Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

~AKU TERIMA DENGAN HATI REDHA~

Assalamualaikum....

Dah lama x update kalahatibermadah...busy..bukan hanya sibuk hal duniawi sahaja insyaAllah..
Dalam sebulan ini, terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang x mungkin ana lupakan..Kenangan yang mendekatkan diri ini kepadaNYA..Pencipta yang sentiasa berada dalam denyut nadi hamba-hamba yang beriman..

Peristiwa yang sering di ingatan, tatkala teringat pasti akan mengalir air mata ni..peristiwa yang merasakan Allah sentiasa dekat di hati..Hati sering rasa bersyukur atas kurniaan itu Ya ALLAH..alhamdulillah..peristiwa paling bererti dan paling bahagia kerana peristiwa itu yang membuatkan aku secara rasminya bergelar MUJAHIDAH, InsyaAllah

Tatkala sahabat-sahabat seperjuangan mengucapkan ucapan tahniah&takziah atas kurniaan itu, lidah kelu xpasti apa yang patut diucapkan untuk membalas ucapan2 yang penuh bermakna..kalau diucapkan terima kasih, pasti ucapannya "sama-sama"...kalau ucapannya tahniah..pasti ucapan itu dibalas terima kasih...jikalau ucapannya "tahniah dan takziah.."??..buntu..benar2 buntu...hati hanya dapat merasa sebak. mereka begitu gembira dgn kepulanganku setelah 4 hari berjihad di medan tersebut..rasanya seolah2 mualaf yang baru menganut Islam..ana tahu, mereka dah lama menunggu diri ini bersama2 mereka berjuang dan menegakkan kebenaran itu..syukran sahabat2ku...

Minggu ni minggu perang buat sahabat2 yang berada di IPTA..yang pastinya masing-masing ingin mengecap kejayaan. di atas setiap titik peluh mereka berusaha, berjiihad mengulangkaji pelajaran..Kejayaan hanya di tangan Allah..Allah akan memberikan kejayaan itu kepada hamba-hambanya yang benar2 layak. jangan lupa berdoa, memohon semga usaha kita tu mendapat berkat ILAHI dan beroleh balasan yang setimpal...yang penting NIAT..:)

nak cakap pasal isu2 semasa..sabtu yang lepas (17hb april 2010) telah diadakan penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor..sekarang heboh di sana sini bercerita tentang PRK ini..PRK 4 penjuru..knp 4 penjuru? sbb....calon2nya ada 4 org..1 calon PK, 1calon BN, dan 2 calon bebas...kepada 65000 orang pengudi yang berdaftar, sila buat pilihan dengan sebaik2nya ye...

setakat itu buat kali ini...:) salam berjuang salam jihad fi sabilillah..

hidup xkan berhenti berjihad, itu janji pasti!

Leave A Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...