Posted on 1.3.11 · Leave a Comment
Tahun 2010: aku melihat ada gmbar seekor kucing comel dalam fb abg aku..komen punya komen, rupa2nya kucing tu dia baru bawak balik rumah kt rembau. Hasil pemberian seorang tuan kucing yang taknak apa2 bayaran. Tuan kucing ni nak bagi pada siapa2 yang nak sahaja sebab kucing belaannya dah melampau banyak..akhirnya dengan takdir Allah, kucing comel tersebut menjadi salah seorang ahli keluarga kami..
Appearancenya yang serba putih (langsung xde kaler lain) dengan ekor kembang membuatkan dia adalah kucing istimewa bagi aku..abg nk namakan die arsenal (team bola sepak kesukaan beliau) tapi mak nak namakan dia PUTEH…akhirnya nama itu melekat kat dia…SI PUTEH…
Kerana terlalu sayangkan Si Puteh, abg aku habiskan beratus2 RM untuk kelengkapannya.. dari segi kesihatan hinggalah ke barang permainannya, semuanya dibiaya oleh abgku..buat pengetahuan semua, dalam prosedur kesihatan, seekor kucing memerlukan TIGA kali vaksin untuk mengelakkan dari terkena jangkitan kuman atau virus. Tuan Puteh terdahulu telah memberikan vaksin kepadanya sebanyak 1x, so abgku meneruskan dgn tambahan 2 kali vaksin selang dua bulan jika aku xsalah..bulan 11 lepas, si puteh kena bedah, utk memandulkan beliau. Bagi mengelakkan beliau melahirkan anak2, kami terpasa berbuat demikan atas sebab kami kurang mampu untuk menjaga lebih banyak lagi kucing…
Banyak keistimewaan si puteh…dia adalah kucing yg xbuang najis merata2 dalam rumah, sejak pada mulanya dia sampai ke rumah kami, dia akan membuang najisnya di dalam bilik air, kami hanya perlu menyiram sahaja. Dia pandai memanjat pokok.. dia kucing yg dengar cakap (walaupun setelah dimarah beberapa kali)..dia akan kejutkan mak atau abg aku tepat pukul 5 pagi tiap2 hari(4 her breakfast..^_^)..penangkap cicak&tikus yang handal..sayang akan tuannya. Kadang2 kalau dia masuk ke rumah tanpa melihat sesiapa di ruang tamu, dia akan mengiau sekuat2 hati untuk memanggil kami..aku bergegas memanggil dia kembali, terus senyap ngiauannya tapi dignti dengan geselan manjanya di kakiku..wahh..banyak lagi keistimewaan dia..makin aku mahu ingat, makin banyak pulak air mata aku menitis…T_T
Tanggal 15 oktober 2011
Pagi tu aku ada 2 paper exm..sedang menunggu bas untuk fakulti, mesej sampai ke hp ku..dari mak..”PUTEH DAH MATI..”..damn! gelap suasana..aku dh hilang arah, hilang apa yg sedang dihafal utk ke exm..aku telefon mak emak, takut hanya gurauan..urm..SAH!! puteh dh mati, sebab kena langgar..dijumpai bergelimpangan di atas jalan raya depan rumah aku dengan sedikit darah di celaah bibir..innalillah…aku cuba kawal perasaan, tapi air mata jatuh jugak…biarla org Nampak ke x. korg xrasa mcm mana rase kehilangan .
Mak ada cerita lagi, malam tu sebelum dia dilanggar, dia termenung je, sebab mak marah dia…sehinggalah pagi tu, setelah diberi makan, puteh hanya duduk di depan pintu. Mak keluarkan dia..xsangka dia keluar terus ke jalan raya dan dilanggar…
Termasuk hari ni, dah genap dua minggu puteh meninggalkan kami..bila teringat balik, air mata aku pasti akan mengalir..dah xada tempat aku nak peluk, meluahkan rasa sayang aku..dah xde aksi manja dari dia..melompat sana sini..aksi2 tu yg buat aku gembira+ceria..tapi sekarang xde dah..rasa kehilangan lebih terasa apabila aku balik kampong… aku sgt sayangkan si puteh..rindu sgt2 kat die. Aku xleh bayangkan mcm mane keadaan puteh di saat nyawanya dicabut. Mesti sakit sgt2 sbb kne langgar..Ya Allah….T_T semoga Allah pertemukan kami di syurga nanti..Amin Ya Rabbi…T_T
