Posted on 3.1.11 · Leave a Comment
Assalamualaikum…
Mebi xterlambat untuk sy mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2011. Bila bercakap tentang tahun baru, orang rmai sering memperkatakan tentang azam baru. So apa azam semua?
Orang 1: nak belajar betul2. Tak nak ponteng kelas.
Orang 2: nak kuruskan badan, xnak makan banyak2
Orang 3: nak siapkan tesis cepat2. Kena rajin sem ni.
Wahh..semuanya xkurang hebatnya ye.. apa2 pon azam baru anda, semoga semuanya akan merubah diri dan kehidupan seharian kepada yang lebih baik lagi. Berusaha tangga kejayaan. Selepas itu berdoa dan serahkan segalanya kepada Allah. insyaAllah Allah akan bantu setelah kesungguhan ditonjolkan.^_^
Tetapi dalam keseronokan mamasuki tahun baru, jangan lupa untuk memanjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmatNya kita diizinkan untuk terus hidup dengan aman. Alhamdulillah… awal-awal pagi tadi saya dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi mahasiswi UKM akibat kemalangan. Innalillah… Allahyarhamah Norimanisah binti Omar seorang pelajar tahun 3 Program Komunikasi & Maklumat, Fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK). Di dalam sesi 2010/2011 UKM telah mempunyai rekod kematian 3org mahasiswi disebabkan kemalangan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka…Al –fatihah
Stakat ini coretan kali ini..xsempat nak tulis panjang2 sebab nak berbuka kejap lagi. ^_^
p/s: konklusi hari ini, semua orang pastinya xsuka atau benci akan seseorang yang hipokrit.
