Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Sepanjang Hidup- Maher Zain

Assalamualaikum..


jeng jeng..satu jam yang lepas, Maher Zain baru post kat fb pasal video muzik For The Rest Of My Life beliau in Indonesian ver.= SEPANJANG HIDUP


video klip sama macam English ver. tapi translate lirik ke indonesia..nice lyric..i would cry..T____T


sabar..sabar..sabar..^____^



Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu


Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku


Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu


Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu


*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


jom MENABUNG!!!!


Assalamualaikum..entry kali ni nak cerita hobi terbaru aku skrg ------- > KUMPUL DUIT SYILING a.k.a MENABUNG!!!


Amazing x? dulu masa sekolah xde pulak kesah dengan tabung menabung ni. Bila ade kempen menabung, siap cakap xpela , aku boros orangnya..wuwuwu T____T


Tapi bila dah xde kerja nak buat kat rumah, kerja pun xde, duit of cos la xde, so aku decide nk kumpul duit syiling, nak simpan utk masa hadapan. Time2 terdesak nanti boleh guna duit tabungan 2. Alhamdulillah, sekarang bila dh nampak tabung aku tu makin penuh [cek titiap hari.>.<], bertambah semangat aku nk carik duit syiling more..more..AND MORE!!


Nak tau dari mana aku dpt duit syiling 2? Mintak kat mak, kat ayah, carik kat serata rumah, tula kelebihan mengemas rumah, boleh jumpa banyak sgt duit syiling. Jgn ingat nk tido jer..hehe..[insyaAllah duit yg bertaburan tu xde sape yg punye..insyaAllah.. =P]


korang berminat x nak menabung? kalau dah terbit minat, senang je nak start, carik satu tin cekedis mcm pringles, tebuk sikit tutup die ala2 bentuk duit syiling 50sen..lepas tu carik duit syiling 1st korang dalam purse@dompet korang, n masukkan dalam tabung baru korang. TING!!!! best x dgr? kena masukkan lebih byk lepas ni yer..>___<



Dari segi ajaran Islam, menabung adalah salah satu amalan yg mulia, sebab bila menabung kita akan menjauhi sifat boros. Bila menabung kita xkan susahkan orang lain, nk mintak sedekah bagai..ye x? insyaAllah..Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita buat.


Setiap kali apa yang aku buat, mesti diiringi dengan hadis atau potongan ayat Al quran, supaya korg xckp aku hanya membebel kosong jer..insyaAllah, sama2 kita amalkan kerana Allah =)


“Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.” (Hadis riwayat Bukhari)."


tada...banyak x? yg kaler merah biru 2 duit tabungan sampingan gak tu..hehe

,

untuk sepanjang hidupku

Assalamualaikum..pagi2 bukak fb, ternampak Maher Zain post video clip terbaru beliau. for the rest of my life. lagu ni best..hayati, mesti menusuk kalbu..(^_^)




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart


so nice this song..lagu cinta khas buat yang halal dicintai..Ya Allah, jika aku jatuh cinta, pautkanlah hati ini pada yang mencintaiMu.. datangkanlah dia pada waktu yang tepat, tidak terlalu awal, tidak terlalu lambat..sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui...ameen..(^_^)

Bermulanya Dari Hati

"Barangsiapa menikahi seorang wanita karena memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan. Barangsiapa menikahi wanita karena memandang harta bendanya, Allah akan menambah baginya kemelaratan. Barangsiapa menikahi wanita karena memandang keturunannya, Allah akan menambah baginya kehinaan. Tetapi barangsiapa menikahi seorang wanita karena ingin menundukkan pandangannya dan menjaga kesucian farjinya, atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan, maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkahi isterinya baginya." (HR Al Bukhari)

Niat yang baik akan menumbuhkan komitmen pernikahan yang kukuh. Ketika seseorang dikuasai oleh komitmen yang mantap, HATI-nya akan disibukkan untuk melakukan yang terbaik bagi keluarganya. Ia menjadikan keluarga sebagai tempat menyemai kebaikan.

Semua bermula dari HATI. Ketika HATI kita jernih, ada kesiapan untuk belajar lebih banyak, ada semangat yang besar untuk menambah ilmu, ada hasrat yang kuat untuk memberikan yang terbaik bagi semua orang. Dan setelah HATI yang jernih, ada ilmu yang menerangi.

My Graduation Day..Alhamdulillah..

Assalamualaikum…

Alhamdulillah semalam adalah hari yg penuh bermakna sepanjang hidup ku sebagai seorang student, My Graduation Day~~ sgt2 best..penuh gembira, eksaited, sayu, hiba..yg paling penting lots of grateful..thanx Allah, You are the most merciful, giving us this happiness…let me make my parents happy n proud of me..thanx Allah

Masa terima ijazah, hepi sgt2 dpt jumpe kawan2 satu kelas yg berbulan2 lama xjumpa, especially alia, ana, shazriena, ika, adnin dan lain2 lagi…byk sgt dpt bunga, 1st time dlm hidup dpt bunga betul yg fresh..happy sgt..sejambak dari abg nizam, dari ateh amar, kak noriah bagi sotong biru, farhana dan izzah dua kuntum ros, muna dan nadiah sekuntum bunga dan sebatang pen comel..sgt2 appreciate+hepi+terharu…thanx kawan2…

Lepas tu bergmbar perkara wajib..utk simpanan masa hadapan..tatapan si suami dan anak2 nanti…I will make them proud of me too.. insyaAllah (^_^)

SELAMAT BERGRADUASI ARMIZA ARIS DAN KAWAN2~ IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS BAHAN)~

*as usual, pictures are telling us the story…gambar menceritakan segala2nya..:)






kak noriah.
.
zurina,alia,adnin, ina, ana, mieja

wif my kesayangan..(^_^)



adnin, ina dan mieja

Alhamdulillah..thanx Allah..:)



Muna dan Nadiah..


Izzah dan farhana


yeaaaa..alhamdulillah..:)


End Of A Journey

Selamat berkonvo Armiza Aris dan semua kawan2 …

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik (jgn smpai xcelik2 pulak…nauzubillah..>.<), xsangka cepat sgt masa berlalu, xsedar dah 3 tahun aku memerah otak, memerah keringat, harungi suka duka ketika menghabiskan study di UKM, pembukitan ilmu BANGI… Memang xsangka sangat2, nk menangis pon ada…lepas ni aku akan melangkah ke medan yang baru, medan yang lebih luas, lebih mencabar: ALAM PEKERJAAN..


Cakap pasal kerja, sekarang macam harimau tengah kerja kerbau je. Mesti nak cekau kalau ade peluang kerja…kerajaan ade, swasta ade..tapi aku lebih prefer kerja swasta, mcm keje kilang gitu as QC engineer. Tapi buat masa skrg, xmo pilih2 kerja. Hamik je mane ade, xleh pilih2. Berusaha jgn putus asa, insyaAllah, satu hari nanti Allah buka pintu rezeki tu atas usaha keras kita..CHAIYOK!!!


“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)

nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) -Nya. Sesungguhnya Allah

telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. [QS. Al Thalaq: 3]



Pagi tadi aku dan housmates ke UKM, ade raptai konvokesyen -39..sempat gak la test jalan atas pentas DECTAR 2, kus semangat… raptai pon dh berpeluh-peluh dahi ape tah lagi time hari kejadian nanti, semoga dipermudahkan, jauhila yg buruk2. Amiinnn…lepas tu, kitorg bergambar dgn jubah kitorg (ala2 pre konvo gitu)..jubah kitorg kaler purple@ungu as theme colour for our beloved faculty: FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI. Purple paling cantik, paling comel, paling menyerlah. GO PURPLE!!! Hehehehe…kt bwh ni dihidangkan pics utk tatapan pembaca semua..(^_^)v




kat atas pentas ni la, aku jalani raptai tadi...uh uh

mane tak lemah lutut, tgk la betapa ramainye tgk...

housemates>.<

bakal graduan yang akan berkonvo 26hb sept 2011


baliinnnnnnggggg!!!!

posing..posing
kesian gong ni, b4 ni xpernah heran pon kau ade kat situ...sekarang berebut nk bergambar dgn gong ni..hehe

b4 ni xpernah rase nk panjat atas ni pon..waterfall UKM..hehe

time ni satu UKM tgk kitorg bergmbar, kereta byk lalu lalang..huhu

penat ke cek kak??

peace!!!

Selamat berkonvo Armiza Aris...selamat datang ke dunia penuh cabaran..anda sudah besar, dan anda sepatutnya menjadi lebih matang, buang sifat childish anda yer..terus dekatkan diri dengan Allah..ingatlah, Allah sentiasa bersama anda..jgn sedih yer..sayang awak.. <3<3

Hadis~bersahabat

"Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di Akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang yang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di Akhirat nanti. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, pasti Allah akan menutup aibnya di dunia dan juga di Akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)

Izinkan Hanya Kau yg Bertakhta di hati

Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.

Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.

Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"

Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

daripada iluvislam.com

1 Syawal di dalam Wad

Salam aidilfitri semua…mungkin xterlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua pembaca..


Kelewatan ini disebabkan something bad happen dalam keluarga saya sehari sebelum 1 Syawal menjelma..


Mak saya, Kamsiah Bt saji telah ditahan wad (Hospital Tampin) akibat kekurangan gula dalam darah..Pagi tu mak xsedarkan diri, apabila dikejut digerakkan dari tidur, langsung xbergerak. Yg ade hanya dengkuran.. Subhanallah, hanya Allah je yg tahu hati aku time tu..air mata xberhenti mengalir melihat keadaan mak macam tu..


Alhamdulillah, setelah 2 hari ditahan wad, keadaan mak makin stabil… sebagai anak perempuan tunggal, aku bertanggungjawab jaga mak sepanjang masa di dalam wad. First time tidur dalam wad, dan juga sambut syawal di dalam wad. Mmg hati sebak sgt, tapi aku kuatkan diri semata2 nak tgk mak sembuh sepenuhnya..


Mak, ija harap mak dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan selalu…mak kena jaga makan taw…ija rindu nk mkn masakan mak. Xde selera nk makan masakan sendiri, walaupun ayah dan adik beradik lain makan dengan seleranya lauk yg ija masak…huhu…lepas mak sihat nanti, ija nk makan lontong mak masak. Sayang mak (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya