Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

PERKAMPUNGAN!!!!

Assalamualaikum..selamat bercuti..

Alhamdulillah..dengan izin Allah, kita dapat lagi bernafas di atas muka bumi ini. Semoga setiap helaan nafas yg terhembus tidak disia-siakan..teruskan berbakti demi Islam yg syumul dan berjuang demi menegakkan kebenaran demi agama Allah yang dicintai sepenuh hati...

Seperti yang dijanjikan, AA nak postkan tentang perkampungan PMFST yang bermula semalam, sabtu (1 mei 2010) ... Alhamdulillah dengan kerjasama para pimpinan PMFST, perjalanan perkampungan dapat berjalan dengan lancar sekali tanpa ada aral melintang..insyaAllah..

Perkampungan kami dimulakan dengan bengkel pengurusan organisasi. Slot ini kami sebagai Majlis Tertinggi (MT) menyerahkan tugas untuk menyampaikan bengkel ini kepada yang lebih tahu dan faham tentang pengurusan organisasi (contohnya, surat menyurat, laporan su program, laporan kewangan program..kertas kerja...)..betapa beruntungnya bagi sesiapa yang berpersatuan, boleh dapat ilmu tambahan..ini juga dikira soft skill untuk masa depan kami juga ketika melangkah kea lam pekerjaan nanti..kami jemput Kak Izawati mantan TYP sesi lepas dan kak Syamila Marlan mantan s/u sesi lepas untuk memberi penerangan tentang bengkel tersebut.

Di bawah, adalah slot-slot perkampungan berserta gambar2 untuk dikongsi bersama dengan para pembaca KHB..(^_^)

RIADAH-bergotong royong mengemas PMFST

Masa ni digunakan dengan sebaik2nya oleh kami untuk mengemas bilik PMFST yang agak bersepah itu..muslimin dan muslimat diagihkan tugas sama rata.masing2 menjalankan tugas di kawasan masing2 dengan gembira sekali..tengoklah kegembiraan terpancar di wajah mereka..:)))


mengemaskan kawasan muslimat

muslimin mengemaskan kawasan luar PMFST

Abe dan din mengemop lantai PMFST

Sesi mengemas surau


FASA 1- pengenalan kepada program mega

Fasa ini adalah untuk memperkenalkan kepada para exco-exco PMFST tentang program-program mega bagi sesi ini yang akan bermula pada sem depan..(AA xboleh la nk inform kat sini program2 tersebut...tak surprise bak kata org..hehe)..dari pemerhatian, AA dapat lihat exco2 bagi sesi kali ni lebih bersemangat dan berani mengeluarkan hujah serta pandangan masing2..TAHNIAH ye adik2 ku..

FASA 2-menyiapkan kertas kerja

WOW!!!!..baru perkenalkan program dah kena siapkan kertas kerja???? Untuk menambahkan lagi kezutan, kertas kerja ni kena siapkan dalam masa 4 jam yang diberikan..siap dengan belanjawan semua..waaahhh...ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan berlakunya ‘lengah-lengah’ dalam buat progres...akhirnya mereka dapat siapkan juga dengan adanya pantauan MT..(walaupun ada juga slack dari penulisan gaya UKM..tapi boleh edit..)


FASA 3-bentangkan kertas kerja

Haaaa...mase ni la kite dpt tgk exco2 ni boleh bercakap ke x kt depan...ya..bukan semua org berani bercakap di depan ye kawan2..tapi AA kagum dgn semua exco, mereka mampu membentangkn dgn baik sekali..TAHNIAH SEKALI LAGI ADIKKU..:D

Alhamdulillah..perkampungan ini dapat berjalan dan berakhir dgn baik sekali..xlupe juga ucpan ribuan terima kasih kepada sahabat2 seperjuangan dari YDP sehinggalah ke semua exco kerana dapat memberikan kerjasama yang baik sekali bagi melancarkan program ini...semoga ukhuwah kita ini berkekalan hingga ke akhirnya..buat pimpinan PMFST sesi 10/11, dengarlah bahawasanya Armiza Aris mula menyayangi kalian..sayang semua.;))


Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...