Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.
Posted on 3.1.10 · Leave a Comment
Sujud legakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak
sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal,
kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.
yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya
tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat
adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka
menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula
boleh:
membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia. (burut)
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions).
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur
dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti
seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau
sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Categories:
~knowledge~