Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Dari N.Sembilan Ke Kelantan


Minggu lepas adalah  majlis penyatuan 2 hati antara abang aku Mohd Ammar Khalis dengan pilihan hatinya juga naqibahku di UKM dulu Kak Noriah. Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz, akhirnya aku dapat sorang lagi kakak ipar yang dipanggil kak teh. ^_^

Yang paling kanan sekali tu kakak ipar aku yg 1st, Kak Lang. very nice kakak for me. so caring & concern all about me.^_^




Jauh perjalanan kami dalam proses nak satukan 2 hati ni, kat Pasir Mas, Kelantan. Sekali sekala boleh la nak jalan jauh2 ni. penat badan tak hilang2 lagi ni. Tambah lagi, kerja kat office yang melambak-lambak sampai OT setiap hari. nASIBLA, tengokla cuti brape lama aku amik. aduhai...Rabbi Yassir wala tua'ssir..-_-;. 

Macam-macam berlaku before diorang di akad nikahkan pagi sabtu lepas. Yang paling aku tak boleh lupa bila tengok ateh aku tu menitiskan air mata, katanya "gemuruh sangat ni, tadi tak rasa apa2." Biasala ateh, Allah nak letak tanggungjawab besar kat bahu ateh tu. tanggungjawab didik isteri hingga bawa ke jannah..

Bila semua orang kata "SAH"!!!! terus air mata aku mengalir. Sebak sebab akhirnya ateh aku dah besar, dah jadi zauj orang dah. Teringat dulu-dulu zaman kanak2 kitorang, main, bergaduh sama-sama. One time when he really protect me, give me many advices, many knowledges about fiqh, about Islam. I love u Ateh..T_T


Dengan semua, biras2 mak dan ayah sebelum ateh jadi zauj orang

Khutbah nikah
Aku Nikahkan dikau........


Ayah..
Mak..





Allah berkatilah kedua mempelai ni
Mak tengah menyuap pulut dicicah dengan air asam. Adat orang sana kot.







Dengan sahabat2 seperjuangan

Hantaran pihak perempuan
Hantaran pihak lelaki




Esok bersamaan sabtu 14 September 2012 akan berlangsung majlis menyambut menantu di rumah kami, Lot 767, Kampung Bongek 71300 Rembau Negeri Sembilan. Semoga Allah permudahkan segala2nya. Sekarang ni pun aku still lagi kat office, dapat cuti 1/2 day je memandangkan job tengah banyak, so kena setelkan dulu apa yang tak setel. Baru lega nak balik. Kak lang dah mesej pagi2 tadi lagi suruh balik cepat, banyak keje kena buat..Ija try balik cepat2. semoga perjalanan kejap lagi smooth je..mintak dijauhkan semua halangan. amiin..

jemput dtang ke majlis esok ye kawan2 ^_^

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Comments
6 Responses to “Dari N.Sembilan Ke Kelantan”
  1. Azma Asis says:

    sedih plak baca part abg ija nangis tu hukhuk
    apa pun, gembira ntk drang.. ija pon dah dpt kakak ipar baru kan:) bila la plak drang nak dpt adek ipar baru hehe ^_^

  2. Cinta itu bisa merentasi sempadan apapun
    jika cinta yang yang tulus dibawa menuju keredhaan Allah
    Kelantan dan Negeri Sembilan bukan halangan peyatuan mereka
    Semoga Allah memudahkan urusan pasangan ini

    (sambil dengar instrumental winter sonata)

    dan tiba2x aku pun rasa nak kawen jugak..^_^

  3. ahaaa..ayat cepu mas tu. sedara mara pon bz dh tanya pasal ija. wallahualam, sume tu keje Allah. biar Allah yang uruskan. HE is the good planner. Semoga Allah permudahakan urusan mereka, dan juga kite kan sarah n kak azma *wink*

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...