Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.
Posted on 24.6.13 · Leave a Comment
Jerebu di Malaysia yang hangat diperkatakan, malah turut dirasakan oleh rakyat dah makin buruk. Puncanya adalah kebakaran tanah gambut di Riau, Indonesia.
![]() |
Maklumat ni aku print screen dari website Jabatan Cuaca Malaysia |
Tanah gambut ni senang terbakar, lebih2 lagi waktu kemarau macam sekarang. So jerebu ni jadi lagi worst sebab kemarau jugak, tiada hujan turun. Kita yang faham tak boleh nak salahkan pihak tertentu disebabkan jerebu ni. Pihak kerajaan Indonesia dah mencuba sehabis daya untuk padam kebakaran besar kat Riau. Tapi diorang tak mampu sebab kebakaran tu terus merebak. Sedangkan ladang-ladang kelapa sawit diorang pun terkorban. Kesian diorang.
![]() |
18-Jun-2013. menunjukkan kebakaran yang tidak mampu di kawal (Riauterkini.com) |
Riau |
![]() |
19-Jun-2013. Ladang yang terbakar |
Sepatutnya dari sini boleh nampak wheel besar kat I-city. Now dah tak nampak. |
23-Jun-2013. 3 gambar di atas. Capture from my house, Padang Jawa. Jerebu dah start kronik dengan IPU 150 |
Innalillah...mungkin disebabkan jerebu ni badan aku jadi lemah, rasa penat sangat. Lepas solat mesti tersengguk-sengguk. Lagipun weekend lepas tak dapat rehat yang cukup. Ke UPM serdang semata2 nak bantu sahabat. Mencari pusat rawatan Islam di Klang, juga untuk bantu sahabat. Mungkin ini sebabnya badan aku jadi lemah, dan asyik nak tidur je. Apa yang penting minum air masak banyak-banyak. Wallahualam.
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Baqarah, ayat 148)
Apa yang mampu kita buat, hanya berdoa. Berharap dan memohon hajat kepada Pencipta sebab segala bencana yang berlaku ni mungkin ingatan dari Allah. Ya Allah, ampunkan kami hambaMu yang sering terlanjur kata, terlanjur perbuatan yang telah mengetepikanMU.
