Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Pegerakan secara rawak


Anda akan mengalami satu journey gambar2 tanpa disusun diiringi caption yang akan bantu anda jadi faham dan tak blur. 



Sekarang company sibuk nak hadapi ujian setahun sekali iaitu audit ISO. Tapi disebabkan kitorang tak pernah dapat ISO, dan this is our first audit for ISO, tu yang masing-masing tunggang terbalik susun sekala khazanah dalam fail, update data pasal kerja masing-masing. yang ada kat kepala masing-masing adalah ISO, ISO dan ISO. Overtime sampai pukul 10 malam sampai otak jadi ting tong. Balik umah je, terus senyap tanda kepenatan dan kepenatan telah menutup mulut dari keluarkan sepatah dua kata. Ketensenan telah membuatkan aku tengok running tanpa ketawa. Serius macam tgk cerita city hunter je. *sila abaikan gambar gegar. 



Ni plak attendance board for machinist semua. *abaikan table yang senget dan tidak lurus*. Atas masalah tertentu, aku dapat keje baru arahan abg erwan. Snap gambar board ni setiap 9.15 pagi. Sesiapa tak isi jadual ni sebelum pkol 9.15 a.k.a sebelum aku snap gambar, maka gajinya akan dipotong. hahaha...kelakar jugak. Tapi bagus jgk, biar diorg semua hargai table yang senget benget ni. payah tau nak buat. haha



Ya..ini meja QC. paling bersepah, paling semak kat dunia. drawing sana sini penuh satu meja sampai tak de space nak gerakkan mouse. mana nak letak puncture gabak yang jadi rebutan satu ofis. dengan cop-cop melambak tak muat satu rak 2. dan laptop tu aku bawak supaya jadi partion in between dgn org sebelah. Tapi kitorang share kalendar yang sama. sebenarnya kalendar tu orang sebelah tu punya, tapi aku tak malu nak jugak. sebab kalendar tu ada waktu solat. So nice and very useful for us. hehehehe 



Started using tudung syria last year, dan semakin hari semakin suka. Senang and tak rumit. Biar orang nak cakap muka aku bulat macam tembikai bila pakai tudung ni, aku tak kisah asalkan aku suka, suka dan suka.haha. *seronok makin banyak simpanan inner kat rak tudung. 



Ini rak QC....mari buat pameran fail. *so messy..ahh..-_-"




Balik keje, taknak terus balik umah. So kak el ajak makan2 kat uptown. yang menariknya gambar kat atas, air kelapa kak el dalam cawan yang sangat gabak. 2 kali ganda besarnya dari cawan biasa. nampak tak kak el kena mendongak sikit bila nak sedut straw..Tak habis, sebab perut penuh sangat, terus mintak bungkus bawak balik. 






NOTE... ni bukan milik aku. milik abg erwan. Dia tertinggal note die ni kat ofis. Katanya tak sempat die nak balik amik barang dia. dan dia mintak tolong aku simpankan note dia ni. merasa jugak beg aku bawak henpon mahal. bertuahnya anda yer beg buruk.hehe Bila fikir balik, tingginya kepercayaan yang bos aku bagi kat aku. Dan insyaAllah aku takkan buat smpai die hilang kepercayaan kat aku. azam baru nak kerja rajin2 dan betol2. hmmmmmmhhh!!!!

......










......








......











......





Ni kalendar orang sebelah yang kitorang berebut tadi tu. Dengan tak malunya lagi aku cop kat tarikh hikmat ni. Saje cari pasal la aku ni, kalau die tau,  mau bingit telinga aku dengar die membebel. Tapi takpe la kan sebab aku suka kombinasi bulan hijrah dgn bulan masihi hikmat 2. Tahun ni tarikh hikmat dalam bulan kelahiran manusia agung. Nabi Muhammad s.a.w. Mohon akan jadi berkat umur yang makin meningkat. Growing old is mandatory, growing up is optional.



Tengah taip-taip untuk post ni, tibe2 nurul tutup lampu, eh? kenapa? rumah kak el pun ada lebah berterbangan kat lampu jugak ke macam rumah kitorang? Pelik dah ni. Tiba-tiba nampak kak el bawak pinggan yang penuh dengan lilin. mungkin sepinggan lilin..bagai mentang minyak yang penuh je kak el bawak sepinggan lilin tu. bercahaya terang menderang sampai tenggelam watak utama pinggan tersebut. Kek. Variety cakes. Thanx alot ayang2 semua. sangat terharu. Alhamdulillah..Umur makin meningkat. Makin banyak tanggungjwab kat bahu aku ni. untuk mak ayah, untuk agama. Moga Allah permudahkan segala2nya.


dan TNChepa UKM yang setiap tahun wish. on time plak tu. hehe 

p/s: Untuk tarikh hikmat tahun ni, taknak orang tau atau ingat. biarlah ia berlalu begitu je...tak tau kenapa, mungkin sebab umur makin meningkat. ^_^

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...