Orang kata tak elok berangan, tapi entry kali ni aku nak ajak semua orang berangan. Peduli apa orang nak kata apa…^^
Angan-angan yang aku maksudkan ialah azam..walaupun azam tu lebih molek bunyinya daripada berangan, bukankah sama matlamatnya iaitu menetapkan satu impian ataupun satu keinginan yang ingin dicapai pada satu jangka masa tertentu. (betul x kosa kata aku ni?)
Tinggal beberapa hari saja lagi akan berakhirnya tahun 1432H dan akan bermulanya satu tarikh baru pada tahun 1433H. Alhamdulillah, bersyukur lah masih dikurniakan nafas pada tahun yang baru. Masih diberikan peluang untuk membaiki diri, berhijrah menuju satu yang lebih baik sama ada akhlak, ibadah dan rutin harian. Alhamdulillah…nikmatMu tak terhingga luasnya.
Tahun baru telah bermula, jadi apa angan-angan anda untuk tahun yg baru? Of cos semua nak dapatkan yang lebih baik dalam hidup. Tak salah nak menetapkan angan, kerana dari angan-angan itulah pencetus usaha dan harapan untuk berhijrah menuju ke sesuatu yang baru, lebih molek lagi kalau matlamatnya menjadi lebih positif dan tinggalkan negatif. insyaAllah semoga Allah rahmati setiap niat dan angan2 korang tu..amiinn..
Takwim Islam.
Khalifah Ar Rasyidin yang kedua, Saidina Umar Al Khatab telah mengilhamkan satu kalendar yang tetap untuk menggantikan rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh semua bangsa pada masa itu. Saidina Umar r.a telah memilih penghijrahan Rasulullah dan umat Islam ke Madinah sebagai detik permulaan bagi Kalendar Islam yang dikenali sebagai Takwim Islam atau takwim Hijrah. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
Jadi, mengikut Takwim Islam menunjukkan Penghijrahan nabi dan Umat islam telah berlaku lebih kurang 1433 tahun yang lalu. Buat pengetahuan semua, dalam takwim islam ini mempunyai 355 hari dalam setahun.
Saidina Umar telah membuat perbandingan, ternyata Takwim Islam lebih bersistematik dan tersusun berbanding dengan takwim Roma dan Parsi. Jadi, Saidina Umar r.a telah menjadikan Takwim Islam sebagai takwim rasmi pemerintahannya.
Semoga angan-angan baru yang tercetus akan diiiringi dengan usaha, ditambah dengan doa. InsyaAllah keberkatan dalam angan-angan tersebut diperolehi. 1432H akan berlalu, selamat datang 1433H. semoga kamu akan memberi sinar kebahagiaan dalam hidupku dan seluruh umat Islam di serata bumi.
Nota cinta:
Ya Allah, kurniakan Tahun baru ini sebagai satu lagi sinar yang baru buatku. Semoga aku akan terus berada di jalanMU, bersihkan segala titik hitam dalam hatiku agar sinar Nur mudah meneranginya..semoga tahun 1433H akan memberikan 1001 kebahagiaan buatku setelah 1432H memberi 1001 kesedihan dalam hati ini.. Rona rasa yang berbeza, aku tetap bersyukur..aku tahu ada rahmatnya..Amiin..
Phewww....Game paling lama aku pernah tgk..tapi aku tak dela dok menatap tv tgk match 2 sepanjang masa, aku duduk dalam bilik main The sims. tak larat la dengar org membebel tgk bola. huhu. Org lelaki kalau tgk bola, mulut bising macam perempuan. pening kepala, duduk dlm bilik jela. kalau diorang bising sebab gol ke hape baru aku keluar nak tgk.haha
Sebelum bermulanya perlawanan, time lagu Negaraku di mainkan, penyokong-penyokong Indonesia dah menunjukkan belang diorang..Diorang langsung tak menghormati lagu Negara orang lain, terjerit-jerit dan buat bising. Sungguh tidak beradab. Walaupun aku tengok keadaan tu live dari TV, aku dapat rasakan bagaimana pasukan Malaysia rasakan. Kesabaran mereka tinggi. Tidak menunjukkan sikap yang tidak elok kembali kepada mereka…sungguh kuat kamu semua. Perang Psikologi.
Aku sangkakan, hanya penyokong sahaja yang bersikap begitu, pemain pun turut sama. Aish…memang ganas, macam nak ajak lawan je diorang ni…
Bila Syahrul menjaringkan gol 1st and last malam tadi, baru senyap penyokong diorang..huhu..rupanya diam-diam ubi berisi. Bukan setakat tu je.
Tadi aku ada terbaca artikel di FB, Pasukan Harimau Malaya terpaksa dibawa keluar menuju ke tempat penginapan mereka dengan menaiki kereta kebal. Ini disebabkan keadaan yang tak selamat kerana penyokong2 Indonesia dah pun menunggu mereka di pintu merah, pintu keluar dan masuk untuk pasukan Malaysia di stadium tersebut dan bersedia untuk menyerang mereka. Jeritan “maling” , “maling tak bisa pulang”, “tangkap malingnya” menunjukkan mereka marah dengan kemenangan Malaysia dan ada juga unsur politik di situ.
Pengurus dan pegawai yang terlibat memutuskan untuk membawa mereka dengan menggunakan kereta kebal kerana tak selamat menaiki kenderaan-kenderaan lain. Macam dahsyat je bunyinye ye…

Memang ada masalah yang berlaku antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia, mereka memang sangat marah dengan Malaysia, but please be professional. Kamu adalah tuan rumah, sepatutnya menunjukkan sikap yang baik kepada sesiapa yang datang ke Negara kamu. Lagipun, kesemua pemain-pemain Malaysia tidak bersalah, mereka datang dengan aman untuk sertai sukan SEA yang kamu anjurkan.
Kepada semua pemimpin kerajaan Malaysia, takkan senyap je tengok keadaan mcm ni???
Wallahualam…
Seronok sangat nak share dengan semua artikel tentang wanita. Of course artikel yang mengajak kita terutamanya kaum Hawa untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari. Bagi kaum Adam, didiklah kaum hawa di sekeliling kamu terutamanya, isteri dan anak-anakmu untuk menjadi wanita solehah standing bidadari-bidadari di syurga. InsyaAllah ada ganjaran besar buatmu.
Untuk Hawa, bila didatangkan ilmu dan peringatan buatmu, maka ikutilah sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang (kaum) itu jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Hidayah Allah tak selalu datang. ^^
Teringin nak masuk syurga? jom baiki diri. tak semua sempurna, tetapi mencari kesempurnaan itu perlu.(^_^)
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
Selalu sangat hati ni rasa kosong, selalu sangat hati ini rasa sunyi..berkali-kali aku berharap semoga Allah penuhkan hati yang kosong ni dengan kasih sayangNYA. Sebab tak tertahan rasanya memendam perasaan ni seorang diri. Mahu diluahkan pada kawan-kawan, takut tak tercapai matlamat nanti. Ya, di luar nampak susuk tubuh ini kuat, ceria tapi hakikatnya di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Alhamdulillah…Allah bukakan jalan untukku. Untuk menyampaikan cinta dan kasih sayangNYA padaku, Dia bukakan hati yang hina ini untuk mendalami dan menghafal Al Quran. Walaupun aku hanya cuba menghafal surah-surah pada juzuk amma sahaja, tapi syukur Alhamdulillah, hati bertambah tenang, hati bertambah yakin dengan ketentuan takdir Allah malah dalam mengharungi apa2 cubaan, aku mampu tersenyum walaupun perit. Alhamdulillah.
Daripada beberapa kajian, seseorang yang menghafal Al Quran mempunya daya tubuh yang kuat, terhindar daripada pelbagai penyakit, mampu mengatasi tekanan dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Walaupun kita tidak dihantar ke mana-mana sekolah tahfiz, tidak bermkana kita tidak boleh menghafal Al Quran. Bukankah Al Quran itu sebaik-baik kitab yang diturunkan Allah. Kalau kita mampu menghabiskan sebuah novel cinta tebal, kenapa kita tak mampu nak mendalami Al Quran itu sedalam-dalamnya. Sungguh syaitan itu bijak melencongkan hati anak Adam.
Tips mudah Menghafal Al Quran:
Menurut riwayat Ibn Abbas r.a, Saidina Ali k.w.h berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk bertanyakan apakah cara yang perlu dilakukan kerana segala hafazan beliau telah luput daripada dada beliau.
Kemudian Rasulullah s.a.w menawarkan Abu al-Hasan itu untuk mengajarkan beberapa kalimah yang akan memberi manfaat untuk hafalan beliau dan juga kepada orang yang diajar, Insya Allah ayat yang dihafaz itu akan tetap tersimpan di hati.
Saidina Ali k.w.h. menginginkannya lalu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila malam Jumaat kalau boleh engkau bangun sepertiga malam kerana malam itu doa dimustajabkan dan sembahyang sunatlah empat rakaat."
CARA-CARA SOLAT SUNAT EMPAT RAKAAT
- Lafaz niat "Sahaja aku solat sunat empat rakaat kerana Allah Taala "
- Pada rakaat pertama baca surah Al-Fatihah dan surah Yaasin
- Pada rakaat kedua baca surah Ad-Dukhan
- Pada rakaat ketiga baca surah As-Sajdah
- Pada rakaat keempat baca surah Al-Mulk
- Setelah selesai solat, hendaklah memperbanyak puji-pujian terhadap Allah, mengucapkan selawat kepada Rasulullah s.a.w dan memohon keampunan terhadap kaum muslimin dan muslimat yang sezaman dengan kita dan terlebih dahulu daripada kita.
- Setelah itu iringilah dengan doa berikut :
"Segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah seluruh alam. Selawat dan salam buat junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.
Ya Allah, rahmatilah aku supaya aku meninggalkan maksiat selama-lamanya, iaitu selama-lamanya, iaitu selama Engkau tangguhkan aku di dunia ini. Rahmatilah aku supaya aku tidak menanggung perkara yang tidak sanggup aku lakukannya. Rezekikanlah penglihatan yang baik yang meredakan aku.
Ya Allah, yang mencipatkan langit dan bumi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang tidak terhingga, aku memohon kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahman, dengan kebesaran-Mu dan cahaya wajah-Mu, jadikanlah hati kami sentiasa menghafaz kitab al-Quran-Mu sebagaimana Engkau ajarkan aku. Berikanlah kami keupayaan membacanya untuk mendapatkan keredhaan-Mu. Ya Allah, pencipta langit dan bumi yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang tidak terhingga, aku memohon kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahman dengan kebesaran dan cahaya zat-Mu supaya Engkau memberi cahaya dengan berkat kitab-Mu akan penglihatanku. Engkau fasihkanlah lidahku, lapangkanlah hatiku, terangkanlah dadaku. Biarkanlah badanku beramal kepda-Mu, sesungguhnya aku tidak mementingkan hak selain daripada-Mu yang Engkau kurniakannya melainkan terhadap-Mu jua dan tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Engkau Tuhan yang mempunayai sifat kemuliaaan daripada apa yang mereka gambarkan dan kesejahteraan ke atas segala rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam."
- Lakukanlah sebegini sekurang-kurangnya tiga, lima atau tujuh kali.
Menurut riwayat, setelah Saidina Ali k.w.h. melakukan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka Saidina Ali k.w.h. menemui Baginda dan berkata "Ya Rasulullah, tidak pun jatuh ayat al-Quran daripada dadaku, walaupun satu huruf."
(diambil daripada buku Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus)

Assalamaualaikum..
Sejak jadi penganggur terhormat ni, main game jela kejenye..game yg aku suka sgt main, kalau xmain sehari memang tak sah ialah The Sims Social.. mula-mula dok main kat dalam facebook je. Sekarang dah main kt laptop punye..
Abang aku yg beli CD The Sims 3 ni sebab dia tengok adik dia ni khusyuk benar mengadap facebook semata-mata nak main game ni. Last-last aku sekarang dah jarang sangat online .. Haha..At first masa abang aku cakap nak belikan, aku nak tak nak je. Malas la pulak…macam tak best je..bila dia dah belikan, setup semua bagai, sekali dah start main, haaaa..smpai tido pukul 1 2 pagi just nak main game ni..
Memang best! Sebab dia lagi meluas, siap bekerja lagi, kahwin, dapat anak, sambut birthday, jadi tua lepas tu mati, anak dia pulak sambung generasi. . .
Bila dah ada game ni, harap2 tak lah aku terlampau leka dan lalai…kena ingat Allah selalu. Bila dah seronok, jangan lah menjauhi Dia pulak. Sebab Dia yang anugerahkan rasa seronok ni. Mungkin ini anugerah dari Dia untuk kabulkan doa2 aku, dan mungkin juga ujian buat aku?? Wallahualam… muhasabah diri


Stop Looking for love ,let it find you .
Usually when you look at it ,you find it in all wrong places & the wrong people.
That's why you have all those failed relationship attempts ,that's why you always have your heart broken
When you least expect it ,love will find you & it's gonna feel amazing 'cause this time ,you did not try to find someone ,someone find you..insyaAllah..Allah knows better.^^















Leave a Comment