11.10.11

Me as my Mom's personal nurse


Assalamualaikum…MySpace


Selain duduk goyang kaki, membasuh, mengemas, memasak kat rumah ni, aku juga ada tanggungjawab lain selain semua tu iaitu jururawat peribadi mak. Takdela nurse sgt, Cuma kena pastikan mak makan ubat, tanya keadaan mak, pastikan mak makan dan perut mak xkosong dan buat weekly blood glucose checking.

Mak aku penghidap diabetis, kandungan gula dalam darah mak sebelum ni tinggi, pernah capai sampai 27m/mol. Tinggi sangat tu sebab yang normal adalah 5.8 – 6.0 m/mol.

Tapi Alhamdulillah setelah mak berpantang, kandungan gula tu makin turun dan turun. Sampailah pada akhir Ramadhan yang lepas, mak demam, tak ada selera makan..bila berbuka mak tak makan apa-apa langsung tapi mak makan ubat kencing manis dan minum teh misai kucing. Teh misai kucing adalah satu teh yang guna herba yang dapat menurunkan kandungan gula dalam darah….tak disangka2 gula dalam darah mak turun mendadak akhirnya mak pengsan tak sedarkan diri sebab glukosa dalam darah mak hanya 1.2 m/mol…

Sekarang dah masuk 2 bulan tragedi tu berlaku, keadaan mak semakin baik, semakin sihat dengan berpantang dan amalkan makan ubat yang doktor bagi dan ada jugak yang alang belikan atas nasihat doktor.


Yang ni ubat yang doktor bagi, ubat kencing manis. Ubat kencing manis ada banyak jenis mengikut dos yang berbeza. Yang kat atas ni dos paling rendah sekali. Mak kena makan satu biji pagi dan petang sebab glukos dalam darah mak maintain rendah je sekarang.



Yang ni pulak set blood glucose meter khas utk cek kandungan glukosa dalam darah. Didatangkan dalam satu beg travel comel yang boleh letak kat dalam beg utk dibawa ke mana2..boleh beli kat farmasi. Harga dia boleh tahan la dalam RM200++ jugak. Bagi aku, set blood test ni perlu ada bagi seorang penghidap diabetis, sebab boleh control pemakanan kita, kalau darah rendah sangat kena cepat2 makan makanan manis cthnya madu. Kalau ada set ni, tak payahlah nak tunggu time jumpa doktor je nak cek glukose dalam darah kita kan?


Ok, dalam beg tu ada 4 barang penting yang wajib ada. Iaitu, pen pencucuk jarum, meter device, lancet device dan alcohol swab. Alcohol swab disapu sebelum dan selepas jari dicucuk untuk elakkan kuman.


Yang ni lancet device. Satu botol ade dalam 30 lancet.


Pagi tadi aku baru cucuk mak, alhamdulillah kandungan glukosa dalam darah mak pagi tadi 6.0 m/mol. Hampir normal. Gembira sangat. Ok, setiap kali cek kena tulis dalam buku, boleh tunjuk kat doktor utk minta nasihat nanti.

MySpace

Yang ni semua untuk minuman yang mak amalkan. Susu Nespray, susu glucerna SR dan Glucose. Kalau mak tak nak makan apa2, minum Glucerna SR sahaja pon boleh sebab susu ni memang khas untuk pesakit diabetis. Mak kata susu tu sedap. Yela, tgkla harganye pulak.

MySpace

Yang ni pil yang mengandungi zink jenama Surbex, sesuai utk bina ketahanan badan. Sejak mak jatuh pengsan hari tu, badan mak tak kuat sangat, tak dapat nak gerak sangat. Sesuai la ubat ni. Tapi mak kata makan ubat ni buat mak mengantuk. Hehe..tu yang mak tidur je lepas makan ubat ni.


Kalau mak unconscious lagi, sapukan madu kat bibir dan lelangit. Sebab bila seseorang xsedarkan diri (macam kes mak) diorang kekurangan gula dalam darah untuk bawak oksigen ke otak. Dah 3 kali saya alami masa2 kecemasan time mak xsedar diri, so insyaAllah lepas ni xpanik lagi.tapi nauzubillah janganlah jadi lagi.
MySpace

walaupun ubat banyak, tapi kalau xberdoa pada Allah semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan pun tak boleh jugak...Usaha, Doa, Tawakal...InsyaAllah..sebab segala penyakit datangnya dari Allah s.w.t dan Allah jualah yang akan menyembuhkannya..insyaAllah..(^_^)


MySpace

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak ALLAH~

Aku tidak akan memerhatikan hak-hak hambaKU, sebelum ia menunaikan Hak-hak KU-Hadith Qudsi-

~Akidah~

"Akidah ialah landasan stiap amalan
Amalan hati adalah lebih penting daripada amalan anggota badan.
Mendapatkan kesempurnaan bagi kedua-dua amalan adalah tuntutan syarak, walaupun martabat dua tuntutan itu berbeza"
-Risalah at-Ta'lim

Dunia

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Kalam Sang Daei

Kawan BerbLog

 

Armiza Aris | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates