Posted on 25.11.11 · 2 Comments
Orang kata tak elok berangan, tapi entry kali ni aku nak ajak semua orang berangan. Peduli apa orang nak kata apa…^^
Angan-angan yang aku maksudkan ialah azam..walaupun azam tu lebih molek bunyinya daripada berangan, bukankah sama matlamatnya iaitu menetapkan satu impian ataupun satu keinginan yang ingin dicapai pada satu jangka masa tertentu. (betul x kosa kata aku ni?)
Tinggal beberapa hari saja lagi akan berakhirnya tahun 1432H dan akan bermulanya satu tarikh baru pada tahun 1433H. Alhamdulillah, bersyukur lah masih dikurniakan nafas pada tahun yang baru. Masih diberikan peluang untuk membaiki diri, berhijrah menuju satu yang lebih baik sama ada akhlak, ibadah dan rutin harian. Alhamdulillah…nikmatMu tak terhingga luasnya.
Tahun baru telah bermula, jadi apa angan-angan anda untuk tahun yg baru? Of cos semua nak dapatkan yang lebih baik dalam hidup. Tak salah nak menetapkan angan, kerana dari angan-angan itulah pencetus usaha dan harapan untuk berhijrah menuju ke sesuatu yang baru, lebih molek lagi kalau matlamatnya menjadi lebih positif dan tinggalkan negatif. insyaAllah semoga Allah rahmati setiap niat dan angan2 korang tu..amiinn..
Takwim Islam.
Khalifah Ar Rasyidin yang kedua, Saidina Umar Al Khatab telah mengilhamkan satu kalendar yang tetap untuk menggantikan rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh semua bangsa pada masa itu. Saidina Umar r.a telah memilih penghijrahan Rasulullah dan umat Islam ke Madinah sebagai detik permulaan bagi Kalendar Islam yang dikenali sebagai Takwim Islam atau takwim Hijrah. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Jadi, mengikut Takwim Islam menunjukkan Penghijrahan nabi dan Umat islam telah berlaku lebih kurang 1433 tahun yang lalu. Buat pengetahuan semua, dalam takwim islam ini mempunyai 355 hari dalam setahun.
Saidina Umar telah membuat perbandingan, ternyata Takwim Islam lebih bersistematik dan tersusun berbanding dengan takwim Roma dan Parsi. Jadi, Saidina Umar r.a telah menjadikan Takwim Islam sebagai takwim rasmi pemerintahannya.
Semoga angan-angan baru yang tercetus akan diiiringi dengan usaha, ditambah dengan doa. InsyaAllah keberkatan dalam angan-angan tersebut diperolehi. 1432H akan berlalu, selamat datang 1433H. semoga kamu akan memberi sinar kebahagiaan dalam hidupku dan seluruh umat Islam di serata bumi.
Nota cinta:
Ya Allah, kurniakan Tahun baru ini sebagai satu lagi sinar yang baru buatku. Semoga aku akan terus berada di jalanMU, bersihkan segala titik hitam dalam hatiku agar sinar Nur mudah meneranginya..semoga tahun 1433H akan memberikan 1001 kebahagiaan buatku setelah 1432H memberi 1001 kesedihan dalam hati ini.. Rona rasa yang berbeza, aku tetap bersyukur..aku tahu ada rahmatnya..Amiin..

Amen~ ^^ sama-sama perbetulkan diri
insyaAllah....=)