Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

21 Disember 2010

Assalamualaikum pembuka bicara,

Semoga semua sihat belaka..^_^


 

Bismillah….Alhamdulillah syukur dgn nikmat umur yg masih diberi, masih berpeluang untuk menghembus nafas kehambaan. Semoga diri ini terus diredhai…

    Permulaan hari yang baik adalah dgn memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadratNYA atas nikmat ini. Selepas solat subuh, mengamalkan al mathurat iaitu himpunan zikir-zikir yg diamalkan oleh nabi Muhammad s.a.w..semoga sentiasa dilindungi sepanjang hari ini..INSYAALLAH…

    Kelas pertama hari ini iaitu komposit termaju dibatalkan. Batang hidung pensyarah yg mengajar subjek ini yg kami tidak tahu siapa tidak juga muncul-muncul. Setengah jam menunggu, aku serta rakan-rakan decide nk melangkah menuju ke destinasi masing-masing seterusnya.>>>>LAB TESIS---SIAPKAN TESIS<<<< Setengah jam yang kosong tadi kami penuhi dgn bertanya khabar antara satu sama lain,bercerita aktiviti semasa cuti agenda utama.. gelak ketawa kedengaran..begitulah indahnya persahabatan…J

    Aku dan adnin berjanji untuk menyiapkan sampel tesis kami untuk proses yg seterusnya; mesin tekanan panas. Mesin ini digunakan untuk membentuk shape2 sampel yg kami kehendaki. Kami ingin membentuk dumbbel shape untuk tensile testing, izod shape untuk impact testing serta disk shape untuk thermal conductivity testing. Malangnya mould iaitu acuan yag penting untuk membentuk bentuk2 tersebut HILANG!!! Daripada pelajar degree sehinggalah ke dekan (yg juga supervisor tesis ku), kami bertanyakan di manakah letaknya mould2 tersebut, semuanya kata tidak tahu..hai sudahhh…kami buat keputusan untuk mencarinya lagi esok. Mungkin ada yang sedang memegang mould2 tersebut dan tidak memulangkan semula ke tempatnya..

    Seperti biasa , pada awal2 sem sebegini, masing2 kecoh berurusan dengan lecturer masing2, terutamanya ketua program..semuanya kerana xdapat daftar subjek dan mahu menukar taraf subjek dan ada juga mahu menambah unit..Semoga Allah mempermudahkan urusan kami semua.. kat bawah ni things that I must do by this week:

  • Tukar taraf subjek kimia am I& II, Teknik Math I & II kepada taraf WF(wajib fakulti)
  • Cari mould yang hilang---kalau x, xsiaplah tesis eden..huwaaa
  • Pick up the practical letters
  • Must register LP's subject---total 4 units

Semoga Allah mempermudahkan urusan ku…tiada tempat untuk ku meminta bantuan melainkan diKau Ya Allah… amin Ya Rabb

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...