Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Kita tidak mampu melihat Allah dengan mata kasar kita tapi lihatlah Allah dengan mata hati kita. Allah 'hadir' dalam setiap hati dan jiwa hamba-hamba yang mengharapkan keredhaanNya. Allah bersama di setiap langkah, di setiap nafas hamba-hamba yang mengharapkan cinta dariNya. Maka 'bawalah' Allah dalam setiap urusan kita.

Senyum lebar

usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodohmu, kerana segalanya sudah ditetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan buatmu, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.

namun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian. oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.

berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..

salam sayang~

di petik daripada facebook akuislam
nak senyum lebar2 baca nasihat ni ^_______________________^

Ubat Hati

Di ceritakan dalam sebuah kisah,pada suatu ketika datang seorang lelaki berjumpa dengan sahabat Rasulullah s.a.w. bernama Ibnu Mas'ud untuk meminta nasihat daripadanya.


Lelaki tersebut berkata;

"Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat ku jadikan ubat bagi jiwa aku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwa aku terlalu gelisah dan fikiranku menjadi kusut, tidak lalu makan dan tidurku pula tidak nyenyak."

Maka Ibnu Mas'ud pun menasihatinya dengan berkata:

"Kala penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu tempat orang membaca al-Quran, di sana engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik ayat al-Quran yang dibaca oleh orang lain atau engkau pergi ke kelas pengajian yang mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. , atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau berkhalwat (mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah s.w.t), umpama ditengah waktu malam buta di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau mengerjakan solat malam meminta dan memohon kepada Allah s.w.t. akan ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu masih belum terubat jiwa dengan cara ini engkau mintalah kepada Allah agar diberinya hati yang lain, sebab hati yang ada padamu, bukan lagi hatimu."


Kemudian orang itu kembali ke rumahnya, lalu terus diamalkannya nasihat Ibnu Mas'ud itu. Dia pergi berwudhuk dan kemudian membaca al-Quran dengan hati yang khusyuk. Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali hatinya menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang dan kegelisahannya hilang sama sekali.



Syukran..Alhamdulillah...Sesungguhnya hati yang tidak tenang berpunca daripada dosa2 yg dilakukan.astaghfirullah Al azim...T_T

Basikal

Nice Song



Assalamualaikum..

Hye semua..nak share MTV lagu gemuruh suara kat korang. lagu ni adalah lagu tema bagi team Malaysia utk sukan Sea yg lepas.^^

Tak tau kenapa dengar lagu ni boleh mengalir air mata, padahal lagu ni rancak. Terasa semangat sgt berkobar-kobar membara dalam hati. Rasa syg sgt dengan Malaysia. terima kasih sgt2 kpd sesiapa yg mencipta lagu ni. Perfect. Nice song!

Semoga Malaysia terus gemilang dlm apa2 bidang yang diceburi, dari bidang sukan, kemakmuran, menaikkan agama Islam, menjauhi perkara yg tak perlu ada (rasuah, penipuan etc)..Semoga Allah sentiasa rahmati bumi Malaysia yang bertuah.

,

Dont Give up

sangat sedih tgk video ni..menyentuh hati nurani..
pemangkin hati supaya lebih kuat dan jgn mudah putus asa
setiap apa yang berlaku dalam hidup, ujian semata2
tugas kita sebagai hamba untuk terima segala ujian dgn tabah dan sabar
Hanya Allah yang tahu apa yg terbaik utk kita...
InsyaAllah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archives

Jom Solat awal waktu

Dia datang

Followers

About Me

Foto Saya
Armiza Aris
Imannya umpama bulu ayam yang halus dan tidak kukuh
Lihat profil lengkap saya