Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

KEJAYAAN SEBENAR


Assalamualaikum wbt...salam perjuangan, salam mahabbah, salam saudara ISLAM..

Hari ini 19hb julai 2010, bersamaan 7 syaaban 1431 hijrah.alhamdulillah, sudah 7 hari kita berada dalam bulan syaaban, maknanya lagi 27 hari lagi bulan ramadhan akan dating kepada kita..(insyaAllah, jikalau masih lagi ada umur, dapatlah kita merasa bulan barakah itu..)

Tadi, dengan diizinkan Allah, diri ini dipilih Allah untuk menghadiri satu motivasi yang sangat-sangat menarik saya kira...dengan itu saya rasa terpanggil untuk kongsi ilmu yang bermanfaat ini bersama-sama dengan semua. Sesungguhnya sampaikanlah walau sepotong ayat..

Motivasi ini disampaikan oleh seorang penulis muda yang ternama, HILAL ASYRAF, berumur 21 tahn, merupakan pelajar di university Jordan..antara buku yang popular beliau ialah Buku Motivasi Langit Ilahi 1: Tuhan Tidak Lupakan Kita..kagumnya saya dengan penulis muda ini (sama umur dgn saya) kerana cara penyampaian motivasi beliau yang sungguh bermanfaat, dan takkan lupa kata-kata beliau tadi “ matlamat saya adalah seperti matlamat Syaitan sebelum dihalau Allah ke bumi, Cuma tempat sahaja berbeza. Jika matlamat Syaitan mahu membawa manusia (anak Adam) seramai yang mungkin ke neraka, tetapi saya ingin mengajak manusia seramai yang mungkin ke syurga..InsyaAllah..”..kagumnya saya kerana masih lagi dilahirkan anak muda yang mempunyai matlamat sedemikian..sesungguhnya 1 dalam 1000..saya telah linkan blog beliau di link best di sudut kiri kalahatibermadah..manfaatkanlah ye..(^_^)

Tajuk motivasi beliau tadi ialah, KEJAYAAN HAKIKI... apa erti kejayaan? Kejayaaan macam mana yang menjadi idaman kita? Adakah dgn mendapat 4flat didalam exam itu kejayaan? Adkah dgn mandapat isteri cantik itu kejayaan? Suami soleh? Takpun kekayaan itu kejayaan??? Apa pendapat anda? Ya, itu semua kejayaan...tetapi, kejayaan yang hakiki adalah syurga, keredhaan Allah itu kejayaan yang patut kita capai. Tetapi bukanlah kita xpayah study, dan cukuplah hanya beribadah di masjid sahaja, jikalau mahukan syurga. Tetapi ingatlah daripada Qudrawi “barangsiapa yang menyempitkan ibadah hanya di pagar-pagar masjid sahaja, maka dia sedang menyempitkan ISLAM”..ibadah merangkumi semua, belajar, menolong ayah ibu, dan sebagainya..

Hilal menekankan kepada semua audiens, bahawa kehidupan di dunia adalah terlampau singkat, kita semua xpasti adakah kita bileh bernafas untuk esok hari.. Sempatkah kita untuk bertaubat jika kita menangguhkan taubat kita sehingga esok hari?? Sempatkah?? MasyaALLAH jika kita xsempat bertaubat, sekecil zarah pun dosa kita, tetap akan ada balasannya.. Apabila kita dibakar, rasanya seperti kita mengelar kulit kita, kita siat kulit kita itu, dan nampaklah daging kemerah-merahan kita itu, kita letak garam di atas daging kita itu, kita tambah denngan limau..masyaAllah..dapat bayangkan kesakitan dibakar? Cuba bayangkan di nerka nanti kesakitan itu akan berkekalan dan tiada hujungnya..kerana akhirat adlah tempat kita, bukan dunia...

Maka, kawan-kawan...ambil iktibar, cepatlah bertaubat smentara kita masih mampu bernafas...Armiza Aris xmampu lagi nak menulis lagi...Mata dah berat sgt...sbb baru minum susu..

Wassalam..

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...