Dalam kesibukan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir sem (25hb oktober -14hb November 2010), tetapi janganlah kita berhenti daripada menimba ilmu akhirat (malah lebih penting kan?)..InsyaAllah..artikel di bawah adalah amat menarik dan berilmiah sekali untuk dikongsikan bersama pembaca..Allah itu ada..hanya insan yang beriman dengan wujudnya Allah di sekeliling sahaja mampu merasai kehadiran Allah dalam segenap pelusuk dan juga keadaan…Malah, manusia akan takut dan malu untuk melakukan maksiat jika dapat merasai kehadiran Allah..subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Jawapan pertama: Bukan semua perkara dapat dilihat dengan mata. Adalah sebuah kisah ni berlaku kpd seorang guru. Seorang lelaki ateis, iaitu orang yang tak percaya Tuhan datang berjumpa dengannya. Dia bertanya kat guru tu, "Pernah tuan melihat Tuhan tuan??" Guru tu pun menjawab, "Maha Suci Tuhanku, dia tidak dapat dilihat dengan penglihatan." Lelaki itu pon tanya lah lagi, "Adakah tuan pernah menyentuh, mencium ataupun mendengar suaranya?" "Maha suci Tuhanku, Dia tidak sama dengan sesuatu apa pun. Dia maha mendengar lagi maha melihat," kata guru tu lagi. Orang lelaki ateis ni pun mengejek, " Kalau tuan tidak pernah melihat suaranya dan tidak pernah menyentuhnya, lalu cemane tuan boleh buktikan yang Tuhan itu ada??" Guru tu pun kesal dengan pertanyaan orang ateis itu. Rupa-rupanya, dia menyangka Tuhan seperti manusia dan benda-benda lain yang dapat dilihat dan dirasai kehadirannya. Dengan cool, guru itu bertanya kembali kepadanya, "Wahai saudara, pernahkah saudara melihat akal fikiran saudara?" "Tak pernah," jawab orang tu. "Pernahkah saudara mendengar suara hati saudara?" "Tak pernah," jawab orang ateis tu lagi. "Pernah saudara sentuh akal saudara?" Orang ateis itu menjawab sambil menggeleng kepala, "Tak." Akhirnya, guru tu sampai pada soalan sebenar yang nak ditanya. "Adakah saudara orang yang sihat akal ataupun yang kurang waras?" "Hey, tentulah saya orang yang waras!" jawab orang ateis itu tegas. "Adakah saudara mempunyai akal?" "Tentulah ada! " Guru itu menegaskan lagi, "Apatah lagi Tuhan sekalian alam. Dia tetap ada w'pun pancaindera kita tak mampu melihatnya." Orang ateis itu diam berfikir. Dia takda soalan lagi nak ditanya kerana dia sudah mendapat jawapannya. Perkara yang tidak dapat dilihat tak semestinya tak ada. Banyak tanda yang menunjukkan manusia ada akal dan akal masing-masing mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Teman-teman sekalian, banyak tanda menunjukkan Allah ada, walaupun kita tak dapat melihatnya. (^_~)
Jawapan kedua : Kisah Nabi Musa dan kaumnya Al-Quran menceritakan kepada kita, Nabi Musa pernah berdoa hendak melihat Allah. Kisah ni dinyatakan dalam surah Taha, ayat 83-84 dan surah al-A'raf, ayat 143-145. Nanti boleh rujuk, k.. Kisah dia begini.. Suatu hari, Nabi Musa memilih 70 orang di kalangan kaumnya untuk ikut dia ke Bukit Tursina. Nabi Musa nak pergi sana sebab dia nak bermunajat kepada Allah serta menerima kitab Taurat daripada Allah. Nabi Musa memberi amanah kepada Nabi Harun supaya memimpin baki kaumnya semasa beliau ke Bukit Tursina. Kalian nak tahu, Nabi Musa ni diberi kelebihan istimewa berbanding dengan nabi-nabi yang lain. Iaitu dia dapat bercakap terus dengan Allah, tanpa perantaan. Beliau sampai dulu seorang diri di Bukit Tursina. Allah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu datang seorang diri, lebih dahulu daripada kaummu, wahai Musa?" Nabi Musa pun menjawab, "Mereka sedang menyusul di belakang ku. Aku datang cepat-cepat kepada mu, wahai Tuhan, demi mendapatkan redhamu." Nabi Musa merayu kepada Allah supaya dia dapat melihat Allah. Katanya, "Wahai Tuhanku, perlihatkan dirimu supaya aku dapat melihatmu." Allah berkata, "Kamu tidak akan sanggup melihatku, tetapi lihatlah gunung itu! Sekiranya ia masih tetap berada di tempatnya, kamu akan dapat melihatku." Nabi Musa memandang ke arah gunung itu. Tiba-tiba, gunung itu hancur lebur dalam sekelip mata je! Nabi Musa yang menyaksikan kejadian itu jatuh pengsan. Apabila Nabi Musa sedar kembali, dia memohon ampun kepada Allah. Nabi Musa berdoa, "Maha suci engkau wahai Tuhan, aku bertaubat kepadamu, dan akulah orang yang pertama beriman kepadamu." Selepas itu, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Musa terus menjalankan tugas mengajak kaumnya menyembah Allah yang satu. Ada dikalangan kaumnya beriman dan ramai juga yang tidak. Malah, ada yang menuntut supaya Nabi Musa memperlihatkan Allah kepada mereka. Mereka tak nak percaya kepada Allah selagi mereka tak dapat lihat Allah dengan mata sendiri. Mereka berkata, "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepada kamu sehingga kami tak dapat melihat Allah dengan terang!" Allah marah kepada mereka. Sebaik sahaja mengucapkan kata-kata itu, mereka terus disambar petir lalu mati. Orang ramai yang tidak mengucapkan kata-kata itu terselamat. Mereka tergamam menyaksikan kejadian itu. |