Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

PULANG ^_^

Alhamdulillah..setelah berminggu-minggu bz dgn exam,dengan kerja gerakan (PRK), akhirnya aku dpt pulang ke kampung halaman jumaat lepas…wahhh, kegembiraan yg xleh nk samakan dengan perasaan lain. “Perjalanan jauh xkurasa, kerna hati ku melonjak sama”..^^

Dah beberapa minggu aku xbalik, akurasa aku kena gain balik semangat untuk study aku, semangat untuk buat tesis aku… So aku tekad nk balik rumah minggu lepas. Sebab dengan balik rumah,aku dapat tgk muka mak ayah, dengar nasihat mak dan ayah, dapat bergurau dngan adik, aku akan dapat balik semangat aku yg hilang tuh..InsyaAllah..(~_^)


25 Februari 2011

Pagi-pagi jumaat, setelah kemas bilik, buang sampah, (rutin aku xsuka tinggalkan bilik dalam keadaan xkemas kecuali memang dh xsempat sgt a.k.a terlambat masuk kelas..hehe), bila dah sinarkan bilik aku dengan cahaya matahari, aku bersiap2 untuk balik kampung..(mlm tu dah packing barang..semangat x?)..wonder how nk g ktm? Ade bas x pagi2 mcm ni (kira2 pukol 8 pagi)..turun2 je dari blok terus ternampak bas rapid..wahh..alhamdulillah walaupun kena bayar RM1..xpe, asalkan cepat smpai ke destinasi.

Dalam 15 minit mengharungi jalan2 di UKM akhirnya aku smpai kat KTM UKM..(kenapa UKM ade KTM sendiri??)..dari jauh nampak train nk ke seremban dah sampai.urmm..xsempat nk kejar ni aku bermonolog..xper, masa masih awal..(^_^)..lepas beli tiket untuk ke Seremban (RM4.20 je..) aku singgah ke kedai yg ada, untuk beli air mineral..tekak rasa kering..kat situ ada dua kedai, tapi aku tetap akan pilh untuk beli barang kat kedai yg satu ni. Sebab, owner die lelaki..ooopsss..bukan ada maksud lain k, Cuma kedai yg sebelah owner die perempuan tapi xpakai tudung siap berkaler lagi rmbut die. Sahabat saya pernah berpesan; Nk membeli ada syaratnya, kedai yg afdhal kita beli adalah bukan kepunyaan orang2 munafik..wallhualam

Alhamdulillah setelah menunggu selama hampir 20 minit, train yg dinanti2 telah sampai..coch untuk wanita sahaja menjadi pilihan..kadang2 coch ni ada gak lelaki masuk, maybe diorg xpaham bahasa melayu, inggeris, mandarin or tamil, sbb tu diorg masuk coch ni..diorg org asing kot..duduk dalam ktm ni, mcm2 ragam aku tgk, ade yg mendengar muzik, ada yg berborak, ada yg membaca..best tgk ragam org..sbb tu aku suka balik kg sorg2 (aku xbrape suka sgt berborak dlm ktm or bas..)..

Sampai je seremban, aku singgah beli wafer (strawberry+coklat..nyummy)..untuk breakfast..lapar sgt..

Naik je bas ke Kampung Perah (tmpat selalu aku turun)..aku ambil tempat yg selesa untuk aku dan beg2 aku..masa tu xramai yg nak naik bas, mebi pagi sgt kot..so dua2 seat aku punye..hehe..aku mkn wafer sambil dgr muzik dari hp ku…urmm...dalam bas ni pun aku boleh tgk bermacam2 ragam manusia…boleh jadi analiser x aku ni?? >_<

Setelah satu jam lebih, sampailah aku ke destinasi…call ayah untuk jemput..ayah smpai je terus tanya nk makan roti canai x? walaupun aku agak kekenyangan sbb makan wafer, aku xtolak ajakan ayah, sebab aku teringin nk mkn roti canai kt kedai tu…huhu..rezeki jangan ditolak..^^

Bestnye perjalanan balik ke rumah…sgt2 membahagiakan…masa berlalu sangat pantas..bagai hati melonjak2 sama untuk cepat sampai ke rumah..walaupun rumah itu tidak mewah, walaupun rumah itu sederhana tapi rumah itu rumah aku..tempat yg penuh keberkatan kerana ada mak dan ayah..wahai kawan2, kalau ada masa terluang, pulanglah, bukankah melihat wajah ayah dan ibu itu juga satu ibadah? Wallahualam…

Masjid Tercantik Di Dunia

Tergamam sebentar bila tgk artikel ni..cantiknye Rumah Allah.mcm nak terbang je ke semua masjid2 yg ditunjukkan..artikel menarik ini, aku dapat dari satu laman web yg menarik..jom cuci mata.;))

Masjid selain tempat beribadah untuk mereka yang beragama islam, memiliki keunikan sendiri seperti rekabentuk dan senireka yang melambangkan budaya islam. Keunikan ini membuktikan bahawa seni islam sesuatu yang menarik dan memang mengkagumkan.

Dibawah saya senaraikan 20 masjid tercantik didunia:



Masjid Haram Mekah

mosques32 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Nabawi, Arab Saudi

mosques29 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Brunei

mosques20 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Putrajaya Malaysia

mosques2 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Omayad, Syria

mosques10 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Agung Bahrain

mosques17 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Sufi Lao Huasi, China

mosques5 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Syeikh Zayed@Masjid Agung

mosques7 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Syeikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, Abu Dhabi

mosques1 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Kristal, Malaysia

mosques36 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Scwetzinger, Jerman

mosques12 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Suci emas, Singapura

mosques13 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid terapung, Jeddah

mosques4 21 Masjid Tercantik DiDunia


Makkah Arab Saudi

mosques33 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Al Hassan II Morocco

mosques40 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Biru Hagia Sophia

mosques27 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Puchong Perdana, Malaysia

mosques14 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah Brunei

mosques25 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Sehzad turkey

mosques3 21 Masjid Tercantik DiDunia


Masjid Al Nour, Saljah

mosques43 21 Masjid Tercantik DiDunia


muka baru

Alhamdulillah..selepas kemenangan GMUKM pada tahun yg penuh bersejarah ni..aku nk tukar background blog aku yg xseberapa ni…

Kenapa lagi gelap..rasenye sebab naluri aku lebih kepada warna yg gelap dari yg bright..sbb yg gelap itu ellegant.wah..:)

Tahniah GMUKM..tahniah semua yg terlibat..dan tahniah pada diri sendiri, sbb aku mmg all out dlm PRK kali ni.kemenangan itu memuaskan diri aku sendiri..sebenarnye kami xkejar kemenangan itu, kami berusaha utk mencari kebenaran dlm ukm ni. Kami mahasiswa dah xsggup nk jadi ‘yesman’ kat para pentadbir. Pada yg xpaham, dan xpuas hati dgn kemenangan kami, sila selidik dulu apa yg kami perjuangkan dan apa yg pihak sana perjuangkan..kepada mereka yg xsuka kepada suara2 bising GMUKM, nanti suara2 inilah yg akan smpaikan suara anda kepada pihak tertentu. Kepada yg rasa GMUKM akan tukar rules ukm ni, menjadikan UKM university islamik, semua pelajar bertudung labuh, mewajibkan solat berjemaah bagi yg lelaki, bukankah itu yg terbaik? Apa salahnya betul x? kalau nk fight, meh berdepan.akan aku keluarkan segala hujah yg akan bantutkan semua tunjahan kamu sekelian.

Wallahualam..

'Punca kehilangan Masturah masih misteri'

GEMPAR!! Calon Pro-Mahasiswa UM hilang ketika berkempen di UM. ish3...dahsyatnya, kedengkian manusia yg terlibat (kalaulah dia manusia). apa salahnya kalau bertanding secara telus and adil. baru best..jom ikuti berita di bawah..Artikel ini di petik daripada laman web malaysiakini.com.


Punca kehilangan calon umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar terus menjadi misteri apabila dia tidak mahu menjawab soalan wartawan mengenai apa yang telah berlaku terhadapnya ketika dia dilaporkan hilang kelmarin.

NONESebaliknya, dia hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia tidak mengulas apa-apa mengenai kejadian itu.

Masturah kelihatan tenang, tetapi diam sepanjang sidang akhbar yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya petang ini.

Bagaimanapun, ketika itu kedengaran seseorang yang berdiri di belakang ibunya - Mariam Abdul Rashid - berkata dia (Masturah) tidak sedar apa yang berlaku.

Selepas itu, ibunya mencelah: "Kita serahlah kepada polis untuk menyiasat siapa yang bertanggungjawab dan sebab-sebabnya. Polis bekerjasama dan melakukan siasatan selanjutnya."

Mariam menambah, polis telah merakamkanya kenyataan anak ketiganya itu.

Kelmarin, rakannya telah membuat laporan polis selepas Masturah hilang ketika berkempen untuk pilihan raya kampus UM.

Dia bagaimanapun ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Marian menyifatkan kehilangan Masturah sebagai satu perkara yang tragis kepada keluarganya

Hadir sama dalam sidang akhbar pada jam 2.20 petang ini ialah bapanya - Abu Bakar Din - serta empat sepupunya yang bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi pengawalnya.

Masturah hanya berdiam diri sepanjang sidang akhbar tersebut.

"Saya tidak menyangka kerana anak saya ini, adalah seorang yang baik sejak kecil hingga sekarang.

NONE"Saya harap kehilangannya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," tambah Mariam.

Ditanya mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kehilangannya anaknya itu, Mariam berkata:

"Kita tidak mengesyaki sesiapa, saya bercakap secara umum dan kebetulan ia berlaku dalam suasana kempen pilihan raya kampus.

"Saya tidak tuduh mana-mana pihak kerana ia berlaku dalam kesibukan kempen pilihan raya kampus," katanya.

NONEMariam bagaimanapun, kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak universiti.

Bagaimanapun, katanya, timbalan naib canselor UM ada menghubunginya.

Ketika wartawan bertanya Masturah sama ada beliau sedar apa yang berlaku, ibunya terus mencelah dengan berkata:

"Kita tidak tahu. Suasana masih baru bagi dia. Jadi, tidak adil kita menekan dia, (dengan) menanyakan apa yang berlaku.

"Sebagai keluarga saya memberi ruang dan tempoh untuk berehat. Nanti dalam tempoh yang baik, selepas pulih, kita mungkin akan dapat maklumat," katanya.

Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.

Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.

Mengenai spekulasi yang Masturah kemungkinan ada kaitan dengan 'makhluk halus' Mariam berkata: "Saya tidak tahu, tetapi yang penting ada orang bawa dia. Saya minta rujuk kepada polis."

Keputusan TERKINI PRK: GMUKM menang majoriti!!!

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan kemenangan kepada pihak Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) setelah 7 tahun berada di bawah pemerintahan pihak Aspirasi.

Keputusan ini telah diumumkan lebih kurang pukul 12 tengah malam di Dewan Gemilang, UKM Bangi.sila semak keputusan Pilihan Raya di sini.

Secara keseluruhannya, GMUKM telah memenangi majoriti 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.

Untuk kerusi Umum 1/2, GMUKM telah memenangi 2 daripada 7 kerusi manakala bagi kerusi Umum 3/4, GMUKM telah membolot semua 5 kerusi yang dipertandingkan. Bagi kerusi fakulti di UKM Kampus KL pula, kita telah memenangi kerusi untuk Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan Tahun 1 & 2 serta Tahun 3 & 4.

Tahniah dan takziah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.Apa yang paling penting adalah untuk kita mengisi kemenangan ini, bukanlah semata-mata untuk mengecapi kemenangan sahaja.Diharapkan kepada semua, barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru untuk sesi 2010/2011 dapat menjalankan tugas dengan baik dan amanah.Lunaskan dan tunaikan manifesto-manifesto yang dilaung-laungkan dan jadilah wakil serta contoh yang baik kepada Mahasiswa UKM terutama di UKM Kampus KL.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah

Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa

Juga pun”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya