Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Aidilfitri:beraya ke rumah cikgu2&kawan2 sekolah rendah.

Salam aidilfitri semua. Tak terlambat rasanya nak minta maaf zahir batin, bersih suci noda kat semua. Dah start puasa 6 ke belum? Rugi kalau tak puasa 6, sebab banyak kelebihannya.Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”. 


Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun. MasyaAllah..rugi tak rebut kelebihan ni. Beribadahlah di kala badan masih kuat dan sihat lagi sebelum badan jatuh sakit..^_^ dan bagi kaum hawa, puasa 6 ni pun boleh disekalikan dgn puasa ganti. InsyaAllah, amalan puasa 6 dikira sekali dengan puasa ganti.^_^

 
Raya tahun ni, Graduan SKKT (sekolah rendah aku since 1998-2001) sempat spend time beraya sama2. Macam tahun lepas, aku jugak yang jadi programmer, tukang contact kawan2 & cikgu, tetapkan masa, hari, planning perjalanan: lepas ni nak pergi rumah siapa...aduhai..sakit kepala. yelah, nak kumpulkan semuanya 19 orang bukan senang. Nak pastikan cikgu ada kat rumah pun payah. Kitorang terpaksalah keluar beraya 2 hari. Iaitu raya keempat dan kelima. Disebabkan cikgu-cikgu semua tak ada kat rumah masa raya keempat, terpaksa la keluar beraya lagi keesokannya..

Tapi tak semua pun yang dapat join sebab ada yang ada hal, ada yang xdapat balik kena beraya kat negara orang, ada yang time bincang2 dalam group semangat sangat, lepas tu masa hari kejadian sunyi sepi je tak dapat dihubungi.. maybe diorang ada hal, atau malu nak tunjuk diri sendiri yang mungkin mengembang macam dipam-pam . Al maklumlah jumpa setahun sekali je. Dalam masa setahun macam2 boleh jadi.hihi.


Tapi walaupun pening, sakit kepala , aku hepi sangat dan bersyukur walhamdulillah sebab dapat jumpa, berborak, tanya khabar berita, gelak ketawa sama-sama dengan cikgu-cikgu dan kawan lama. Ada yang dah bertunang, ada yang nak bertunang, ada yang dah berkereta sendiri. Entah2 tahun depan, ada yang bawa pasangan masing2 raya bersama, tak pun masing2 drive kereta sendiri. Hehe..^_^

posing depan rumah cantik bak hulubalang melaka

Syana berbaju biru yang tak skema di kala yang lain buat posing skema
Muka masing2 kenyang lepas makan nasi lauk rendang ayam.

Dengan guru besor

Atiqah,hidayah,syazana,me,noraini,zahirah

beratur depan rumah admin
dengan kawan baik, dolu2..pergi skolah naik basikal sama2 dngan beliau
Dengan cikgu sains & cikgu pengakap, Puan Rafidah
budak cinonit ni anak cikgu rafidah. ce teka boy or girl?

 Haa..jgn konpius. yg depan pakai t-shirt labuh maroon tu cikgu BI, teacher Haslina
Ni dak fairus dengan kereta barunya...aduhaii...jeles tgk orang dah ada kereta. -_-


P/S: Tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan menghapuskan dosa tuan rumah. Apatah lagi apabila dia mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi keberkatan. 






 

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...