Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~B.e.R.W.u.d.U.K~

MySpace Assalamualaikum~~~!!! ^_^
posting kali ni nak kongsi sket maklumat yang pernah ana terima...urm...selama ni xterfikir pon kenapa kita kena buat step2 wudhuk 2..main ikut je..lepas dh tawu, rasa kagum je dgn cara hidup Islam ni...semuanya ada hikmah dan sebab2 tertentu...xpernah pun seksa kita..sebab tu org kata ISLAM IS THE BEST WAY OF OUR LIFE...same2 renungkan yer~~~!!!


1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. MySpace


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. MySpace

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. MySpace

7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

selamat beramal~!!MySpace

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...