Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Bukti cinta Allah

Selalu sangat hati ni rasa kosong, selalu sangat hati ini rasa sunyi..berkali-kali aku berharap semoga Allah penuhkan hati yang kosong ni dengan kasih sayangNYA. Sebab tak tertahan rasanya memendam perasaan ni seorang diri. Mahu diluahkan pada kawan-kawan, takut tak tercapai matlamat nanti. Ya, di luar nampak susuk tubuh ini kuat, ceria tapi hakikatnya di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Alhamdulillah…Allah bukakan jalan untukku. Untuk menyampaikan cinta dan kasih sayangNYA padaku, Dia bukakan hati yang hina ini untuk mendalami dan menghafal Al Quran. Walaupun aku hanya cuba menghafal surah-surah pada juzuk amma sahaja, tapi syukur Alhamdulillah, hati bertambah tenang, hati bertambah yakin dengan ketentuan takdir Allah malah dalam mengharungi apa2 cubaan, aku mampu tersenyum walaupun perit. Alhamdulillah.

Daripada beberapa kajian, seseorang yang menghafal Al Quran mempunya daya tubuh yang kuat, terhindar daripada pelbagai penyakit, mampu mengatasi tekanan dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Walaupun kita tidak dihantar ke mana-mana sekolah tahfiz, tidak bermkana kita tidak boleh menghafal Al Quran. Bukankah Al Quran itu sebaik-baik kitab yang diturunkan Allah. Kalau kita mampu menghabiskan sebuah novel cinta tebal, kenapa kita tak mampu nak mendalami Al Quran itu sedalam-dalamnya. Sungguh syaitan itu bijak melencongkan hati anak Adam.


Tips mudah Menghafal Al Quran:

Menurut riwayat Ibn Abbas r.a, Saidina Ali k.w.h berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan apakah cara yang perlu dilakukan kerana segala hafazan beliau telah luput daripada dada beliau.
Kemudian Rasulullah s.a.w menawarkan Abu al-Hasan itu untuk mengajarkan beberapa kalimah yang akan memberi manfaat untuk hafalan beliau dan juga kepada orang yang diajar, Insya Allah ayat yang dihafaz itu akan tetap tersimpan di hati.
Saidina Ali k.w.h. menginginkannya lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila malam Jumaat kalau boleh engkau bangun sepertiga malam kerana malam itu doa dimustajabkan dan sembahyang sunatlah empat rakaat."



CARA-CARA SOLAT SUNAT EMPAT RAKAAT

  1. Lafaz niat "Sahaja aku solat sunat empat rakaat kerana Allah Taala "
  2. Pada rakaat pertama baca surah Al-Fatihah dan surah Yaasin
  3. Pada rakaat kedua baca surah Ad-Dukhan
  4. Pada rakaat ketiga baca surah As-Sajdah
  5. Pada rakaat keempat baca surah Al-Mulk
  6. Setelah selesai solat, hendaklah memperbanyak puji-pujian terhadap Allah, mengucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w dan memohon keampunan terhadap kaum muslimin dan muslimat yang sezaman dengan kita dan terlebih dahulu daripada kita.
  7. Setelah itu iringilah dengan doa berikut :

"Segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah seluruh alam. Selawat dan salam buat junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Ya Allah, rahmatilah aku supaya aku meninggalkan maksiat selama-lamanya, iaitu selama-lamanya, iaitu selama Engkau tangguhkan aku di dunia ini. Rahmatilah aku supaya aku tidak menanggung perkara yang tidak sanggup aku lakukannya. Rezekikanlah penglihatan yang baik yang meredakan aku.

Ya Allah, yang mencipatkan langit dan bumi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang tidak terhingga, aku memohon kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahman, dengan kebesaran-Mu dan cahaya wajah-Mu, jadikanlah hati kami sentiasa menghafaz kitab al-Quran-Mu sebagaimana Engkau ajarkan aku. Berikanlah kami keupayaan membacanya untuk mendapatkan keredhaan-Mu. Ya Allah, pencipta langit dan bumi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang tidak terhingga, aku memohon kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahman dengan kebesaran dan cahaya zat-Mu supaya Engkau memberi cahaya dengan berkat kitab-Mu akan penglihatanku. Engkau fasihkanlah lidahku, lapangkanlah hatiku, terangkanlah dadaku. Biarkanlah badanku beramal kepda-Mu, sesungguhnya aku tidak mementingkan hak selain daripada-Mu yang Engkau kurniakannya melainkan terhadap-Mu jua dan tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Engkau Tuhan yang mempunayai sifat kemuliaaan daripada apa yang mereka gambarkan dan kesejahteraan ke atas segala rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam."

  • Lakukanlah sebegini sekurang-kurangnya tiga, lima atau tujuh kali.


Menurut riwayat, setelah Saidina Ali k.w.h. melakukan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka Saidina Ali k.w.h. menemui Baginda dan berkata "Ya Rasulullah, tidak pun jatuh ayat al-Quran daripada dadaku, walaupun satu huruf."

(diambil daripada buku Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus)

Comments
One Response to “Bukti cinta Allah”
  1. even dari kecik tiap2 malam kena paksa baca yassin ngn ayah tapi smpai skrg xhafal2.sedih.kerasnya hati T_T

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...