Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Bertemu Dan Berpisah

Bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata 
tapi di hati tidak lupa...

Teringat pulak lagu ni. Dulu time kecik-kecik selalu nyanyi lagu ni bila majlis penutupan kem pengakap sekolah rendah. Aku rasa aku lah paling semangat nyanyi lagu ni dulu sebab aku tak berapa gemar ber'camping' so tak sabar betul nak angkat beg baju dan naik kereta cikgu. Tak sabar nak balik rumah. Mesti nangis punya malam2 before tidur. Homesick. Hahaha. Kelakar sangat time tu.

Last week aku alami kedua-duanya. Pertemuan dan Perpisahan. let's check it out! (Poyo)

PERTEMUAN

Sharina and Fatin
Jumaat lepas aku jumpa balik dengan roomate and kawan satu praktikum dulu time matriks. Fatin dan Sharina. Dulu aku study kat Kolej Matrikulasi Johor. Fatin ni roomate aku dulu, sebelah katil lagi. Dulu kitorang sangat kamcing, gelak ketawa sama2, cerita masalah, bergosip sama-sama. Kitorang dulu memang satu kepala. Mak dia orang Negeri sembilan, so taste of buds kitorang memang sama. Favorite food kitorang ialah masak lomak pucuk makan dengan sambal ayam atau ikan.Fuuhh..sodap!!! Kalau balik kampung, mesti bawak balik lauk tu, makan ramai2. Dah lama sangat tak jumpa beliau. Rindu sangat. Sekarang dia sambung master kat UITM Shah Alam, really dekat dengan aku. So, sebelum kena bebel dengan dia kenapa tak ajak jumpa, baik aku ajak dia jumpa dulu. hehe. 

Fatin Zulkiflee
Sharina ni pulak kawan satu praktikum dulu. PF19. Hehe. Dulu pun agak rapat jugak dengan dia. Dia selalu cerita masalah dia kat aku, family, boipren. Dia ni sangat hepi go lucky sampai orang tak perasan pun dia ada masalah. Aku memang salute sangat dengan dia, dia sangat gagah dan kuat. Dulu selalu juga pergi bilik dia, saja nak mengacau. hehe. Sekarang dia student PhD kat UITM Shah Alam. Hebat-hebat kawan aku ni kan? Aku je yang tak ada perasaan nak belajar balik. Muak kot. Ntah. Tapi kalau satu hari nanti Allah buka hati aku untuk sambung belajar, aku on je. hehe. 

Sharina Mohd Said
Malam pertemuan semula setelah 4 tahun tak bersua, kitorang macam biasa gelak ketawa sama-sama. dan macam orang selalu buat time reunion, kitorang tanya khabar, tengah buat apa sekarang, bila nak mendirikan rumah tangga?? hahaha..mesti tak lepas soalan tu.

At Geylang kopitiam.Tahnx fatin sebab belanja.
 Korang memang best!!

PERPISAHAN

Last week pulak, hari Jumaat jugak, kitorang satu office ada farewell sempena hari terakhir senior engineer Abang Zukri kat company Aruza Industries ni.Abang Zuk staff paling awal kerja kat company ni. Ramai yang sedih termasuklah bos besar kitorang. Yela, mesti diorang dah lalui macam-macam kan dan bersama-sama. Tempat Abang Zuk sebelah kiri meja aku. So, sehari kalau kitorang tak bertengkar ada something wrong la tu. hehe..Tapi dia memang banyak bagi aku tunjuk ajar. Memang tak lokek ilmu. Apa yang dia tahu, dia mesti ajar kitorang. memang seorang abang yang baik. Kalau dia bawak kuih, mesti hulur sikit kat orang sebelah kanan dia ni. Hihihihi.. Sekarang meja sebelah kiri aku ni kosong je, sunyi pulak rasa. Tapi ok lah, boleh aku fokus kat kerja aku.hehe. Good luck abang Zuk kat tempat baru. 

Abang  Zuk dengan Bos besar. Time ni farewell kat KFC
Abang Zukri dengan staff lelaki


Abang Zuk dengan staff wanita


Sambung Farewell kt ofis. We've got Dominos (kena share.)
Senior-senior
Junior-junior


Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...