Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Fasting~


Alhamdulillah...dikira2 dengan adilnya hari ni iaitu 27 September 2010, iaitu bersamaaan 19 syawal 1431, sudah genap 6 hari aku berpuasa di bulan syawal (even lagi 3 jam nk berbuka)..

Alhamdulillah syawal tahun ni lebih bermakna daripada tahun2 lepas, sbb lebih banyak hari2 ku pada syawal 1431 dipenuhi dengan ibadah puasa..Semoga ibadah ku ini ikhlas kerana MU...:)

Tahu x kelebihan berpuasa pada bulan syawal?? Jap ea.. carik bagi hadis jap..

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." – Hadith Riwayat Muslim

Nampak x peluang yang Allah bagi? Tuhan kita ni Maha Pemurah kan? Puasa 6 pada bulan syawal selepas bulan ramadhan seumpama berpuasa selama satu tahun..MasyaAllah..melimpah-melimpah kurniaNya untuk kita..Kita sebagai hambaNya je payah sangat nak grab peluang keemasan tu. Semuanya sebab hati + lagi syaitan durjana yang xkan henti2 hasut kita...

Bagi kaum hawa yang xkan lari dari 'bercuti' pada bulan ramadhan, hendaklah lebih mengutamakan puasa gantinya(wajib) daripada puasa-puasa sunat yang lain (termasuklah puasa 6). Ade juga sumber yang menyatakan, tiada hadis daripada Nabi bahawa baginda ada menyatakan kebolehan untuk niat puasa wajib bersama puasa sunat. (kalau para pembaca ada hadis2 tersebut silalah komen ye..). tetapi apabila kita berfikir secara logik, tidak diharuskan bagi sesiapa yang mempunyai kudrat (tidak mempunyai sakit yang kronik yang boleh menyebabkan mudarat jika berpuasa) untuk puasa dengan disertai niat puasa wajib dan sunat.. asing2kan puasa itu..xpe..kalau puasa ganti kita akan menyebabkan kita tidak sempat berpuasa 6, kita harapkan semoga dikurniakan kebaikan untuk puasa 6..Allah kan maha kuasa dan Maha Kaya..pasti Dia akan kurniakan untuk hambaNya yang ikhlas..InsyaAllah..

NIAT

Apabila kita mahu berpuasa, niat kita mesti betul..janganlah niat nak save duit, nak kuruskan badan..nanti Allah akan bg apa yg kita niat tu je..tapi bukan pahala atau hikmah berpuasa tersebut..

Semalam, di rumah seorang sahabat (beraya di rumah).. ada sahabat menegur, "mija dah nmpak kurus.."..seperti biasa, aku akan respon "iya ke? Wahh..alhamdulillah".. dalam hatiku berbunyi..mungkin ni hikmah aku berpuasa 4 hari berturut2..aku xmintak untuk kurus ketika berpuasa, tapi Allah kurniakan untukku..(tapi xtahulah kesahihan pujian sahabtku itu, mana tahu dia nk bodek or amik hati aku ke ape ke ek? Xpe..niat ikhlas kerana Allah)

Setakat ini sahaja coretan untuk kali ni..azan asar dah berkumandang dari corong healer surau Kolej, so i need to go..nak g 'date' ~~!!!!...Assalamualaikum..(^_^)

p/s: “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai,…” – Hadith Riwayat Tirmidzi

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...