26.12.11

Senyum lebar

usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodohmu, kerana segalanya sudah ditetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan buatmu, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.

namun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian. oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.

berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..

salam sayang~

di petik daripada facebook akuislam
nak senyum lebar2 baca nasihat ni ^_______________________^

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak ALLAH~

Aku tidak akan memerhatikan hak-hak hambaKU, sebelum ia menunaikan Hak-hak KU-Hadith Qudsi-

~Akidah~

"Akidah ialah landasan stiap amalan
Amalan hati adalah lebih penting daripada amalan anggota badan.
Mendapatkan kesempurnaan bagi kedua-dua amalan adalah tuntutan syarak, walaupun martabat dua tuntutan itu berbeza"
-Risalah at-Ta'lim

Dunia

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
 

Armiza Aris | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates