Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.
Posted on 9.10.12 · Leave a Comment
Assalamualaikum...
Semenjak si laptop sakit dan tak boleh dieselamatkan lagi, aku pun dah start berjinak-jinak dengan hobi baru iaitu membaca. Of cos genre pilihan aku yang bersifat membangkitkan jihad dan suburkan iman dalam hati. Yelah, dah lama sangat tak ke taman-taman ilmu untuk sucikan hati. Aku kena cari inisiatif lain supaya hati aku ni kekal bersih dan tak gelap selain tengok Tanyalah Ustaz setiap pagi.
Buku first yang aku dah khatam dalam masa 3 bulan ni (start kerja) ialah Jaja & Din. Sangat2 best, mengisahkan bagaimana seorang Jaja yang bukan muslimah sejati, moden dan tidak memakai tudung tiba-tiba jatuh cinta kat seorang Din iaitu seorang ustaz di sekolah pondok area Kedah yang sangat zuhud. Sweet dan terkesan sangat dalam hati bila baca kisah Jaja ni..
Yang tengah aku baca sekarang buku tebal Khalifah-khalifah Yang Benar. Bila baca buku ni kalau tak rasa sebak memang tak sah. Membayangkan bagaimana khalifah-khalifah dulu memimpin negara dan sebarkan Islam ke serata dunia. Bagaimana khalifah hebat berusaha menegakkan syiar Islam, berperang dengan kuasa-kuasa besar seperi Rom dan Parsi dengan hanya kekuatan iman yang tak lepas-lepas mengingati Allah. Cita-cita mereka hanya satu; Menang atau mati syahid. Hebat kan? Lepas tu aku cuba bandingkan dengan pemimpin-pemimpin sekarang yang tak kisah menjatuhkan Islam walau Islam tu agama mereka sendiri. Tak rasa sia-sia ke perjuangan khalifah-khalifah dulu yang berusaha menaikkan Islam di mata dunia sebagai agama terhebat di bumi? Renungkan..
Baru separuh jalan baca buku sirah sahabat-sahabat nabi tu aku dah jumpa buku lain- Catatan Hati oleh Oki Setiana Dewi. Buku ni aku jumpa kat rumah abang aku kelmarin. Memang tabiat aku kalau datang rumah orang, lebih-lebih lagi kalau rumah orang tu ada rak buku yang penuh dengan buku-buku bergenre yang aku suka, aku mesti duduk lama kat depan rak buku tu. Tengok-tengok, belek-belek sambil dalam hati rasa geram nak ambil semua buku tu untuk dibaca.
Bebalik kepada buku Oki ni, memang aku boleh bagi 5 bintang. Tulisan lebih kepada kisah Oki sejak dari kecil, bagaimana beliau berubah dari seorang yang berpakaian seksi menjadi muslimah bertudung litup hinggalah saat-sat beliau hadiri audition jadi pelakon Ketika Cinta Bertasbih. Penuh dengan suka dan duka. Penceritaan yang membuat kita sedar perjalanan hidup kita ni penuh dengan duri dan juga hikmah di sebaliknya. Apa yang kita lalui memang telah tertulis dan itulah yang terbaik untuk kita. Kita pandai merancang tapi Allah lah yang sebaik-baik perancang untuk kita. Fikirkan.
Dan lepas ni aku nak kumpul koleksi buku-buku Oki yang lain..menarik :)
p/s: baru tahu aku suka baca tentang biografi seseorang dan sirah-sirah nabi.:)
