Posted on 16.1.12 · 2 Comments
Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum
Sambil diiringi nasyid penenang jiwa, Allah detikkan hati aku untuk baca satu post di facebook. Tak pasti akan kebenarannya, tapi berita ini membuatkan hati ni berbunga, gembira dan bersyukur. Dia ni salah seorang artis yang aku minat. Tak kering gusi tgk telatah beliau dan rakan baiknya Johan. Kalau nak release tension, aku mmg slalu buka channel 132, nak tengok telatah diorang ni. Dan terdetik kat hati aku ni untuk share dengan korang semua sebab aku salah seorang yang hadir pada malam program tersebut diadakan. Memang gandingan UAI dan Zizan sangat2 mantap. Best!
InsyaAllah, semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNYa yang sentiasa menghampiri kebenaran. Sungguh hidayah Allah itu akan diberikan kepada hamba2 yang betul2 memerlukan.
*********************************************************************************************************
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. :) Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu.
Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam. (pada malam yang sama). Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur. (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah 1 faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.
Bayangkan.. ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi. Bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis Ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur2 dakwah. Allah PASti akan bantu. Insyaallah. :)
Sumber: facebook
p/s: memang tak boleh lupa satu soalan yang diajukan pada malam tu
" kenapa UAI tak bergandingan dengan Zizan masuk maharajalawak. mesti menang"

pjg sgt ar ekau tulis..eden baco yg p/s tu jelah.haha
ekau mmg, baca novel tebal boleh plak. aduh..-_-"