Posted on 11.10.11 · 3 Comments
Selain duduk goyang kaki, membasuh, mengemas, memasak kat rumah ni, aku juga ada tanggungjawab lain selain semua tu iaitu jururawat peribadi mak. Takdela nurse sgt, Cuma kena pastikan mak makan ubat, tanya keadaan mak, pastikan mak makan dan perut mak xkosong dan buat weekly blood glucose checking.
Mak aku penghidap diabetis, kandungan gula dalam darah mak sebelum ni tinggi, pernah capai sampai 27m/mol. Tinggi sangat tu sebab yang normal adalah 5.8 – 6.0 m/mol.
Tapi Alhamdulillah setelah mak berpantang, kandungan gula tu makin turun dan turun. Sampailah pada akhir Ramadhan yang lepas, mak demam, tak ada selera makan..bila berbuka mak tak makan apa-apa langsung tapi mak makan ubat kencing manis dan minum teh misai kucing. Teh misai kucing adalah satu teh yang guna herba yang dapat menurunkan kandungan gula dalam darah….tak disangka2 gula dalam darah mak turun mendadak akhirnya mak pengsan tak sedarkan diri sebab glukosa dalam darah mak hanya 1.2 m/mol…
Sekarang dah masuk 2 bulan tragedi tu berlaku, keadaan mak semakin baik, semakin sihat dengan berpantang dan amalkan makan ubat yang doktor bagi dan ada jugak yang alang belikan atas nasihat doktor.
Yang ni ubat yang doktor bagi, ubat kencing manis. Ubat kencing manis ada banyak jenis mengikut dos yang berbeza. Yang kat atas ni dos paling rendah sekali. Mak kena makan satu biji pagi dan petang sebab glukos dalam darah mak maintain rendah je sekarang.
Yang ni pulak set blood glucose meter khas utk cek kandungan glukosa dalam darah. Didatangkan dalam satu beg travel comel yang boleh letak kat dalam beg utk dibawa ke mana2..boleh beli kat farmasi. Harga dia boleh tahan la dalam RM200++ jugak. Bagi aku, set blood test ni perlu ada bagi seorang penghidap diabetis, sebab boleh control pemakanan kita, kalau darah rendah sangat kena cepat2 makan makanan manis cthnya madu. Kalau ada set ni, tak payahlah nak tunggu time jumpa doktor je nak cek glukose dalam darah kita kan?
Ok, dalam beg tu ada 4 barang penting yang wajib ada. Iaitu, pen pencucuk jarum, meter device, lancet device dan alcohol swab. Alcohol swab disapu sebelum dan selepas jari dicucuk untuk elakkan kuman.
Yang ni lancet device. Satu botol ade dalam 30 lancet.
Pagi tadi aku baru cucuk mak, alhamdulillah kandungan glukosa dalam darah mak pagi tadi 6.0 m/mol. Hampir normal. Gembira sangat. Ok, setiap kali cek kena tulis dalam buku, boleh tunjuk kat doktor utk minta nasihat nanti.
walaupun ubat banyak, tapi kalau xberdoa pada Allah semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan pun tak boleh jugak...Usaha, Doa, Tawakal...InsyaAllah..sebab segala penyakit datangnya dari Allah s.w.t dan Allah jualah yang akan menyembuhkannya..insyaAllah..(^_^)
ASSALM SIS BOLEH SAYA TAHU JENIS MISAI KUCING APA YE MAK SIS MINUM?AYH SAYA PN ADE KENCING MANIS.TADI CEK 14.5..TINGGI TU..TQ SIS
Salam..maaf tumpang lalu. Saya nk tlg mak mertua jual susu glucerna triple care ayah mertua punya. Masa suami restok susu untuk abah 2,3 ari lps tu doc ckp abah da blh menelan makan nasi. So sape2 yg nk stok glucerna harga murah blh contact no ni 0133393425. Ada 30 tin lg. Sbb mmg restok 30 tin setiap kali restok. Ayah mertua kena strok hnya minum susu je ms xblh mkn apa2. Setin sari. Nak jual harga murah je 400g rm45. Prefer COD 0133393425.Terime kasih admin
sis, ayah mertua dah baik stroke? guna ubatan cara ape ye