Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Musim sejuk yang akhir


Bismillahirrahmanirrahim

Eh ..apa yang musim sejuk ni? Sekarang orang tengah berpeluh2, apa pulak yg winter2 bagai ni.^_^ Sebenarnya musim sejuk yang akhir adalah maksud bagi salah satu bulan Hijrah iaitu Jamadilakhir. Hari ni tertarik nak share dengan semua tentang bulan Jamadilakhir.


Maksud tersirat dan tersurat Jamadilakhir

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.


Peristiwa –peristiwa penting pada bulan Jamadilakhir

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.


2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.


3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.


4. Peperangan Al Jamal yang berlaku di luar kota Basrah, Iraq pada 10 Jamadilakhir tahun ke-36 Hijrah antara Amir Al Mu'minin Ali bin Abi Talib. Peperangan ini disertai beberapa sahabat antaranya `Ammar bin Yasir dan Abdullah bin Al Abbas. Dalam peperangan itu mereka menghadapi kumpulan yang diketuai oleh `Aisyah binti Abi Bakar, Talhah bin Ubaidillah dan Az Zubair bin Al `Awwam yang menuntut supaya khalifah menjalankan penyiasatan dan pembelaan terhadap pembunuhan Usman bin Affan. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Ali bin Abi Talib. Ada pendapat yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Jamadilawal.


Banyak peristiwa penting yang berlaku pada bulan Jamadilakhir ni yer. Dan mesti semua tertanya-tanya kenapa aku menulis tentang bulan Jamadilakhir, kenapa tak bulan safar kan? Kan hari ni bersamaan dengan 25 Safar 1433H


Sebabnya ialah:

19 Januari 1989 bersamaan 11 Jamadilakhir 1409H

Aku selamat dilahirkan pada pukul 8.45p.m pada 19 Januari 1989 dan juga pada hari khamis seperti hari ni C: . Alhamdulillah, genap 23 tahun aku menghuni bumi Allah ni. Semoga Armiza Aris akan menjadi salah seorang pejuang Islam dan mati sebagai syuhada memperjuangkan agama Allah seperti mana syahidnya para pejuang Allah pada bulan Jamadilakhir beribu tahun yang lepas. Khalid Al Walid adalah salah seorang pejuang Islam yang betul-betul aku kagumi.


Sebak menghuni rasa,

Tangis peneman diri,

Tertunduk aku melutut pada yang Esa,

Tak tahu kenapa ini yang kurasa,

Mungkin kerana dosa 23 tahun membayangi diri,

Kurangnya baktiku pada agama,


Selamat Hari Lahir Noor Armiza,

Semoga keredhaan Allah sentiasa menaungimu,

Keberkatan Allah sentiasa memayungimu,

Allah akan sentiasa ada, ada untukmu sayang.

Kerna itu janjiNya pada mu….


*Sebak baca semua doa dari kwn2 di wall FB dan xlupe juga mesej yg smpai tepat pd tgh mlm tadi dari my sayang nurul . kamu semua adalah anugerah terindah yg Allah kurniakan. Allahurabbi...T_T*

Comments
One Response to “Musim sejuk yang akhir”
  1. Selamat Hari Lahir lagi sekali Mija. =)

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...