Posted on 10.2.11 · Leave a Comment
assalamualaikum..suka nk share artikel kat bawah ni. menarik..jom tambah ilmu:) Mustahil anda tak kenal dengan Google yang bukan sahaja sekadar enjin pencarian internet, malah merupakan sebuah syarikat pengiklanan, statistic web, berita, sumber dan sebagainya yang berkaitan dengan teknologi internet. Tetapi anda tau perkara menarik tentang google ni? Menarik tak menarik, sebagai pengetahuan am tak salah jugak kita baca.. Google Doodle yang pertama Tiap kali anda anda buka google mesti anda perasan bahawa logo Google kadang2 berubah bukan? Itu dinamakan Google Doodle bertujuan untuk menandakan perayaan ataupun perkara2 penting pada sesuatu hari. Untuk pengetahuan anda, google doodle pertama direka secara kebetulan dengan mesej “tiada di pejabat”. Pada 1998, semasa cuti hujung minggu, Sergey Brin dan Larry Page menghadiri pesta pembakaran manusia di Nevada. Google doodle dengan grafik pembakaran manusia(rujuk gambar) telah direka oleh pekerja google yang lain untuk memaklumkan pengguna google bahawa mereka tiada di pejabat masa itu dan tidak dapat membaiki masalah teknikal sekiranya berlaku seperti server crash. Sejak dari itu, google doodle telah menarik perhatian ramai dan menjadikan google sesuatu yang lebih unik! Tweet Google Yang pertama Google yang mula menggunaka aplikasi twitter pada 2009 telah menghantar tweet yang pertama berbentuk binary iaitu “I’m 01100110 01100101 01100101 01101100 01101001 01101110 01100111 00100000 01101100 01110101 01100011 01101011 01111001 00001010.” Saya pun tak paham sangat apa maksud semua nombor tu. Berdasarkan sumber dari laman web syarikat, maksud tersebut adalah “i’m feeling lucky.” Logo Google Tidak Centered Sehingga 2001! Jika korang pernah buka google pada zaman 90-an dulu2 sebelum 2001, korang perasan tak yang logo google tak centered? Saya pun tak pasti sebab masa tu masih belum kenal sangat dengan tenet. Design logo google agak klasik dalam dunia internet. Bagaimanapun, logo google tidak centered sepenuhnya sehingga 31 Mac 2001. Kebanyakkan pengguna google awal mengatakan logo google terlebih ke kiri sedikit dan beberapa tahun sebelum tu, pada tahun 1998, logo Google hampir sama dengan kedudukan logo yahoo. Kompeni Dinasour Kat Google!? Untuk pengetahuan anda, kompleks Google mengandungi tempat yang menakjubkan dengan pelbagai replica, figura dan patung2 diletakkan di sudut2 tertentu. Salah satu yang paling menarik ialah kerangka T-Rex raksasa yang digelar Stan selepas Dinasour sebenarnya ditemui berdekatan tempat mereka. Selain itu, beberapa replica berskala besar seperti kapal angkasa, model Android besar, flamingo pink, LEGO raksasa, pondok telefon bewarna Google dan sebagainya. Seperti syarikatnya sendiri, apa yang ada disitu memang unik! Storan Google Pertama Storan google pertama adalah sebesar 40GB sahaja(amat kecik bagi syarikat berskala besar seperti sekarang) dan disimpan dalam bentuk LEGO disebabkan pada masa tersebut, Google adalah sebuah projek kecil yang dikenali sebagai “BackRub”. Sebab utama storan google dalam bentuk LEGO adalah supaya ianya senang dikembangkan dan dinaiktaraf. Kini, storan google dah lebih besar dan hampir menyamai besar sebuah kilang pemproses baja. Oleh itu, disini saya kongsikan 5 perkara menarik yang anda tak tau tentang Google sejak awal penubuhannya dahulu.
