Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.
Posted on 18.9.12 · 2 Comments
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

kotak hati: Hati sedang bermujahadah untuk tepis semua penyakit hati. perasaan tu kerap kali datang, sukar nak buang. Allah...susahnya nak jaga hati ni...
p/s: sedang mencuri masa untuk update entry majlis sambut menantu sabtu lepas.

pepohon cintaku kian merimbun walau dicantas makin bertunas dan tiidak mampu ku mendustai hati kerna rasa cinta itu fitrah manusia
amboi pakdin...2lah, nak bercinta takut kecewa lagi. waiting for the mr right ^_^