Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Lately

Assalamualaikum..

Lately perasan benar aku ni suka sangat tengok gambar kawen orang. tak kisahlah bride lama or bride baru. Asalkan pengantin tu cantik. Tapi dah banyak blog & muka buku yang aku stalk, tak jumpa lagi bride yang huduh.mesti comel belake. Tah apa peel tah aku ni sekarang, rasa eksaited pulak tengok gamba kawen orang. Pastu stalk plak orang yang aku tak kenal langsung, klik2 link mana2 sampai daerah mana tah, pastu baru sedar jauh dah aku merantau tengok hari bahagia orang..hehe yelah memandangkan tak ramai kwn2 aku yang dah kawen. So kawan2 semua, sila la cepat2 kawen, nanti mija cepat2 stalk gamba kawen korang.hehe

Sambil2 stalk tu ada la jugak berangan nanti nak pakai baju kaler ape, pelamin kaler ape, hantaran kaler ape nanti. Yang pastinya baju mesti longgar dan tak ketat. Sebenarnya teringin jugak nak pakai baju ketat2, yang kecik2, yang dedah aurat sana sini. Nama pun wanita. Suka bergaya, suka diri nampak cantik. Tapi Allah tak bagi, Allah suruh tutup aurat betul2, tutup kaki, tutup body, tutup rambut. Allah yang suruh, bukan fesyen  atau trend tapi Allah yang suruh. Kalau tak pecaya ce rujuk Al Quran.Mija kan nak jadi wanita solehah, baik dan mulia mesti ikut suruhan Allah. ^_^

Sekarang job pun tak banyak, so aku pun tak la busy sangat. Sebab dah lepas waktu kemuncak setiap akhir bulan. waktu bila masa bos aku mintak job status or monthly report untuk dibentangkan time mereka bermeeting monthly operation nanti. So apa lagi kerja yang aku buat? melangut depan PC, kadang2 turun bawah tgk operator buat keje. Tapi bila supervisor aku tu bising-bising aku suka mengacau orang buat keje, aku jarang dah turun. turun bila perlu je. Eleh, bilik QC kat bawah tu bilik aku taw, suka hati la aku nak jenguk bilik aku. hehehe...Kami semua memang suka bergurau senda.

Bila dah melangut depan PC dan berbekalkan broadband sendiri (PC tak leh connect wifi ofis..sob sob) aku pun bukak la satu-satu blog yang best, yang ceritakan kisah hidup, rumah tangga, perihal nikah's preparation, mana2 yang aku rasa nak baca. Walaupun tak kenal owner blog, tapi boleh la amik iktibar dan campak jauh2 perkara yang buruk. Learn from other's experience. 

Sabtu ni ada family's day Aruza kat PD. nak release tension sambil amati alam indah ciptaan Allah. Saya suka laut dan pantai  *wink* 

Comments
2 Responses to “Lately”
  1. tunggu entry preparation dan gambar kawen saye ye. Hihihi

    p/s : Amirul mukminin dah approve belum?

  2. haha...will wait...Amirul mukminin xaprove pon..sedih bangat...hehe

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...