Posted on 22.12.10 · Leave a Comment
Assalamualaikum…. Alhamdulillah, hari baru menjelma lagi. Tiada apa yg diharapkan apabila tibanya subuh hari melainkan hari ni akan menjadi lebih baik daripada hari-hari yg lepas dan semoga perjalanan hari ni dipermudahkan segala urusan.. Aminn.. Kuliah straight dari pkol 9 pagi hingga pkol 1 petang betul2 menguji ketahanan mental kami…dengan kesejukan air cond bilik yang menggigit tulang sum sum membuatkan tiada siapa yg mampu statik di tempat duduk masing-masing. Masing-masing bergerak2 sedikit sambil memeluk tubuh berharap kesejukan tu akan berkurang. Alhamdulillah, aku kekurangan rasa sejuk itu kerana tempat dudukku berada di tgh2 rakan2 ku. Terima kasih kawan2..^_^ Kuliah LP yang ku daftar iaitu subjek Geologi Asas benar2 memuaskan hatiku, disamping mempelajari ilmu baru, aku juga dapat menyelami agungnya Maha Pencipta yang Maha Berkuasa .Untuk kuliah yang pertama hari ini lecturer yg siap berkopiah putih menceritakan bagaimana alam ini dijadikan. Dan bagaimana saintis barat memikirkan iaitu menganggarkn setiap proses pembentukkan alam semesta. Buat pengetahuan semua, ilmu sains geologi ini tidak menjalani apa2 uji kaji untuk mengkaji kehidupan di alam fana ini sama ada yg terdahulu atau sekarang. Para geologist hanya mampu mengandai dan membuat analogi masing sesuai dgn penemuan fosil-fosil di serata bumi. Kagum dan terasa kerdilnya diri ini apabila mengetahui bagaimana terciptanya alam semesta daripada teori big bang yang sudah lama tertulis di dalam Kitab Mulia, Mukjizat Agung; Al quran iaitu pembentukkan alam semesta yang mempunyai 7 tahap.. Segala-galanya sudah termaktub di dalam al Quran.. sudah Allah menceritakan proses2 tersebut, mungkin kita hambaNYA yg jahil tidak mahu mendengar dan mengkaji. "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah merekatiada juga beriman?" (Al Qur'an, 21:30) "Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al Qur'an,51:47) Kata "langit", sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, digunakan dibanyak tempat dalam Al Qur'an dengan makna luar angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, kata tersebut digunakan dengan erti ini. Dengan kata lain, dalam Al Qur'an dikatakan bahwa alam semesta "mengalami perluasan atau mengembang". Dan inilah yang kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini. Allah mengurniakan kta secebis ilmu daripada ilmu milikNya.mungkin xsampai 1%... Xperlu kita membanggakan diri jika kita seorg yg mempunyai byk ilmu, bijak. Kerana Allah la yang Maha Bijaksana dan ilmu-ilmu yg kita perolehi itu juga adalah nikmat yg diberi. Tetapi tetap lah belajar selagi diberi peluang. Kerna nikmat Allah adalah sgt besar. Alhamdulillah YA ALLAH… p/s: buat roommate baruku, kak Nadia. Selamat datang ke bilik ini. Semoga selesa tinggal dgn saya yg agak pendiam ini.:) Kawan2 yg sudah berumur 21 thn ke atas, sudah mendaftar sebagai pemilih?? Kalau belum jom daftar. Xlame lagi PR, undilah parti yg rasenye layak memegang kerajaan dan mampu meletakkan ISLAM sebagai agama tertinggi di Malaysia. Dh kate Negara ISLAM kan?
