Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Kereta kebal selepas menang???


Siapa tengok perlawanan bola antara Harimau Malaya dengan Garuda semalam? Macam manapengulas semua? OK ke tak?? Bagi aku, Harimau Malaya memang main dengan mantap semalam. Garuda pun tak kurang jugak (tu pun lepas diorang masukkan pemain import..huhu)

Sebelum bermulanya perlawanan, time lagu Negaraku di mainkan, penyokong-penyokong Indonesia dah menunjukkan belang diorang..Diorang langsung tak menghormati lagu Negara orang lain, terjerit-jerit dan buat bising. Sungguh tidak beradab. Walaupun aku tengok keadaan tu live dari TV, aku dapat rasakan bagaimana pasukan Malaysia rasakan. Kesabaran mereka tinggi. Tidak menunjukkan sikap yang tidak elok kembali kepada mereka…sungguh kuat kamu semua. Perang Psikologi.

Aku sangkakan, hanya penyokong sahaja yang bersikap begitu, pemain pun turut sama. Aish…memang ganas, macam nak ajak lawan je diorang ni…

Bila Syahrul menjaringkan gol 1st and last malam tadi, baru senyap penyokong diorang..huhu..rupanya diam-diam ubi berisi. Bukan setakat tu je.

Tadi aku ada terbaca artikel di FB, Pasukan Harimau Malaya terpaksa dibawa keluar menuju ke tempat penginapan mereka dengan menaiki kereta kebal. Ini disebabkan keadaan yang tak selamat kerana penyokong2 Indonesia dah pun menunggu mereka di pintu merah, pintu keluar dan masuk untuk pasukan Malaysia di stadium tersebut dan bersedia untuk menyerang mereka. Jeritan “maling” , “maling tak bisa pulang”, “tangkap malingnya” menunjukkan mereka marah dengan kemenangan Malaysia dan ada juga unsur politik di situ.

Pengurus dan pegawai yang terlibat memutuskan untuk membawa mereka dengan menggunakan kereta kebal kerana tak selamat menaiki kenderaan-kenderaan lain. Macam dahsyat je bunyinye ye…



Memang ada masalah yang berlaku antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia, mereka memang sangat marah dengan Malaysia, but please be professional. Kamu adalah tuan rumah, sepatutnya menunjukkan sikap yang baik kepada sesiapa yang datang ke Negara kamu. Lagipun, kesemua pemain-pemain Malaysia tidak bersalah, mereka datang dengan aman untuk sertai sukan SEA yang kamu anjurkan.

Kepada semua pemimpin kerajaan Malaysia, takkan senyap je tengok keadaan mcm ni???

Wallahualam…

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...