Alhamdulillah..
Dah seminggu aku kat sini, Alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, macam2 benda baru aku belajar. Alhamdulillah, kehidupan aku kat sini makin hari makin tenang, gembira, seronok. ALHAMDULILLAH!
Setelah lalui semuanya di sini, aku tahu dan dapat rasa inilah jalan yang terbaik buatku, agamaku, dan masa depanku…ALHAMDULILLAH! Semoga Kau sentiasa permudahkan.^_^
Tadi lepas bertadarus sebentar, terus capai hp uzur. Dial nombor emak. Malam ni terasa sangat nak berborak dengan mak. Rindu sangat dengan dia. Tanya khabar mak, kadang-kadang risau sangat kalau mak tak sihat. Sepanjang mak sakit dan selalu pengsan tak pernah aku tak ada kt sisi dia. Aku je yang tahu apa nak buat bila mak pengsan. Kadang-kadang kerisauan aku ni sampai aku membebel kat mak kalau dia tak makan ubat, tak makan…huhu..Semoga Allah perlihara kesihatan mak. Allah adalah sebaik2 pelindung.
Lepas cakap-cakap n berborak dengan mak, aku terus muhasabah diri balik. Sebab apa aku ada kata sini, kenapa aku susah payah ada kt sini, jauh dari rumah, jauh dari kedamaian kampung, jauh dari masakan mak,jauh dari ayah yang memanjakan aku, jauh dari comel…sebab aku nak bina masa depan. Aku tak nak fikir2 apa2 lagi sekarang, yg penting aku dapat habiskan training ni dengan jayanya. Nak tolong mak ayah, nak tolong adik beradik aku yg lain.
Betulkan niat..betulkan niat..betulkan niat…
….Allah tetap dalam hati. Peneman aku, yang membaik pulihkan semangat aku.
Tak nak jauh dari Allah…Allah, tolong pegang hati ni kuat-kuat. Lindungi aku dari terpengaruh oleh anasir2 luar…biar aku jadi diri aku. Sampai bila2….

Dah lama tak menaip, sebab malas, tak tau nak cerita pasal apa. Banyak sebenarnya cerita, tapi, malas nak olah jadi satu synopsis yg menarik. Tapi tang tang busy mengemas barang ni la banyak idea nak dikongsi. Jadi ambil keputusan tinggalkan kejap baju2 yang berterabur di lantai, dengan luggage kosong tenganga mintak diisi, dengan handphone uzur di sebelah tertera mesej kawan mintak opinion pasal interview. Kita bagi semangat kat dia, dia xnak, sebab dia tak nak kerja tu. Hahaha..macam2 kan orang zaman sekarang? Semoga Allah permudahkan urusanmu sahabatku.
Kemas barang nak pergi mana? Aku nak pergi further study. Start next week. Nak master in many skills. Skill yang boleh didik aku jadi seorang worker yg berguna dan berjaya. And after 7 ++ months, I will get a job in suitable position InshaAllah. Tapi seminggu dua before start class, macam2 ujian Allah bagi aku. Tapi bagi aku itu bkn halangan, sebab tak terasa terhalang pun nak pergi further study tu even ujian tu xsettle. Tapi…..memang akan terasa kesengsaraannya aku kat sana nanti kalau ujian tu tak setel. Hey problems, I have Allah almighty ^_^
HAHAHA..tetiba maktam jiran sebelah datang. Nampak barang aku bersepah, “ekau nak poei mano ni? Nak laghi daghi umah ko?” HAHAHAHA (iklan)
Aku dapat rasa, aku akan melalui satu lagi fasa kepayahan dalam hidup aku. Aku tahu, hidup aku kat sana sepanjang training bukanlah senang. Aku tahu nanti macam2 perkara pahit manis akn jadi. But I’m sure I’m fully ready for that. Bukan senang nak jadi senang.
Ya Allah yang Maha mengetahui, jikalau ini yang terbaik untuk aku, untuk agamaku, untuk masa depan ku, untuk keluargaku, maka permudahkanlah segala urusanku nanti. Murahkanlah rezekiku nanti. Kuatkanlah semangatku nanti, jangan biarkan aku terus putus asa. Ya Allah yang memegang hatiku ini, tetapkanlah keimananku, jangan biarkan aku menjadi hambaMU yang cuai, yang leka daripada mengingatiMU…
Aku letakkan segala2nya pada Dia. sebab hanya Dia penguat hati, pemangkin semangat aku. Semoga aku tetap bergantung harap padaNYA. Cinta hati aku.
Esok 14 Februari. Hari apa kawan2? Yaa…betul…hari selasa. (bagus sungguh kawan2 ni.hehe) tapi bagi sesetengah orang, selalu teringat 14 Februari ialah VALENTINE’S DAY!! Tahu tak apa valentine’s day tu? Tak tahu? Bagus!!! Meh nak habaq mai siket pasal apa tu Valentine’s day
Sebenarnya, banyak versi tentang sejarah hari valentine ni. Tapi aku nak share one of the story.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
So..bagi orang Islam, janganla pulak nak menggatal nak sambut valentine’s day. Non muslim sambut sempena mengingati paderi diorang, yang kita gatai nak ikut sambut buat apa? And jangan dok kata saja2 ja, dok saja2 tu jugakla yang akan menyesatkan lagi orang Islam ke arah kemaksiatan, lepas tu berzina, terlahirlah anak luar nikah, lepas tu buang anak yang tak berdosa dan membunuh!! Astaghfirullah… Tapi tengok orang sekarang dah bijak pandai, dah pandai main facebook, kat FB tu banyak dah org share info pasal ni, tapi kita ja xnak baca, xnak ambil tahu, tutup mata sebelah. Betullah, hidayah tu milik Allah, dan Allah akan beri hidayah tu pada orang yang betul2 mencari dan inginkan perubahan…
p/s: sebak dan tertitis air mata tengok video pendek ‘Sumpah ikrar jutaan rakyat Syria untuk berjihad”
LINK Youtube video tu kat sini.
ALLAH….ALLAH..ALLAH…
ada..sesungguhnya ada….
Seminggu bermusafir mencari jawapan
Penat, letih, panas, sejuk
Disulam pula dengan seronok, gembira, gelak, tawa
Semata-mata kerana Dia
Hati ini cuma hanya ingin tunjukkan padaNYA usaha, kesungguhan, keyakinan
Tak ada lain…dan tidak pula mengharap tinggi
Cuma hanya ingin jawapan yang pasti
Terima kasih Ya Allah.^_^

Leave a Comment