Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.
Posted on 27.9.12 · Leave a Comment
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dengan keizinan yang Allah swt beri, aku diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan jentera-jentera GMUKM sebagai alumni pada malam pengumuman keputusan Pilihan raya kampus (PRK), 25 September 2012. Plan yang langsung tak dirancang, aku pun tak berniat nak ke Bangi untuk join diorang semua hari tu. Cuma doa dan kiriman ikhlas dari jauh je aku dapat beri kat diorang.
![]() |
Alumni sokong GMUKM |
Tapi!!! Kalau dah tertulis yang aku akan pergi UKM malam tu, tak ada apa yang boleh halang kan?? Alhamdulillah...bersyukur sangat. Petang tu, Kak Izawati mesej aku yang dia kata nak pergi UKM malam 2, nak dengar pengumuman keputusan PRK katanya. Aku pun apa lagi, terus kata aku nak join sekali. Tak fikir pulak kalau Nurul nk OT ke hari tu. Sebab, aku terlalu semangat, nak jumpa sahabat2 seperjuangan semua, adik2 yang aku rindu. Dan paling penting suasana kemenangan tu yang aku nak rasa. (Aku memang dapat rasa, GMUKM akan menang lagi tahun ni. -Instinct)
Tapi thanx cik Nurul, sebab xbuat OT petang tu. hihi. Lepas maghrib, kami pun bertolak ke Bangi. Terharu sangat, Jawahir sudi datang jemput kitorang kat Shah Alam dari rumah beliau kat Cheras. Ucap jutaan terima kasih.Allah je yang mampu balas jasa baik yang awak beri. :) Before pergi UKM, kitorang singgah dinner kat ada satu restoran kat seksyen 7 bangi. Koh Sam namanya kalau tak silap. Masakan Thai kat sini memang terbaik. harga pun berpatutan.
Bila dah kenyang perut, baru kitorang gerak pergi UKM. Tahun ni macam tahun lepas, pengumuman dibuat kat Dataran gemilang (DG). Sampai2 je DG, terus nampak pemuda-pemuda GMUKM berpusu-pusu turun bukit DG. Eh, apahal ni? Pakcik guard halau ke? Rupa-rupanya diorang nak berarak panggil semua rakyat UKM meriahkan DG malam tu. hihi
Kat sana, excited sgt dapat jumpa junior2 yang aku kenal, jumpa sahabat2 yang lain. Tapi ada jugak yang tak cam aku. dah mengembang sangat ke aku ni smpai ade yang tak cam. Tapi takpe, aku rasa happy sangat. Macam2 aku dengar cerita pasal PRK tahun ni, pasal kes ugut mengugut. Ni bukan ugut mengugut biasa macam kalau kau taknak tarik diri, aku tak nak kawan dah dengan kau. Ugutan diorang-UMNO kampus- sampai call family calon lagi. Ugut family kalau anak diorang taknak tarik pencalonan, diorang akan bunuh anak diorang tu. Dahsat sangat..pemikiran kolot. belum apa2 hal dah macam give up je suruh orang lain tarik diri. Dah terdesak sangat ke nak menang? kalau menang buat kerja, tanggungjawab takpe la jugak. Ni sebab nak jawatan semata2. Kan dah kena bebel dengan aku. -_-
![]() |
Im here...one of them |
![]() |
Dataran Gemilang yang sangat gemilang |
Nak dekat pukul 12 baru keputusan diumum. Dah kering anak tekak semua orang jerit "Bangkit, bangkit Mahasiswa, tolak-tolak Aspirasi" baru diorang nak umum. GMUKM menang 19 kerusi berbalas 9 kerusi. oleh Aspirasi. Alhamdulillah...kesyukuran sampai ada yang sebak menangis kat situ jugak. Aku tahu diorang mesti kerja keras untuk PRK ni, sama macam aku dengan sahabat2 aku masa tahun-tahun kitorang masih bergelar Mahasiswa UKM dulu. Tak tidur, kalau tidur pun sekejap je, tu pun kat surau Fakulti. Pasang poster pukul 3 pagi, kat sekitar UKM. Berkempen, jaga makan minum calon. Memang sangat2 penat dan perlukan usaha keras. Alhamdulillah kemenangan jadi milik kita.

![]() |
Calon-calon GMUKM yang kacak |
![]() |
Calon-calon GMUKM yang cantik |

Selepas pengumuman, kami pun berkonvoi kemenangan beramai2. memang meriah, sangat ramai yang join. just want to show, we win again.

Tapi bagi aku, usaha keras tu bukan untuk cari kemenangan, tapi nak buktikan kat Allah yang kami betul-betul nakkan PMUKM supaya dapat sebarkan dakwah ke seluruh UKM. Kalau Allah izinkan, kemenangan akan jadi milik kita. InsyaAllah..
menung di tangga masjid ukm selepas menang...
pak cik polis:...knp kau temenung ni dik...?
mahsiswi bertudung hijau: ...sy pikirkan nikmat kesenangan yg Allah bg pak cik, islam dah menang...
pak cik polis:..korang ni nmpak islamik tp konvoi buat bising..kcu org nak tidoq, mane akhlak islam korang...klu kamu tak amalkan islam, belum sempurna islam, jangan nak gelar diri islamik, jgn ckp nak bwk is
lam, jgn ckp pasal islam....."
mahasiswi bertudung hijau:... pak cik dh sempurna islam ke?
pak cik polis:...eh, mestilah pak cik belum..
mahasiswi bertdung hijau:..so, pak cik jngan haraplah nak ckp tentang islam ngan sy...klu nak tunggu perfect, sampai bile islam tak tersebar pak cik...
~pak cik polis terus pergi sbb sebal ngan mahasiswi bertudung hijau tu..
mahasiswi bertudung hijau:... pak cik dh sempurna islam ke?
pak cik polis:...eh, mestilah pak cik belum..
mahasiswi bertdung hijau:..so, pak cik jngan haraplah nak ckp tentang islam ngan sy...klu nak tunggu perfect, sampai bile islam tak tersebar pak cik...
~pak cik polis terus pergi sbb sebal ngan mahasiswi bertudung hijau tu..
(credit to Facebook)
~Tahniah GMUKM~
