Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~HUDUD~

Sebelum kita terburu-buru bercerita tentang hudud, marilah kita bersama bercerita tentang tentang kelebihan-kelebihan sistem Islam yang syumul ini terlebih dahulu. Mengapa perlu diceritakan tentang hukuman dahulu berbanding kelebihan-kelebihan lain? Tidak ada sekolah atau universiti di dunia ini yang menyebutkan hukuman-hukuman mereka kepada pelanggar displin sebagai cara promosi. Sudah pastinya mereka akan bercerita tentang kesempurnaan fasiliti, kehebatan pemimpin, kejayaan pelajar dan lain-lain. Tidak ada universiti yang menulis di dalam iklan-iklan mereka “di sini kami menghukum pelajar yang lewat ke kelas!“.


INDONESIA-ACEH-CANING


Maka mari kita melihat sejarah. Kita dapat lihat bagaimana pernah wujud satu kerajaan yang mana tiada seorang pun rakyatnya yang miskin. Kita juga dapat lihat bagaimana satu kerajaan yang begitu berjaya dalam pelbagai jenis bidang ilmu. Mereka adalah kerajaan yang meletakkan agama Islam sebagai cara hidup mereka. Islam sebagai cara pemerintahan mereka. Itulah sistem yang paling hebat dan paling adil di dunia

.SULTAN MUHD AL-FATEH

Kita lihat pula sistem yang diguna pakai oleh majoriti kerajaan di dunia hari ini. Kapitalis, demokrasi dan pelbagai nama yang dengar macam hebat, tapi tak lebih daripada monyet yang sedang bergayut dalam hutan. Tahukah anda bahawa sistem pemerintahan bercorak demokrasi adalah direka dan dibentuk supaya kekuasaan pemerintah dapat dikekalkan manakala rakyat semakin tertindas? Sama ada sistem pemerintahan, ekonomi atau sosialnya, kesemuanya disusun begitu halus dan dibalut dengan slogan-slogan kebebasan, keadilan dan macam-macam lagi sebenarnya hanyalah kebenaran yang palsu. Sistem inilah yang membesarkan lagi jurang antara si kaya dengan si miskin. Sistem inilah yang telah menyebabkan masalah sosial semakin berlarutan. Golongan pekerja diperhamba secara halus. Golongan pemerintah dipuja secara halus. Hiburan melampau pula diperkenal agar rakyat semakin leka dan malas untuk berfikir. Jika rakyat mampu berfikir, tahulah mereka bahawa mereka itu sedang diperhamba oleh pemerintah mereka.


PyramidCapitalist

Berfikirlah wahai manusia-manusia sekalian. Apabila sistem yang memperhambakan rakyat diperkenalkan, maka rakyat akan hidup terdesak. Apabila kehidupan menghimpit mereka, maka mereka akan lebih mudah terdorong untuk melakukan jenayah. Maka apabila mereka melakukan jenayah, maka pemerintah dengan gembira menghukum mereka.

Saya teringat cerita Rain God dalam buku literature short stories Tingkatan 4, bagaimana kisah kisah masyarakat yang hidup menderita di tanah yang kering kontang di tengah padang pasir. Diceritakan juga bagaimana penderitaan mereka, kebuluran, kehausan, tanaman-tanaman mereka mati semuanya. Pada mulanya saya menyangka tempat mereka tiada pemerintah dan tiada kerajaan tidak dinyatakan pun bantuan-bantuan oleh pihak berkuasa diberikan. Dan akhirnya akibat terdesak, sebuah keluarga dari masyarakat tersebut telah mengorbankan anak mereka kononnya untuk memanggil Tuhan hujan. Maka dengan tidak semena-mena, datanglah polis atau pihak berkuasa lalu menangkap ketua keluarga tersebut. Ketika membaca bahagian tersebut, barulah saya terfikir, bagaimana BODOH dan ZALIMNYA pemerintah tersebut. Sudahlah kebajikan rakyat tidak dijaga. Apa yang dia tahu, hanya menghukum mereka.

Berbeza dengan Islam, kebajikan rakyat dijaga, kehormatan rakyat dipelihara, segala keperluan disedia maka rakyat tiada sebab untuk melakukan jenayah. Maka apabila berlaku juga jenayah, perlulah mereka dihukum dengan keras.


hudud1


Janganlah kita asyik fikir adakah hukuman hudud betul-betul dapat mengekang jenayah. Ia telah terbukti benar. Tapi hakikatnya yang lebih kuat, untuk mengekang jenayah, kerajaan perlulah menjaga kebajikan rakyat dengan sebenar-benarnya. Laksanakanlah sistem-sistem Islam dalam pemerintahan. Sistem Islam dalam politik, sistem Islam dalam ekonomi, sistem Islam dalam sosial, sistem Islam dalam kehidupan. Itulah sebenarnya yang mengekang jenayah.

—————————————————————————————————————————————————

Maklumat tambahan mengenai Hudud:

Hudud adalah hukuman yang dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kepada Allah. Di bawah adalah senarai-senarai kesalahan:
Senarai yang disepakati ialah:

1. Kesalahan zina; perbuatan perhubungan seks antara dua jenis sama ada secara paksa atau rela, sama ada bujang, janda ataupun duda. Perbuatan itu tidak sampai mencerakan orang lain.

2. Kesalahan qazaf (menuduh); perbuatan menuduh orang baik sebagai berzina tanpa membawa empat orang saksi atau bukti. Tuduhan ini boleh jadi suami terhadap isteri atau orang lain terhadap mana-mana perempuan.

3. Kesalahan mencuri; perbuatan mencuri barang berharga orang lain atas niat jahat dalam kadar tertentu. Perbuatan itu tidak mengakibatkan kecederaan orang lain.

4. Kesalahan minum arak; perbuatan minum arak sama ada sedikit atau banyak. Perbuatan itu tidak sampai mencederakan orang lain.

Senarai yang tidak disepakati ialah:

1. Kesalahan meninggalkan solat fardu; mereka meninggalkan solat atau niat mengikari ajaran Islam malah mereka bangga tidak melakukan solat.

2. Kesalahan murtad; mereka yang telah memeluk Islam tetapi bertindak keluar daripada Islam sama ada secara suka atau paksa.

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...