Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari? Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku.. Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya? Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya? Jodohku, sihatkah kamu? Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang. Jodohku sabar dan tenanglah.. Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja.. Jodohku, aku rindu.. Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku. Jodohku… Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya.. Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah? Aku berharap seperti itu, Jodohku.. disetiap langkahku dan seusai solatku.. ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.. Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. Jangan sampai kau tersalah jalan sayang.. Jodohku.. nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas Jodohku.. Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.. Jodohku.. kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu… Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin… Jodohku.. Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu, Ingatlah sayang.. aku selalu ada untukmu.. Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi.. Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu. Salam hormatku dan sayangku untukmu…. daripada blog:http://akuislam.com/blog/renungan/apa-khabar-jodohku/
Tahun 2010: aku melihat ada gmbar seekor kucing comel dalam fb abg aku..komen punya komen, rupa2nya kucing tu dia baru bawak balik rumah kt rembau. Hasil pemberian seorang tuan kucing yang taknak apa2 bayaran. Tuan kucing ni nak bagi pada siapa2 yang nak sahaja sebab kucing belaannya dah melampau banyak..akhirnya dengan takdir Allah, kucing comel tersebut menjadi salah seorang ahli keluarga kami..
Appearancenya yang serba putih (langsung xde kaler lain) dengan ekor kembang membuatkan dia adalah kucing istimewa bagi aku..abg nk namakan die arsenal (team bola sepak kesukaan beliau) tapi mak nak namakan dia PUTEH…akhirnya nama itu melekat kat dia…SI PUTEH…
Kerana terlalu sayangkan Si Puteh, abg aku habiskan beratus2 RM untuk kelengkapannya.. dari segi kesihatan hinggalah ke barang permainannya, semuanya dibiaya oleh abgku..buat pengetahuan semua, dalam prosedur kesihatan, seekor kucing memerlukan TIGA kali vaksin untuk mengelakkan dari terkena jangkitan kuman atau virus. Tuan Puteh terdahulu telah memberikan vaksin kepadanya sebanyak 1x, so abgku meneruskan dgn tambahan 2 kali vaksin selang dua bulan jika aku xsalah..bulan 11 lepas, si puteh kena bedah, utk memandulkan beliau. Bagi mengelakkan beliau melahirkan anak2, kami terpasa berbuat demikan atas sebab kami kurang mampu untuk menjaga lebih banyak lagi kucing…
Banyak keistimewaan si puteh…dia adalah kucing yg xbuang najis merata2 dalam rumah, sejak pada mulanya dia sampai ke rumah kami, dia akan membuang najisnya di dalam bilik air, kami hanya perlu menyiram sahaja. Dia pandai memanjat pokok.. dia kucing yg dengar cakap (walaupun setelah dimarah beberapa kali)..dia akan kejutkan mak atau abg aku tepat pukul 5 pagi tiap2 hari(4 her breakfast..^_^)..penangkap cicak&tikus yang handal..sayang akan tuannya. Kadang2 kalau dia masuk ke rumah tanpa melihat sesiapa di ruang tamu, dia akan mengiau sekuat2 hati untuk memanggil kami..aku bergegas memanggil dia kembali, terus senyap ngiauannya tapi dignti dengan geselan manjanya di kakiku..wahh..banyak lagi keistimewaan dia..makin aku mahu ingat, makin banyak pulak air mata aku menitis…T_T
Tanggal 15 oktober 2011
Pagi tu aku ada 2 paper exm..sedang menunggu bas untuk fakulti, mesej sampai ke hp ku..dari mak..”PUTEH DAH MATI..”..damn! gelap suasana..aku dh hilang arah, hilang apa yg sedang dihafal utk ke exm..aku telefon mak emak, takut hanya gurauan..urm..SAH!! puteh dh mati, sebab kena langgar..dijumpai bergelimpangan di atas jalan raya depan rumah aku dengan sedikit darah di celaah bibir..innalillah…aku cuba kawal perasaan, tapi air mata jatuh jugak…biarla org Nampak ke x. korg xrasa mcm mana rase kehilangan .
Mak ada cerita lagi, malam tu sebelum dia dilanggar, dia termenung je, sebab mak marah dia…sehinggalah pagi tu, setelah diberi makan, puteh hanya duduk di depan pintu. Mak keluarkan dia..xsangka dia keluar terus ke jalan raya dan dilanggar…
Termasuk hari ni, dah genap dua minggu puteh meninggalkan kami..bila teringat balik, air mata aku pasti akan mengalir..dah xada tempat aku nak peluk, meluahkan rasa sayang aku..dah xde aksi manja dari dia..melompat sana sini..aksi2 tu yg buat aku gembira+ceria..tapi sekarang xde dah..rasa kehilangan lebih terasa apabila aku balik kampong… aku sgt sayangkan si puteh..rindu sgt2 kat die. Aku xleh bayangkan mcm mane keadaan puteh di saat nyawanya dicabut. Mesti sakit sgt2 sbb kne langgar..Ya Allah….T_T semoga Allah pertemukan kami di syurga nanti..Amin Ya Rabbi…T_T


Leave a Comment