Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Macam ni baru bahagia.

Penguin Dan Mesin

Assalamualaikum semua….
Seminggu berlalu dengan baik. Alhamdulillah….Selasa dan rabu adalah offday untuk kelas aku, APD03. Sebab separuh daripada member kelas aku akan menghadiri konvokesyen. Jadi mereka ni lambat sikit dapat degree daripada aku. Di kesempatan yang ada, aku dan beberapa rakan yang free datang ke UITM Shah Alam utk meraikan hari berbahagia mereka tu. Sayang tak dapat nak bawak apa2 sebagai hadiah just came to say congratulations. Tapi aku tahu mereka gembira sebab kami datang. Congrats kawan2. ^_^
Tu cerita hari selasa, esoknya pulak iaitu hari rabu , Encik Misnin (our baby face trainer) minta tolong aku dan rakan-rakan yang free untuk memasang patung penguin yang cinonit dan comel sebanyak 500 unit. Penguin-penguin cinonit ni ditempah oleh sebuah company yang akan mengadakan satu short course kat SHRDC. So penguin ni sbagai doorgift beserta sebuah buku. Jadi aku pun menarik 6 orang lagi rakan-rakan APD03 untuk join aku. Senang je nak tarik diorang join sebab bukan tolong free je ok. Bak kata Encik Misnin, “tak ada yang free kat SHRDC”. So daripada buang masa kat umah, better cari income lebih untuk masa depan ^_^.  (untungla….petang tu SHRDC belanja McChicken…Alhamdulillah.)
Family Penguin : Fred, Nono, Alice , Louis , Prof , Buddy & Baby


Askar-askar penguin yang telah siap.


Baris, pusing ke kanan, PUSING!!

Prof penguin sedang menyampaikan amanat beliau.



Minggu ni kami belajar tentang blown film extrusion. (ehem…ehem…mcm sesuai je untuk aku yang bakal bekerja dengan company guna mesin ni…insyaAllah. *berangan sekejap*). So untuk modul ni, secara average nya sangat seronok sebab aku pun dah lama berminat nak tahu lebih lanjut pasal mesin ni. Nak tahu apa system yang dia guna, sama tak macam injection moulding, macam mana nak control mesin tu, nak tahu komponen-komponen yang ada…macam-macam lagi. And Alhamdulillah, aku dah tahu sikit pasal mesin ni. (persediaan utk masa hadapan ^_^)
Blown film Extrusion adalah satu mesin yang hasilkan plastic yang guna untuk balut makanan, pembalut yang nipis.


I mahu U all dapat Lay Flat Width 200mm and thickness 50mikron



Mr Oh (Big Trainer) and Die


Me as machine's contoller



Ai penjaga die terbaik



Me and Nurul di depan mesin

Yang macam rod tu adalah take up unit yang menarik plastic film

Kami dari group 3. hehehe

Dan untuk mendapatkan thickness film yang dikehendaki, speed take up perlulah dikawal. Semakin laju speed take up semakin nipis film. Dan untuk mendapatkan Lay Flat Width (lebar) yang dikehendaki, angin perlulah dikawal. Alhamdulillah atas ilmu ini Ya Allah.

Jom Join INSEP


Post kali ni khas untuk para penganggur dan para pekerja yang xpuas hati dgn kerja sekarang:

Kali ni nak membuat recommendation yang sangat bagus buat kalian. Aku sebagai seorang student di SHRDC sangat2 menggalakkan fresh graduate yang sedang mencari-cari kerja (especially dalam engineer@designer) untuk join Industrial Skill Enhancement Programme (INSEP) ni.

Kenapa aku galakkan? Mungkinkah aku ada share dgn SHRDC ni? Ohh tidak…bagi aku INSEP ni bagi latihan yang sangat berguna untuk engineer or designer to be. Bukan latihan biasa-biasa yang diorang bagi. Modul-modul yang dijalankan adalah permintaan sendiri company-company besar yang bernaung bersama SHRDC macam SONY, JVC, FREESCALE, STATSCHIPPAC, WESTERN DIGITAL dan banyak lagi company kat Selangor ni. So korang akan jadi lebih market dari fresh graduate biasa. Skill pon lebih sikit dari mereka.

Antara modul-modul yang trainer yg baik budi pekerti di sana akan ajar ialah;

ICT Competency

Alias Studio Tools

Autocad

Solidwork

Production Planning and Control

7 QC Tools

Statistical Process Control (SPC)

Blueprint Reading

Failure Mode Effect Analysis (FMEA)

Fundamental of CNC Programming

Plastic Flow Analysis

Mould Design

Reverse Engineering

Mould Maintenance

Injection Moulding Defect Analysis

Mould Making

Semuanya technical kan? Soft skill pon ada sebenarnya tapi xbanyak, mcm business presentation: modul ni sgt bagus utk membina keyakinan diri  bila bercakap di depan audience. Ada jugak report writing skill, berguna sgt nak buat report utk company nanti. Semuanya untuk menjadikan korang seorang worker yang extraordinary (XO). They want u to be a XO worker.

Training berjalan selama 10 bulan, 5 bulan dalam kelas dan 5 bulan lagi korg akan menjalani On Job Trainig (OJT) kat mana-mana kilang pilhan korang. Time OJT ni kalau korang perform dalam bidang kerja korang, korang akan diserap untuk terus bekerja kat situ. Jangan risau, melalui info dari Encik MIsnin (our baby face trainer) 99% student INSEP sebelum ni dah bekerja kat tempat OJT diorang. Dan kalau korang berminat untuk bekerja kat mana-mana company, just tell kat trainer, diorang akan uruskan. InsyaAllah akan dapat sebab almost company kat Selangor very familiar with SHRDC. Confident level student SHRDC lain macam sikit kata mereka. Haha

Banyak sangat advantages nye...segalanya free sebab mereka dapat grant dari government sebanyak RM21,599 untuk seorang student, dan masa depan korang insyaAllah terpelihara. Bukan senang nak cari kerja best sekarang, company sekarang demand sangat nak yang dah ada experience setahun dua tahun. Bila dah ada skill macam ni, diorang dah save budget untuk hantar pekerja baru untuk training. InsyaAllah....mungkin ni usaha terakhir korang.

Sesiapa yang berminat and nk tahu lebih lanjut boleh bagi emel atau contact saya Armiza Aris
 013-3110614.



Advertisement kat jobstreet




KAMI APD03 (AUTOMATED PRODUCT DESIGN BATCH 03) SANGAT MENGALUKAN KEDATANGAN ANDA



with one of our instructor Madam Christine Vas at Awana Genting Highland


Ladies


Gentlemans


kami yang sangat happening
kami enjoy training kat sini

bertemu dan duga


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur sangat setelah lama menyepi Allah beri semula peluang dan ruang utk mencoret di dinding blog ni. Betul lah, ade kesenangan selepas kepayahan. Ada cahaya selepas kegelapan. Betul lah tak tipu punya.

Lepas aku join program INSEP (industrial skill enhancement programme) ni sejak tu lah aku stop apply any job dekat jobstreet or any other laman sesawang berkenaan job vacancies kat internet tu. Tapi, atas izin Allah rabu kelmarin ada company kat bangi call aku. Katanya, diorang terbaca resume aku kt jobstreet and feel interested to call me for interview. To fulfill the vacancy as R&D engineer.

Dan 1st thing yg aku rasa ialah, aduhhh kenapa lah panggil aku interview ni?

Hati aku rasa berat. Rasa nak call back pastu cakap nak tolak interview tu pun ada. Tapi aku takut, kalau aku tolak rezeki yg datang senang macam tu mungkin satu hari nanti rezeki lain payah nak datang kat aku lagi. Nauzubillah. Lebih-lebih lagi the night before that, macam-macam hal jadi.. tibe2 broadband tak nak connect dgn internet. Dua kali call centre. Laptop ina pulak buat hal. So tak dapat nak study further about that company. At last aku tido dengan rasa berat kepala dan kecewa yang amat sangat. Mulut aku tak lepas-lepas cakap “Allah, tolong kuatkan hati aku”

Dengan berbekalkan kekuatan yang Allah beri. Aku bergerak ke tempat interview dgn tenang tapi hati yang bercampur baur rasanya. Malas, berat hati, sakit perut semuanya jadi satu. Tapi, hati tetap tawakkal, tetapkan niat, buat kerana Allah.

So….sampai-sampai kat depan kilang tu, as usual akan di sambut dgn pak guard kat pondok depan.ramah jugak diorang ni. Akhirnya, senyuman 1st terukir pagi tu. ^_^

Then….masuk dalam bilik interview, tunggu punya tunggu dekat 40 minit baru interviewer masuk. Terkesima gak aku tengok dia. Ehh….betul ke dia yang akan interview aku ni? A Chinese man name Mr. Jackson  with t-shirt and jeans. Macam sebaya je dengan aku. Haha….tak duduk lagi dah tanya soalan, what do you know about this company? What do you know about this position?....rather than command question which is “ please tell me about urself”…lepas tu dia bercakap pasal company tu. Sedikit-sedikit hati aku tertarik nak bekerja kat situ. Tak jauh beza macam mana rasa bila kena pujuk dengan Encik Misnin (trainer aku kat SHRDC) untuk join INSEP.

And the interview working in informal situation. Both of us talk like a really closed friend but the topics that we were discussed were about plastics, injection molding machine, film extrusion, blowing extrusion and many others about plastic’s manufacturing. He wondered why I really like plastic and plastic manufacturing.. the answer is, just because I feel more understand plastic better than other materials. ^_^

After 1 hour and a half, aku rasakan mesti seronok dapat kerja kat situ. Mr Jackson tu adalah Head of Department for R&D department. Haha. Aku cakap kat dia, you look young for that position. Young Manager. Dia gelak je. Tapi dia cakap umur 26 tahun dia dah naik jadi manager. No wonder la…hehe he keep saying, this is a right place for you to learn many new things. We are not a big company, so we need you as a staff to bring this company as establish as other big companies..ya…macam kata-kata Encik Shukri (pun trainer aku kt SHRDC) pun ada.

At last, aku tanya kat Mr. Jackson sama ada die nak position tu dipenuhi immediately or not? Aku terangkan aku nak habiskan INSEP dulu. Than he said he will reconsider back..Nampak gayanya, mungkin aku ada chance. Tapi mana tau dia akan jumpa candidates yg lebih bagus dari aku lepas ni..insyaAllah kalau ada rezeki aku kat situ Alhamdulillah. Kalau tak ada, ada tempat yang lebih baik. InsyaAllah.

Yang pastinya, aku satisfied sangat dgn interview tu. Berlainan dengan raut muka masa aku melangkah masuk ke dalam pagar kilang tu, aku keluar dengan senyuman yang xputus-putus. Bersyukur sangat dengan Allah. Allah telah beri aku peluang tu, dapat atau tak, aku tak kisah. Dah terbiasa dengan keadaan bila ditolak sebelum-sebelum ni. …tapi kalau lah dapat, kalau lah rezeki tu berpihak kat aku, tercapai jugak hasrat aku nak kerja dalam bidang plastic’s manufacturing…=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya