Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~salam tahniah dan takziah buat Armiza Aris~

pada mulanya aku mendapat khabar itu
aku tersentak, terkejut dan terkesima
tidak tahu mahu membalas apa
mungkin juga si pemberitahu cuma mahu bergurau senda
tapi riak wajahnya tidak menggambarkan beliau hanya bermain kata
aku hanya berdiam dan bersedia

semalam secara rasminya
berita itu disampaikan lagi kepada ku
jantung berdegup laju
duniaku kelam
tanganku menggigil
aku rasa terpikul
aku rasa ada beban yang begitu berat di bahuku
kalau bukan kerana kekuatan
aku mampu menitiskan air mata
air mata kerana gembira dengan kepercayaan itu
air mata kerana Allah percaya akan keupayaan itu
air mata kerana Allah mahu aku yang memikul tanggungjawab besar itu
air mata kerana Allah mahukan aku terus berjuang dengan agamanya di dalam organisasi itu
aku terdiam, aku tertunduk
subhanallah...
masyaAllah...
aku memohon kekuatan itu ya Allah..

semoga aku mampu berjuang bersama sahabat2 yang lain
untuk berjuang, berjihad memikul tanggungjawab itu
salam tahniah dan takziah buat diriku
NOOR ARMIZA MD ARIS

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...