18.7.10

SAYA SISWI BIJAK



Assalamualaikum wbt kpd semua pembaca ^^...sekarang jam digital di sudut kiri skrin laptop saya telah menunjukkan tepat jam 12.35 tgh malam...urmm..sudah menandakan hari yang baru telah bermula. Hari ini bersamaan 6 syaaban dan 17hb julai bagi tahun masihi..tiba2 terasa mahu menggerakkan jari jemari ni untuk mencoretkan sedikit ilmu buat tatapan KALAHATIBERMADAH..(^_^)...

Semalam, bersama sahabat saya Ana, kami telah meluangkan masa sehari suntuk kami, dari awal pagi hingga ke petang untuk menguruskan dan menyelesaikan segala masalah yang ada terutama dalam bidang akademik kami..Alhamdulillah, agenda saya untuk manukar taraf semua kursus telah pun selesai..(kalau taraf salah, maknanye saya xkan dapat grad smpai bila2...)..Alhamdulillah, segala puji Allah yang memudahkan urusan kami..(^_^)

Pada waktu tengah hari, saya mengajak sahbat saya Ana untuk bersama-sama dgn saya menghadiri satu ceramah, iaitu BICARA HELWANI yang dianjurkan oleh ISIUKM..dan tajuknya ialah, SAYA SISWI BIJAK...membayangkan dari tajuk tersebut, kita dapat tahu bahawa, bicara helwani kali ini berkisarkan tentang akademik di kalangan para siswi..mmm..agak sesuai tajuk ini dgn suasana kampus hari ini yang para penghuni UKM sibuk mempersiapkan diri untuk menyediakan jadual untuk sem yang baru ini..

Saudari penceramah, kak Hanisah memulakan ceramah beliau dengan zikir yang menenangkan hati...sungguh syahdu zikir ini..hati agak tersentuh dan bergetar tatkala menyebut nama Sang Pencipta, ALLAh..sesungguhnya akan bergetar hati orang yang beriman tatkala menyebut namaNYA...

Kak penceramah dapat menyampaikan ceramahnya dengan baik sekali..kadang kala bergema dewan 3B 301 itu dgn gelak tawa para sahabat muslimah yang lain mendengar celoteh beliau..ya, ceramah kali ini berjalan dgn baik dan smooth sehingga tidak sedar masa berlalu, dan bicara helwani sampai ke penghujungnya...beliau memberikan beberapa tips yang berkesan untuk menjadi siswi yang bijak.

Antaranya;

mestilah memberikan sepenuh tumpuan di dalam kelas.

Selidik cara pensyarah mengajar di dalam kelas dan sesuaikan diri

Mestilah ulangkaji semula pelajaran yang telah diajar di dalam masa 48 jam

Belajar dgn niat yang betul..bukan untuk menunjuk

Mesti ada matlamat>>> akhirat

Banyakkan buat tahajud

Solat taubat sebelum tidur dan maafkan kesalahan orang lain sebelum tidur



Ceramah tersebut begitu berkesan di hati kami..pada penghujung ceramah, kami dipertontonkan dengan satu video tentang prihatin terhadap ibu bapa..ibu bapa amat bahagia ketika menyambut kita lahir ke dunia, tetpi mereka lebih-lebih lagi bahagia jikalau kita mmpu menghadiahkan mereka dgn hadiah yang bernilai, bukan wang ringgit tapi kejayaan kita..kurniakan lah mereka kebahagiaan dan hadiahkanlah mereka dengan kejayaan kita sementara mereka masih berada di dunia ini..INSYAALLAH

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak ALLAH~

Aku tidak akan memerhatikan hak-hak hambaKU, sebelum ia menunaikan Hak-hak KU-Hadith Qudsi-

~Akidah~

"Akidah ialah landasan stiap amalan
Amalan hati adalah lebih penting daripada amalan anggota badan.
Mendapatkan kesempurnaan bagi kedua-dua amalan adalah tuntutan syarak, walaupun martabat dua tuntutan itu berbeza"
-Risalah at-Ta'lim

Dunia

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
 

Armiza Aris | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates