh tahun yang lepas senang nak carik balik. takdelah aku menangis sorang2 nak carik, dia tau mesti ada kat atas meja dia je. tolong nye tidak.hehehehe

Anyway, apa2 pun, i like what im doing now, really!! Even job 21 jigs dtg sekali pun, aku akan tempuh jua..ceceh..tapi mmg tak dinafikan, kesusahan tu tetap akan ade. Bila rasa susah sangat nak setelkan keje, aku amalkan baca Rabbi Yassir wala tua'sir, Rabbi Tham-min bil hairi (maksudnya, Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau susahkan. Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan). Baca banyak2 dalam hati. Sekejap je Allah permudahkan urusan aku. Sebab tu kerja aku semua smooth je dpt disetelkan, Allah yang tolong. ^_^

Oklah, lunch time!!!!

Kami!!!
p/s: Kak lang ajak picnic next week, xsabarnya nak pegi..hewhewhew

Gaza buat aku menangis

Alhamdulillah, Allah kurniakan rasa ni. rasa prihatin kat saudara-saudara aku kat sana. Setiap kali teringat diorang yang sekarang tengah berlari untuk elak peluru-peluru buta sang laknatullah, hati rasa tersentuh, risau, sebak. dan dalam masa yang sama, hati aku tetap kata, mereka orang-orang hebat, bakal dikurniakan syurga di akhir hayat mereka. Mereka sangat beruntung. 

Semalam, dari pagi hingga ke malam, aku sebak, menangis, dalam hati harap Allah lindungi mereka, saudara-saudaraku dari serangan sang laknatullah. Anak-anak kecil, wanita-wanita, sungguh, mereka amat lemah. Tiba waktu maghrib, bila menatap kalam Allah, mulut aku membaca ayat-ayat suci Allah, tapi hati tak tenteram, terus mengalir air mata. Aku selak-selak tafsir biru itu, nak cari ayat tentang murkanya Allah kepada puak zionis. Dalam hati sentiasa berdoa, semoga Allah lindungi mereka....Allah.. kabulkan lah doa aku.

Dan akhirnya, pagi ni ada sedikit kelegaan dalam hati aku, sang laknatullah memohon genjatan senjata hanya kerana melihat kekuatan sang anak muda Palestine yang bersatu untuk mempertahankan tanah air mereka, Gaza. terima kasih Ya Allah, Kau kurniakan Dr Mursi pemimpin Mesir yang akan terus membantu dan takkan tinggalkan Gaza sendirian. 



*maaf, ayat berterabur, atas rasa hati yang turut berterabur.*

Keamanan


Pemuda di Malaysia, pukul 10 pagi masih enak tidur di atas katil. "Hari minggu, malas nak buat apa. Bukan hari-hari boleh tidur lama macam ni."

Pemuda di Palestin tidak tidur semalaman menanti ancaman demi ancaman daripada pihak Zionis dari udara dan darat.

Pemuda di Malaysia bangun pagi buka tudung saji sambil mengeluh, "Balik-balik roti canai. Takda makanan lain dah ke dalam dunia ni?"

Pemuda di Palestin memilih untuk berpuasa kerana bantuan makanan yang dihantar kepada mereka disekat oleh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia keluar dari rumah dana apabila ditanya oleh ibunya, "Mahu ke mana tu nak?" Jawabnya, "Ah..sibuklah mak ni. Orang nak pergi mana suka hati orang lah."

Pemuda di Palestin, saat keluar dari rumah mengucup tangan ibunya memohon restu untuk keluar berjihad kerana bimbang itu kali terakhir dia menatap wajah ibunya.

Pemuda di Malaysia memberontak, "Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga macam ni? Nak buat apa semua tak boleh. Aku benci mak aku benci ayah!"

Pemuda di Palestin merangkul erat jasad ibu, ayah dan saudaranya yang tidak bernyawa. Kini dia tinggal sebatang kara kerana semuanya telah terkorban dibunuh tentera Zionis.

Pemuda di Malaysia sibuk menghisap dadah dan merempit di malam hari. Macam ni baru darah muda! Usia masih muda, masa inilah nak enjoy!

Pemuda di Palestin, sejak dari kecil diasuh agar tidak sesekali takut dengan ancaman bom, peluru senapang dan senjata. Usia muda mereka digunakan untuk mempertahankan keluarga dan tanah air daripada perampas Zionis.

Situasi di atas tidak menggambarkan Pemuda di Malaysia secara total, cuma sebahagian kecilnya sahaja. Namun, ia masih boleh digunakan untuk kita sentiasa bermuhasabah.

Ketika kita sedang diuji dengan pelbagai ujian yang dirasakan berat. Mereka di sana diuji dengan kehilangan nyawa, kesakitan dan penderitaan yang lebih dahsyat.

Luangkan masa untuk sama-sama berdoa agar mereka diberikan kecekalan dalam memperjuangkan kalimah tauhid Allah ini. Allahuakbar!












Cimon

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan cik Khairun Nabilah...Allah selamatkan kamu.

Today is her birthday. My beloved close+best friend. She turn to 23 today.. Khairun Nabilah and her cute nickname is Cimon, given by her dorm's senior at mozac. Actually dah lama sangat kitorang xjumpa, hang out each other. Padahal dia kerja kat KL aku kat Shah Alam je. Tapi tak boleh nak plan keluar sama-sama. Sebab she need to follow her inconsistent schedule since she is a nurse. Bila dia ajak aku keluar, aku plak yang tak boleh. bila aku free, dia pulak yang xboleh. last last terus masing-masing senyap je. But I cant wait to see you at Malacca this december. I miss you damn much cimon.T_T

Since this entry is just for you, so nak la cerita sikit pasal Cimon si gadis ayu+cantik ni. Terimbau balik the memories sejak kitorang jadi kawan kat Mozac dulu. Macam-macam kitorang share dan lalui sama2. ada yang suka dan ada yang duka. Teringat time kite berkenalan kat dalam 1 omega dulu. "nama kau ape?" "nama aku khairun nabilah, tapi korang kena panggil aku cimon." "hahaha..doremon ke?" "korang kena panggil aku cimon, nanti akak dorm aku marah" "oh..ok" terus aku terdiam dengar nama akak dorm. yela, time tu kan form 1, so reging mereging tu berleluasa time tu. So melekat la nama cimon tu sampai sekarang..hehe

 She was a very good friend to me.Aku je selalu buat jahat dengan dia. sngat jahat aku ni. Tapi dia still ikhlas kawan dengan aku..huhu.. Bila orang lain pandang aku sebagai seorang yang perempuan yang jahat dan tak tau malu, dan pulaukan aku sebab sedikit kesalahan yang aku buat, dia ada untuk aku. Dia sangat-sangat faham aku dan keadaan aku time tu. Dan dia selalu support aku dalam setiap keadaan. Thanx Cimon..

Sampailah kitorang masuk matrik yang sama. Matrik Johor. Hubungan kitorang lagi bertambah rapat, Dalam seminggu tu ada jugak satu dua malam aku overnight kat bilik dia. Kau nak tau tak cimon, teddy bear gedabak yang Mr Dausm bagi kau dulu pernah himpit aku time aku tido.macam raksasa berbulu hempap aku...kononnya nak pinjam peluk time tido.adehh what a scarry moment. Sejak tu aku dah rasa fobia dgn teddy bear besar gedabak ni. hehe...

Hahaha..rindunya nak dengar kau bercerita. Anything....Sejak dah lama tak jumpa ni, banyaknya benda kau rahsiakan dari aku ea. kalau mesej, sikit-sikit tak nak cerita, kalau jumpa baru nak cerita..aduhai..Rindu jugak dengan masakan kau. very superb. Rindu dengan mak kau. Dah lama tak jumpa beliau, agak-agak dia ingat lagi ke tak kat aku...sangat lama tak singgah menginap umah kau kat chohong 2.

Selamat hari lahir buat sahabatku Khairun Nabilah. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan redhaMu ke atas dia dan keluarganya. titipkanlah kekuatan dalam hatinya supaya dia tetap teguh meniti ujianMu. jauhilah kesedihan, buangkanlah kegusaran dalam hatinya supaya dia tetap tenang, tabah dan bahagia selalu. jadikanlah dia wanita yang tergolong dalam wanita syurgawi yang Kau redhai..sesungguhnya aku amat menyayangi dia keranaMU ya Allah..

yang tengah2 tu cimon, baru aku tau, aku takde gmbar berdua dengan dia. hilang dlm pendrive. xpe, nnt kita jumpa, kita tangkap gmbar2 banyak2 yer..^_^
p/s: next week nk beli tiket g tangkak,dan mintak cuti sehari kat bos. just want to meet her.:)


The Reminder

I always forget. easy to forget. about anything. so I use my working PC desktop to always remind me. Always. 




May Allah bless u and me 

Semoga dia bahagia

Bangun pagi tadi rasa lain macam. Tak tau nak describe rasa tu macam mana. semuanya sebab mimpi malam tadi. Rasa macam real, macam betul2 berlaku, dan aku rasakan perasaan tu macam real...dan bila terjaga dari tidur, terus feel uneasy, berdoa semoga Allah kabulkan permintaan aku, semoga hati aku tetap terjaga. and realised the dream was just mainan syaitan. Ya...pandai syaitan main2kan perasaan aku, buat aku rasa sedih, cemburu dan semua yang negatif. shuuuuh!!!! pergi main jauh2 syaitan. Aku ada Allah yg paling hebat lindungi aku. Now Im okay..So let's start do work now.

"Saya nampak dia bahagia bersama anak dan isteri. Isteri dia cantik, anak dia comel. Dan dia sangat sayangkan anak dan isteri dia. Saya mintak Allah jauhkan jarak kami, jangan pertemukan kami walaupun terserempak di mana2. Sebab saya tau apa yang akan jadi dan apa yang kami akan rasa bila kami bertemu begitu. Semoga dia bahagia selalu sebab dia berhak untuk bahagia dengan pengorbanan hebat yang dia pernah lakukan. Amiinnn."

Setahun 2 bulan yang tenang...Syukran ya Allah.

Lately

Assalamualaikum..

Lately perasan benar aku ni suka sangat tengok gambar kawen orang. tak kisahlah bride lama or bride baru. Asalkan pengantin tu cantik. Tapi dah banyak blog & muka buku yang aku stalk, tak jumpa lagi bride yang huduh.mesti comel belake. Tah apa peel tah aku ni sekarang, rasa eksaited pulak tengok gamba kawen orang. Pastu stalk plak orang yang aku tak kenal langsung, klik2 link mana2 sampai daerah mana tah, pastu baru sedar jauh dah aku merantau tengok hari bahagia orang..hehe yelah memandangkan tak ramai kwn2 aku yang dah kawen. So kawan2 semua, sila la cepat2 kawen, nanti mija cepat2 stalk gamba kawen korang.hehe

Sambil2 stalk tu ada la jugak berangan nanti nak pakai baju kaler ape, pelamin kaler ape, hantaran kaler ape nanti. Yang pastinya baju mesti longgar dan tak ketat. Sebenarnya teringin jugak nak pakai baju ketat2, yang kecik2, yang dedah aurat sana sini. Nama pun wanita. Suka bergaya, suka diri nampak cantik. Tapi Allah tak bagi, Allah suruh tutup aurat betul2, tutup kaki, tutup body, tutup rambut. Allah yang suruh, bukan fesyen  atau trend tapi Allah yang suruh. Kalau tak pecaya ce rujuk Al Quran.Mija kan nak jadi wanita solehah, baik dan mulia mesti ikut suruhan Allah. ^_^

Sekarang job pun tak banyak, so aku pun tak la busy sangat. Sebab dah lepas waktu kemuncak setiap akhir bulan. waktu bila masa bos aku mintak job status or monthly report untuk dibentangkan time mereka bermeeting monthly operation nanti. So apa lagi kerja yang aku buat? melangut depan PC, kadang2 turun bawah tgk operator buat keje. Tapi bila supervisor aku tu bising-bising aku suka mengacau orang buat keje, aku jarang dah turun. turun bila perlu je. Eleh, bilik QC kat bawah tu bilik aku taw, suka hati la aku nak jenguk bilik aku. hehehe...Kami semua memang suka bergurau senda.

Bila dah melangut depan PC dan berbekalkan broadband sendiri (PC tak leh connect wifi ofis..sob sob) aku pun bukak la satu-satu blog yang best, yang ceritakan kisah hidup, rumah tangga, perihal nikah's preparation, mana2 yang aku rasa nak baca. Walaupun tak kenal owner blog, tapi boleh la amik iktibar dan campak jauh2 perkara yang buruk. Learn from other's experience. 

Sabtu ni ada family's day Aruza kat PD. nak release tension sambil amati alam indah ciptaan Allah. Saya suka laut dan pantai  *wink* 

Doa Bidadari Syurgawi


' Untuk bakal Suamiku '

Wahai engkau yang disana
ditempat para pengabdi pemimpin syurga
Syurga pelangi ciptaan Sang Maha cinta
dengarkanlah aku

Ketahuilah…
Sesungguhnya tidaklah aku ingin menikahi melainkan kerana aku tidak ingin mati dalam keadaan agamaku ini hanya setengah.
Dan tidaklah aku ingin menjadi orang yang menikah melainkan kerana aku meyakini janji Allah bagi orang yang menikah itu benar adanya.

Tahukah kau bahawa setiap hubungan suami isteri yang halal itu adalah sedekah yang dapat mendatangkan pahala?!
Tahukah kau bahwa hanya dengan merengkuh tangan isteri maka berguguranlah dari jari jemari dosa-dosa?!
Dan tahukah kau bahawa bila seorang isteri meninggal dunia sementara suaminya dalam keadaan redho padanya maka ia akan masuk syurga?!
Dan bila semasa hidup dia taat kepada Allah dan taat pula kepada suaminya maka ia boleh memasukinya dari pintu mana pun yang ia suka?!

Duhai, bakal suamiku…
Tidak lah aku ingin menjadi seorang isteri melainkan karena janji Allah yang satu ini.
Kerana sesungguhnya aku takut mengetahui bahwa penghuni neraka itu kebanyakan wanita. T_T
Dan hanya kepada Allah aku berharap perlindunganNya dan petunjukNya di manapun aku berada.

Wahai bakal suamiku…
Telah ditakdirkan Allah bahawa akhirnya engkau memilihku.
Semoga inilah perlindungan dan petunjuk yang Dia berikan agar aku bisa mendapatkan kebenaran janji Allah itu,,,
Namun, wahai bakal suamiku,
Aku ingin kau menyedari bahawa aku bukanlah makhluk yang sempurna seperti juga dirimu.
Maka mengertilah bahawa setelah kita menikah nanti akan banyak hal baru yang akan sama-sama kita ketahui
InsyaAllah, akan cuba menjaga apa yang harus jaga darimu,
Dan kuharap kau pun menjaga apa yang harus kau jaga dariku.

Bila kau menemukan ketidak sukaanmu padaku kerana kekuranganku
Maka bersabarlah, bakal suamiku…
Karena kadang-kadang pada sesuatu yang tidak kau sukai, Allah menjadikan kebaikan padanya.
Temukanlah kelebihan yang kau sukai dari diriku,
Bukankah kau memiliki alasan mengapa kau ingin menikahiku?!

Tetapi, wahai bakal suamiku…
Bila ketidak sukaan yang kau temukan itu adalah karena kesalahanku,
Maka nasihatilah aku, pisahkanlah tempat tidurku dan pukullah "dengan kasih sayang " aku bila akhirnya aku meninggalkan kewajibanku.
Namun janganlah kau bermaksud menyakitiku hingga membahayakan hidupku karena aku adalah bahagian dari dirimu.

Janganlah kau luruskan kebengkokanku, karena aku bisa patah
Tetapi berhati-hatilah terhadapku, karena aku bagaikan gelas kaca
Ingatlah bahwa manusia yang baik adalah yang baik pada keluarganya,
Dan lelaki yang baik adalah yang baik pada isterinya.

Dan cukuplah engkau menjadikan aku seseorang yang patuh kepadamu dengan menjadi seseorang yang pantas aku patuhi.
Sehingga aku mempunyai alasan mengapa aku harus berhias setiap hari,
Dan mengapa aku harus menjaga diriku, kehormatan dan juga hartamu saat kau tidak ada di sisi…
------------------------------------------------
Jadikanlah aku sebaik-baik perhiasan duniamu, hartamu yang paling berharga …

Wanita Hiasan Dunia
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah
Yang Akan Membahagiakan Syurga Di Dalam Rumah Tangga

hekhekhek (gelak gatal)

hikhikhik....comel! 

ni semua sebab pengaruh diorang....aigooo!! -_- 

HE knows everything, no doubt


Nothing much to say lately, but thank to Allah, HE gives my life become more meaningful, full of serenity.

Hujan Lebat

Sekarang hujan turun dengan lebatnya.sangat lebat..Antara doa yang mustajab adalah doa ketika hujan lebat...Senyap-senyap bisik doa macam-macam..aih...banyaknya permintaan aku kat Allah...Amin Ya rabb



Self Checklist


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/abang-doakan-rumah-tangga-kita-sampai-syurga-sir-3/#ixzz28sfpOPCC

Kisah Seorang Oki

Assalamualaikum...

Semenjak si laptop sakit dan tak boleh dieselamatkan lagi, aku pun dah start berjinak-jinak dengan hobi baru iaitu membaca. Of cos genre pilihan aku yang bersifat membangkitkan jihad dan suburkan iman dalam hati. Yelah, dah lama sangat tak ke taman-taman ilmu untuk sucikan hati. Aku kena cari inisiatif lain supaya hati aku ni kekal bersih dan tak gelap selain tengok Tanyalah Ustaz setiap pagi. 

Buku first yang aku dah khatam dalam masa 3 bulan ni (start kerja) ialah Jaja & Din. Sangat2 best, mengisahkan bagaimana seorang Jaja yang bukan muslimah sejati, moden dan tidak memakai tudung tiba-tiba jatuh cinta kat seorang Din  iaitu seorang ustaz di sekolah pondok area Kedah yang sangat zuhud. Sweet dan terkesan sangat dalam hati bila baca kisah Jaja ni..



Yang tengah aku baca sekarang buku tebal Khalifah-khalifah Yang Benar. Bila baca buku ni kalau tak rasa sebak memang tak sah. Membayangkan bagaimana khalifah-khalifah dulu memimpin negara dan sebarkan Islam ke serata dunia. Bagaimana khalifah hebat berusaha menegakkan syiar Islam, berperang dengan kuasa-kuasa besar seperi Rom dan Parsi dengan hanya kekuatan iman yang tak lepas-lepas mengingati Allah. Cita-cita mereka hanya satu; Menang atau mati syahid. Hebat kan? Lepas tu aku cuba bandingkan dengan pemimpin-pemimpin sekarang yang tak kisah menjatuhkan Islam walau Islam tu agama mereka sendiri. Tak rasa sia-sia ke perjuangan khalifah-khalifah dulu yang berusaha menaikkan Islam di mata dunia sebagai agama terhebat di bumi? Renungkan..



Baru separuh jalan baca buku sirah sahabat-sahabat nabi tu aku dah jumpa buku lain- Catatan Hati oleh Oki Setiana Dewi. Buku ni aku jumpa kat rumah abang aku kelmarin. Memang tabiat aku kalau datang rumah orang, lebih-lebih lagi kalau rumah orang tu ada rak buku yang penuh dengan buku-buku bergenre yang aku suka, aku mesti duduk lama kat depan rak buku tu. Tengok-tengok, belek-belek sambil dalam hati rasa geram nak ambil semua buku tu untuk dibaca. 


Bebalik kepada buku Oki ni, memang aku boleh bagi 5 bintang. Tulisan lebih kepada kisah Oki sejak dari kecil, bagaimana beliau berubah dari seorang yang berpakaian seksi menjadi muslimah bertudung litup hinggalah saat-sat beliau hadiri audition jadi pelakon Ketika Cinta Bertasbih. Penuh dengan suka dan duka. Penceritaan yang membuat kita sedar perjalanan hidup kita ni penuh dengan duri dan juga hikmah di sebaliknya. Apa yang kita lalui memang telah tertulis dan itulah yang terbaik untuk kita. Kita pandai merancang tapi Allah lah yang sebaik-baik perancang untuk kita. Fikirkan.

Muslimah sejati yang cantik..Im adore her...

Dan lepas ni aku nak kumpul koleksi buku-buku Oki yang lain..menarik :)




p/s: baru tahu aku suka baca tentang biografi seseorang dan sirah-sirah nabi.:)

Apa perlu kita buat bila rasulullah dihina?


Its normal to be angry, its normal to get upset if individuals insult someone you love.
What's important now is not to appear naive simple or easy to provoke.
Any insult to our Prophet will be just an attempt.
Islam won't affected by this act because our Prophet is far greater than some insults.
If a bad director or an talentless cartoonist is capable of provoking this nation from east to west and to dictate the topics of our sermons, than that is proof that our emotion are getting the best of us.

When our Prophet was insulted by people of the past, he used to pray-
"God show them the path for they do not know"

Because I'm a muslim and I love my Prophet, I wont fix a wrong with a another.
The energy that is generated from anger can be redirected to do negatives acts that will insult our Prophet and other muslim further
or could be redirected positivesly to show a better images of both.
We don't want to disobey our teachings by killing people and hurt them.
Which will show Muslims as barbarians.

We don't want to hate anyone, we want to be kind to all.

~~sambungannya korang boleh hayati kat sini :

#ProphetMohammed (أنصره بأخلاقه) ~~


Wallhualam bissawab

Just A Picture

Tersenyum lebar tengok gambar2 ni dan kata2nya :))





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya